.::salam aidilfitri::.

Assalamualaikum W.B.T

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
&
Mohon maaf zahir batin
kepada semua yang mengenali diri saya
samaada ahli keluarga, saudara-mara, sahabat2 sepersekolahan juga sahabat2 bloggers

Semoga lebaran ini dapat disambut dengan penuh kesyukuran juga keinsafan
dan semoga kita mampu terus istiqamah melakukan amal
sepertimana kita beramal di bulan Ramadhan...insyaAllah


Dengan ingatan tulus ikhlas,
salam dari Sydney =)

Salam~

p/s: Mohon maaf sebab lama "berdiam diri" dari dunia blog ni. Banyak perkara yang berlaku dan I need some time for readjustment. iA, kalau ade kesempatan, saya akan datang ziarah blog2 sahabat2 semua nanti =)

.::today::.

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni saya menemankan kawan ke hospital for her regular check up. Bile kat sana, nampak ramai la gak ibu2 mengandung and bermacam-macam bentuk perut ada. Interesting yet scary...heh. Sementara tunggu my fren consult doctor, saya sempat la baca magazine ibu2 mengandung. Ada satu cerita ni pasal seorang ibu yang makan plasenta untuk mempercepatkan proses pengecutan rahim after deliver. Memula tu rasa excited la gak baca, lelama tu rasa nak muntah pun ada. Tak pasal2 kang ade plak yang batal pose kan. Imagine, makan uri. Oh, sungguh tak boleh diterima akal ku yang lemah ini. But my conclusion is, susahnya mangandung ni. Sebab tu kena sangat appreciate mak yang telah bersusah payah mengandung dan melahirkan kita. Memang menginsafkan...

On another note, duit shipping dah masuk. AUD 720. My reaction? Hehehe....tanduk dah keluar sket2 dah nampaknya ;P.

Kepada semua, Selamat Hari Raya. Saya kat sini mungkin raya gitu2 je sebab macam x sempat je nak buat kuih raya cam tahun lepas. Ada komitmen lain yang lebih utama.

Takpe, asalkan kita semua faham makna sebenar Eidulfitri...itu sudah memadai. Raikanlah fitrah dan jangan pula siakan tarbiah Ramadhan...itulah sambutan yang lebih bermakna...insyaAllah =)

Salam~

.::renovation::.

Assalamualaikum W.B.T

Dari dulu...saya memang tahu kalau saya bukan jenis manusia yang boleh multitask. Saya tak boleh commit pada dua perkara dalam satu masa. Kalau saya buat juga, mesti hasilnya tak memuaskan. Atau dalam erti kata lain, saya pasti GAGAL pada keduanya atau salah satu daripadanya.

Saya tak mampu untuk fokus pada banyak perkara dalam masa yang sama. Kalau adapun, peratusan fokus saya mesti tak sama.

Saya tak mampu menyayangi ramai orang pada waktu yang sama. Kalau adapun, pasti cuma satu yang paling dekat di hati saya.

Saya tahu kalau saya tak pernah mampu untuk lakukannya. Tapi, saya buat juga.

Kali ini, saya tak memilih untuk melebihkan yang satu antara keduanya. Cukup sekadar bila saya cuba menduakan yang satu ini...akhirnya, hati saya yang tersiksa. Dan saya tak gembira bila ia berlaku ;( Oh, saya memang harus merenew hati sementara Ramadhan masih berbaki.


"Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya..."
(33:4)

Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku...
Jangan Kau letakkannya di hatiku...
Kerana ku takkan mampu menanggung keduanya...
Biarlah hatiku subur hanya untuk-Mu...yang Maha Satu...

Salam~

Doa Ramadhan hari kedua puluh tiga hingga kedua puluh lima:

Hari Kedua puluh tiga

“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diriku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hatiku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”

Hari Kedua puluh empat

“Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu perkara yang mendatangkan keredaan-Mu. Aku berlindung dengan-Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan-Mu dan aku bermohon kepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”

Hari Kedua puluh lima

“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’-Mu dan memusuhi musuh-Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi-Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”

.::enuf said::.

Assalamualaikum W.B.T

I

just

want

to be with

my bElOvEd oNeS

right now

can I ?


Fasbir sabran jameela =)
it's rewarding insyaAllah


Salam~

footnote: Uni semester break makes me feels lonely and empty and homesick too. It always is. Luckily, it's the last. I repeat...LAST!!! No more holiday@OZ after this which also means...i'll be missing Sydney instead. Complicated eh :(

.::owh...kekku sudah melimpah::.

Assalamualaikum W.B.T

Hmm...hari ni dah stat mid-sem break. Boleh la kire cuti raya gak sebab cuti sampai 5 oktober. So, konon2 cuti ni nak rajin2kan diri memasak le sebab asyik dok masak cincai je selama ni. Tu pasal la jadi kurus kering...hehe (perasan ;P). Tapi cuti2 pun banyak gak la eseimen dah kene buat. Lumrah student kan...

First thing today, cube buat kek gula hangus tu lagi sekali. Aritu memula buat kek tu x bersarang la plak. Alasannye, tak bace instruction sampai habis. Saya g letak gula hangus yang tak melikat lagi. So, sebab tu la die x bersarang sangat konon2nyer. Hari plak, saya pun berazam nak masak sampai likat. Tapi, atas dasar x sabar, saya g letak gula yang masih panas dalam bancuhan tepung. Habisla gula tu mengental dalam tepung. Hmm..padan la muka. Orang tak sabar memang selalu dapat balasan...hehe. Tu xpe lagi. The best past was, saya tak expect kek tu akan kembang dengan galaknya. So, saya bajet, leaving 1/2 tray utk die kembang cukup la kan. Tapi nampaknya, die galak sangat nak kembang, sampai melimpah2 keluar tray. Pulak dah kan. Tapi belasah je la. Ape ade pada rupe kan ^_^. So inilah hasilnya.
Untuk part sarang tu, saya agak puas hati la. Tapi untuk past overall presentation, I guess I have failed..hehe. Selamat berbuka semua =) Malam ni kami iftar @ juniors. Yummy!!

Salam~

nota kaki: nak tepon mak sendiri pun kene buat epoimen...ceh!!

.::ponteng::.

Assalamualaikum W.B.T


Minggu ni je dua kali saya berjaya mencetuskan kontroversi. First, masa saya tak datang terawikh hari Rabu lepas. My housemate call hp 3 kali, another fren call gak hp 2 kali. Semua saya x angkat. Pastu tepon umah plak bunyi. Saya x angkat gak. The climax was when my onether housemate tetiba knock on my door. Ah..malas gak nak bukak pintu. Tapi saya bukak gak la in the end. Kang x pasal2 dorg call security soh bukak my room tgk kot2 saya pengsan ke ape ke.

Alkisahnya, saya sangat pening kepala lepas berbuka that day. Even time solat isyak pun rasa ala ala je. And another thing, saya mmg ske solat dalam gelap nih. Feel gitu. So, my housemate pun assumed la yang saya xde kat bilik...as in dah g solat terawikh kat umah junior. Bile die sampai, saya xde gak. So, die cam panik. And kebetulan, org2 dok tnya mane saya. Tu yang die dok call berkali2 tu. Saya plak, mmg dh masuk selimut dah pkl 8 mlm lagi. Siap dah telan panadol. Hajatnya pkl 1 nnti br nak bangun solat semula. Alih2 pkl 8.15 camtu, die call. Saya ingat die x bawa kunci. So, saya ignore je la dengan harapan die akan call housemate lain. Tapi, pastu org len plak call hp. Call umah gak. And sampai my Indian housemate got to check on me. So, saya pun terpaksa la clarify my condition. "Owh, I dah tido la. I pening pale".

Esok tu, semua tanya saya ok ke x? And, saya sungguh la segan kan sebab x g terawikh malam tu. Ye la, sume org dok tanya2 ok ke x ke. Padahal saya tdo. Siot betul. Memang tak leh ponteng dah pasni...hehe (tp memang lepas ni buat kat umah saya pun ^_^)

Second time was semalam. Guess what? Saya ponteng kelas okeih. Bukan 1 tapi 3. Gile kejam. Tapi saya x berniat pun nak ponteng ekceli. Saya dah siap2 berpakaian lengkap siap amik wuduk sume in case nak solat zohor kat uni nanti seawal jam 8 pagi tau. Konon2 dengan harapan saya sempat catch d 11 am class. Tapi masalahnya, eseimen saya x siap lagi time tu!!!!!!!!!! Lepas terawikh malam tu, saya terus tdo. Konon nak bangun awal tapi saya bangun time sahur. Bayangkan saya kena buat lagi 1000 words dlm masa 6 jam (kalau nak g d 9 am klas la). Mana sempat. Dah la i am a slow learner@worker atau dlm erti kate lain lembap le. End up, pukul 11.3o baru siap eseimen. Sempat je kalau nak catch up klas yg last tu sebab it ends at 1 p.m. Tapi, saya malu la plak nak masuk klas bile dh tgh2 ni. Alih2...saya x pegi pun. Saya g uni dalam 12.30, anta eseimen and g library pastu ke macquarie centre bershopping2 sket.

First je masuk MC, jumpa sorg kawan kat Easy Way. Die dengan sengeh2 pun cakap, "Owh....Amrien ponteng eh...". Aduhh..kantoi la kan. Dah la x g kelas, bley plak beronggeng2 kat MC. Pastu g Woolies, jumpa lagi dua kawan. Dorg senyum aje. Pastu ade sorg ni tanya, "Amrien ok ke?". Aish..."I am okay. Tak siap eseimen je td" (dengan nada menahan malu). Pastu kat depan Panetta, jumpa lagi sorg kawan. Kene soal siasat gak. Tak habis kat situ, malam masa solat terawikh, ada lagi sorang tanya. "Aah la Amrien. Kenapa ko tak g kelas tadi?" Sudah, jadi satu isu besar rupenya saya tak g kelas hari ni. Aishh...

So, jawapan untuk semua persoalan tu adalah: "Saya tak g kelas sebab saya tak siap eseimen lagi. Saya seorang budak yang nakal...heh"

Kesimpulannya, dalam tempoh 3 hari, saya ponteng 2 kali. And nampaknya saya kene bagi "surat tunjuk sebab" kat banyak pihak. Gile ah. Baru buat sekali dua dah kene camni. Even rasa a bit "salah ke kalau nak ponteng sekali dua", tapi I am more positive than that. I know that everybody cares bout me and that makes me smile =). Thanks korg sebab susah2 je concern pasal ai...muahaha

Salam~

Doa Ramadhan hari kedua puluh hingga kedua puluh dua:

Hari Kedua puluh

“Ya Allah, bukakan bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepadaku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”

Hari Kedua puluh satu

“Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan-Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diriku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagiku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”

Hari Kedua puluh dua

“Ya Allah, bukakan bagiku pintu kelebihan dan turunkan bagiku keberkatan-Mu. Berilah kepadaku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan-Mu dan tempatkan aku dalam syurga-Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”


.::ukhwah yang indah::.

Assalamualaikum W.B.T

First of all, saya nak minta maaf pada kawan2 sebab tak inform about my absence last night...
In fact, I am okay...
Just having a lit headache and alhamdulillah, sleeping is the cure...
I am so touched with your concern...
Now I can really taste the sweetness of ukhuwwah...
Thanks again dear friends...
May Allah reward your sincerity...always
Uhibbuki fillah =)

Salam~

Doa Ramadhan hari ketujuh belas hingga kesembilan belas:

Hari Ketujuh belas
“Ya Allah, tunjukkan bagiku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.”.

Hari Kelapan belas
“Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hatiku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggotaku untuk mengikuti segala ajaran-Mu, dengan cahaya-Mu wahai penerang hati orang yang bijak.”

Hari Kesembilan belas
“Ya Allah, penuhkan bahagianku dengan keberkatan dan mudahkan bagiku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.”

.::words of love::.

Assalamualaikum W.B.T

I remembered talked to a friend last few days on how we can be a happy person if we relate all the things that happened to us or around us with qada' and qadar. If we are a true believer, we will always believe that nothing happened as a coincidence. In Surah Al-Qamar, Allah has mentioned that:

"Verily, We have created all things with Qadar (Divine Preordainments of all things before the creation as written in the Book of Decrees - Al-Lauh Al-Mahfuz)." (54:49)

Again, in Surah Al-Furqan, Allah says that:

"....He has created everyting, and has measured it exactly according to its due measurements." (25:2)

There are other verses that talked about this but I guess the two ayats are enough for us to think and powder about how we had acted or behaved in live. How we had perceived things all this while. Sometimes, we tend to sigh over certain things. Sometimes, we tend to live in sadness and grief when we lost or missed something. Sometimes, we tend to have bad assumptions towards Allah when things doesn't happened according to our will. And most of the times, whether we realize it or not, we never satisfy with what we have. We always want for more. All these possibilities are very common to many of us, or at least to me.

Life is indeed challenging but I guess Allah has provide us with a guidance as to how we choose to lead our life. Whether we take the challenge or give it up is all depends on us. But if we understand and could internalize the words from Allah, insyaAllah we will be fine...not only here but in the Hereafter as well...aminn.

Salam~

p/s: I suddenly interested in doing charity works or community service. Hmm..I hope I'll get the opportunities soon....insyaAllah.


.::wabak::.

Assalamualaikum W.B.T

Hmm...lately ni ramai orang demam. Samaada kawan2 kat sini atau family kat Malaysia. Yang paling membimbangkan adalah tahap kesihatan mak. Dah seminggu mak demam. Teruk jugak la kot sampai die tak mampu nak teruskan puasa. Oh, saya amat risau. Saya mohon agar Allah kurniakan mak nikmat kesihatan agar dia mampu terus beribadah kepada-Nya amin.

Syafakillah..insyaAllah

Salam~

Doa Ramadhan hari kelima belas & keenam belas:

Hari Kelima belas

“Ya Allah limpahkan rezeki kepadaku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dadaku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan-Mu wahai keamanan orang yang takut.”

Hari Keenam belas

“Ya Allah, berilah kemampuan kepadaku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagiku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat-Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan-Mu wahai Tuhan sekalian alam.”

.::under the shade::.

Assalamualaikum W.B.T

Terkadang...kita rasa tertekan bila ditimpa kesusahan...
Terkadang...kita rasa sedih dan risau bila kita jauh dari kesenangan...
Tapi...pernahkah kita rasa kalau susah itu indah...kalau sukar itulah yang memberi didikan...
Mentarbiyah diri supaya berharap pada satu-satunya tempat pergantungan...
Membisik pada diri kalau usaha itu harus lebih digandakan...
Supaya hasilnya lebih manis daripada apa yang kita bayangkan...
Kerana Dialah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kecapkan...

Oh, dapatkah kita rasakan kalau hidup di bawah teduhan kasih-Nya sangatlah membahagiakan...

Menyinari hati dengan cahaya yang tak pernah kita sangka dari mana datang...
Inilah buktinya rahmat agung kurniaan Tuhan...
Alhamdulillah...syukur aku panjatkan =)

Salam~

p/s: emm...maaf sebab tak sempat balas komen....tapi saya akan tetap jengok blog kalian ;)
Ramadhan Kareem sisters and brothers =)


.::biar lambat....asal selamat::.

Assalamualaikum W.B.T



Oh...sempena hari raya yang bakal menjelang...
Ramai orang sudah mula balik kampung...
Even ada yang dah sampai pun ke kampung halaman...
Tapi saya berkemas pun belum...
Plus naik kereta cabuk sahaja...
Sudah pasti lambat sampainya ke kampung nanti...
Walaupun rasa sedikit cemas...
Tapi prinsip saya mudah...
Saya tak mahu terburu-buru...
Sebab saya memang lembab ^_^
Bagi saya, biarlah lambat asalkan selamat...
insyaAllah =)

rabbi yassir wa la tu'assir...amin...

Salam~

p/s: saya akan berada di Newcastle esok dan akan kembali semula ke Sydney hari ahad...insyaAllah. Doakan pemergian saya ke sana diberkati dan diredhai Allah ye :)

Doa Ramadhan hari kesebelas hingga keempat belas:


Hari Kesebelas

“Ya Allah, tanamkan dalam diriku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkanku daripada kemurkaan-Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan-Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.”


Hari Kedua belas

“Ya Allah, hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diriku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diriku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan-Mu, wahai penjaga orang yang takut.”


Hari Ketiga belas

“Ya Allah, bersihkan diriku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepadaku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepadaku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan-Mu wahai pengharap orang yang miskin.”


Hari Keempat belas

“Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diriku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan-Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.”

.::it's the accompany that matters =)::.

Assalamualaikum W.B.T


Semalam kami berenam berbuka puasa di May's Malaysia, Chatswood. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa kurang setengah jam, end up took up 1 jam setengah due to traffic. Lama sangat rasa duduk dalam bas. Sempat juga habiskan baca tafsir 1 juzuk. Sampai2, terus cari tempat solat maghrib. Usai solat, terus cari tempat makan sebab masing2 dah lapar. Dah la sejuk2...lagi la lapar. Hmm...this is the second time iftar kat luar. Hari ahad lepas iftar di umah Kak Sue, one of the postgrad students kat sini. And semalam was the second time. And, sayangnya, bila buka pose kat luar, x dapat join kawan2 lain terawikh and dengar pengisian. Meaning, terawikh sorang2 la kat bilik :(. And today, ada iftar kat uni organized by MUMSA (Macquarie University Muslim Students Association). Tak sure akan g ke x sebab saya saya takde puasa untuk diiftarkan hari ni heh ^_^

Salam~

p/s: sometimes, it doesnot matter where you go, what situation you are in, but what matters most is the accompany you are with =)

.::blossoming please::.

Assalamualaikum W.B. T

Hmm...gambar pokok ni sangat simbolik untuk situasi saya sekarang. Seperti mana saya teruja untuk melihat ranting2 itu berbunga, seperti itu juga yang saya harapkan berlaku pada diri saya saat ini.

Oh tree...
blossoming please...
Ya Allah...
kurniakanlah izin-Mu untuk pohon itu kembali berwarna
seiring dengan tibanya musim bunga...
Ya Allah...
hambamu mohon dengan sangat...
aminn

Salam~

Doa Ramadhan hari kesembilan & kesepuluh:

Hari Kesembilan

“Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat-Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran-Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan-Mu yang penuh dengan kecintaan-Mu, wahai harapan orang yang merindu.”

Hari Kesepuluh

“Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada-Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi-Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi-Mu. Dengan ihsan-Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.”

.::oh .. halangi serangan kepanikan::.

Assalamualaikum W.B.T

Oh, kehidupan saya agak kucar-kacir sekarang. Banyak benda yang keciciran. Tapi saya tak boleh panik sekarang.

Tenang...
Ambil nafas....
Ucapkan bismillah...
Aturkan semula langkah...
Bermujahadahlah dan jangan lengah...
Jangan juga sekali-kali berkeluh kesah...
Tapi mohonlah kekuatan dari Allah...
insyaAllah semoga dipermudah...
aminn...aminn Ya Allah...
Ya Rahman...
Ya Rahim...

Oh, panic attack tak harus wujud sekarang atau bila-bila sahaja. Kerana ia tak perlu masuk dalam kamus kehidupan saya. Yang penting, take a first step and move forward...

Gambatte ne!!

Salam~

Doa Ramadhan hari ketujuh & kelapan:

Hari Ketujuh

“Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati-Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk)-Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”

Hari Kelapan

“Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan-Mu tempat berlindung orang yang berharap.”

.::akukah yang salah::.

Assalamualaikum W.B.T

Akukah yang salah
Hanya akukah yang salah

Oh, tolonglah jangan bicara seolah aku punca segala
Kerana aku bukan sesiapa untuk diturut prinsipnya
Dan semua mampu memilih apa sahaja untuk dirinya

Kalaupun aku tidak suka
Ia tak bermakna semua juga harus membenci
Kerana aku tak pernah mengeji apalagi mencaci

Ya Allah,
berilah aku kekuatan
bebaskan aku dari rasa yang membelenggu jiwa
kerna aku dambakan Ramadhan yang suci dan penuh makna...aminn

Salam~

.::apa ertinya kecewa::.

Assalamualaikum W.B.T

Hari ini saya belajar untuk menghayati satu perkara
Kalau kecewa itu tidak harus ada dalam kamus hidup seorang muslim
Kerana rezeki dan perjalanan hidup setiap jiwa telah ditentukan seadilnya oleh yang Maha Esa

Barangkali kita menyangka apa yang kita inginkan adalah yang terbaik untuk kita
Padahal ia bukanlah yang sebenarnya pantas untuk kita
Kerana Allah telah mempersiapkan sesuatu yang jauh lebih baik dan bermanfaat untuk kita
Sesuatu yang bakal datang dari arah yang kita tidak sangka-sangka
Siapalah kita untuk menduga kuasa dan kebijaksanaan-Nya

Maka, hadapilah apa saja dengan hati yang tenang, wajah yang terlukis senyum, dan keyakinan bahawa semua yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya
Dan saya gembira kerana bisa merasainya =)

"...Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)

"...Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." (65: 2-3)

Salam~

.::current obsession::.

Assalamualaikum W.B.T


Inilah kurma pertama yang boleh diterima tekak saya. Inilah makanan sahur juga makanan berbuka. Tak tahu la kalau kat Malaysia nanti saya boleh dapat x yang jenis camni sebab my family biasenya makan yang jenis basah2 tu but I don't like that one ;) I have tried to eat that one many times but I ended up failed. Mesti akan luah balik. Tapi yang ni sangat sedap...saya sangat suke =) This box of kurma costed $6.50. Kire ok la kan.

CJ, ade jual yang macam ni x...Kalau ade, leh saya order tahun depan ^_^

Salam~

p/s: Oh...oh...kelas dr pkl 9 pg sampai 5 ptg hari ni. Ya Allah, berilah aku kekuatan dan semangat untuk mengharungi 7 jam yang mencabar ini...Aminn...

Doa Ramadhan hari kelima & keenam:

Hari Kelima
“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba-Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’ (orang yang mendapat keutamaan-Mu) yang hampir di sisi-Mu dengan kelembutan-Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih.”

Hari Keenam
“Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksaku dengan balasan-Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan-Mu, dengan anugerah dan bantuan-Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.”

.::200::.

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah...entry ni adalah entry ke-200 untuk blog ni. Antara beberapa blog yang saya pernah ada, yang ni nampaknya yang paling konsisten setakat ni. Tak sangka plak saya boleh bertahan sampai tahap ni. Probably because untuk tempoh dua tahun ni, kondisi saya yang jauh dari keluarga + kemudahan laptop dengan akses internet 24/7 sebagai peneman setia telah menjadikan blog ni tempat yang paling ideal untuk saya berkongsi dan mencurah rasa. Yelah, kadang2, tak semua perkara kita boleh share face-to-face dengan orang lain. There are certain things that you express best when you write it down. Tak tau la. This is just my opinion je :)

Erm, hari ni merupakan birthday dua best friend saya yang kebetulan pernah bersekolah di sekolah yang sama iaitu MRSM Muar.
Happy 22nd Birthday
to
Fatin Haya
&
Aini Hayati Zayana

3rd September
Sanah Hilwah Ya Jameela!!!


Saya doakan agar kamu berdua sentiasa berada dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah dan semoga persahabatan kita diredhai Allah...insyaAllah

And thanks to saudari Aini atas jemputan iftar hari ini. Alhamdulillah, saya gembira sangat sebab ramai yang hadir. Rasa seronok bila dapat kumpul ramai-ramai, dengar pengisian tentang Fatimah Az-Zahra, solat isyak, terawikh dan witir sama-sama. Inilah kuasa Allah, menjadikan Ramadhan satu medium untuk menyatukan hati2...Alhamdulillah. Saya bawa kamera tanpa snap apa2 gambar sepanjang tempoh majlis i.e dari jam 6 - 9 malam. Ntah la, as if macam bizi je...hehe

For the iftar, my housemate buat bingka pandan while I made chocolate cake and pau goreng. But yang menyedihkan, kek tu tak menjadi dan my pau goreng pun taste pelik je. Maybe because I use sardin filling...x tau la. Sori le kawan2 yang makan tu...huhu


Emm....rasanye tu ke kot yang berlaku hari ni. Mata pun dah mula mengantuk sebab banyak ngat makan :) Hmm...I guess I'll write more tomorrow...insyaAllah.

Salam~

Doa Ramadhan hari ketiga & keempat:

Hari Ketiga

“Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagianku daripada kebaikan yang Kau turunkan., demi kemurahan-Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”

Hari Keempat

“Ya Allah berilah kekuatan kepadaku untuk melaksanakan perintah-Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan-Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”

.::ada apa dengan nama::.

Assalamualaikum W.B.T

Checked my mail inbox and found out so many forwarded messages. Tapi, x bukak lagi sebab malas =D Tapi saya tertarik dengan nama yang tertulis pada column receiver tu. Guess what...my friend save nama saya dengan salah...hehe.

Emm..since this is not the first time so tak kisah sangat. Dari sekolah rendah kawan2 memang ada masalah nak eja nama saya. Pelik sangat ke ejaan nama saya...saya pun x pasti...

Setakat ni, kesilapan ejaan yang berlaku adalah seperti:

Amrin
Amrein
Amrieen

And antara kesilapan bunyi plak adalah seperti:

Am-ri-en
Em-ri-en
Am-ron
(yang ni sekali je berlaku...dalam kelas Socio-Linguistic Gerard...ceh)

Sebenarnya, saya bukanlah particular sangat pasal ejaan tapi kengkadang you just feel that it's not you. Like when you see your name are wrongly printed, takde rasa emotional attachment kat situ...cewah. Tak de rase belonging la. Kire, if you want to claim that it is not your name pun bley je rasanya. Tapi xla sampai macamtu....hehe

Kat sini, masalah salah sebutan tu biase sgt la berlaku. Lidah orang putih kan...suke benar nak menggodam2 nama kite. Iffah disebut Iffy/Eva, Ida disebut Aida, Syal disebut Sial, Firdaus disebut Firdus. For me, kadang2 rasa comel, kadang2 rasa kelakar, kadang2 rasa annoying la jugak especially bile kena panggil Amron..heh. Tapi, nak buat camne, cara dorg pronounce mmg a bit different dgn kite kan. Tu pasal kalau ade orang balik mesia tetiba tukar nama jadi Iffy ke Izzy ke...janganlah terus mengata atau melatah. Mesti ade history tu..hehehe.

Tapi, jangan risau...insyaAllah, saya masih suke nama yang abah saya bagi.Walaupun, dulu2 saya fikir kenapa abah kasi saya nama camtu, tapi sekarang I am proud of it sebab saya rasa nama saya unik. Kebarangkalian untuk sama dengan orang lain sangat rendah so xde la orang konfius Amrien yang mana unless memang tak pernah kenal saya. Tapi, saya lebih suke sebutan cara Melayu atau Arab daripada sebutan orang putih yang buat lidah ku tergeliat...huhu.

Fakta tentang nama saya:

(1) Orang selalu ingat Amrien adalah seorang lelaki. Oh, saya sudah terbiasa dengan situasi ini dari sekolah rendah lagi. Ibu-ibu kawan saya selalu musykil kalau anak dorg bersahabat dengan seorang lelaki bile dorg mention nama saya ;)

(2) Nama saya dengan abang saya hampir serupa. Nama abang saya Amreel. Masalah selalu berlaku dalam situasi phone conversation. Selalu ahli keluarga confuse sama ada pemanggil nak bercakap dengan saya atau abang. Beberapa kali pernah tersilap orang. Salah satu langkah untuk clarifykan nama was dengan tanya orang tu..."emm....nak cakap dengan lelaki ke perempuan?". Memang pelik je bunyi soklan tu kan tapi kawan2 saya dah sedia maklum dengan keadaan ni and ada yang ambil langkah bijak dengan guna nama "Ina / Amriena" pada awal conversation :)

(3) Ramai sedara-mara yang tak tahu pun nama sebenar saya Amrien. Even adik2 sepupu saya pun xtau. Saya ingat lagi dorg pernah tanya saya..."siapa Amrien?". Then saya dengan senyum sinisnya pun claim nama sendiri. I have no idea what they think my real name is. Zalina? Rina? Haha...I couldn't imagine myself.

(4) Ustazah saya pernah tersilap hantar SMS ke abang saya kerana disangkanya saya. Nombor telefon tu die dapat from kad jemputan kahwin seorang lagi abang. Bila saya jumpa ustazah masa cuti tu, barulah dia tahu sebab sebenar kenapa SMSnya tidak berbalas...hehe...macam2.

Hmm...sebenarnya saya nak tulis sikit je sebab nak kasi blog ni berupdate. Tetiba banyak plak idea datang...hehe. Apapepun, selamat berpuasa dan selamat berbuka semua =)

Salam~

p/s:
Thanks to Cikgu Jawe for the info on Fadhilat Solat Terawikh tu.
Saya dah inform kawan2 untuk removekan info mengenainya daripada newsletter keluaran akan datang. Untuk newsletter saya, tak sempat sebab dah diedarkan lebih awal :)

Doa Ramadhan hari kedua:
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan-Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan-Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih."

.::ia tiba jua::.

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah...Ramadhan tiba jua dengan membawa sejuta kerahmatan. Saya sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meraih cinta Ilahi. Semoga peluang ini dapat saya dimanfaatkan sebaiknya...insyaAllah. Dan semoga saya menjadi hamba Rabbani, bukan hamba Ramadhan semata2.


Oh ya..semalam saya menonton satu cerita Indonesia bertajuk Kun Fayakun. I am not sure whether it is a sinetron of a film. But I guess, I learnt a lot from it. Satu perkara yang saya pelajari ialah bagaimana caranya memupuk rasa pergantungan pada Allah semata2. Yes, I knew, some people will say, "memanglah kena buat macam tu" Semua orang mesti tahu dan selalu claim kalau Allahlah tempat bergantung, but what I mean is, sejauh mana kita meyakininya and thus put it into practice.

Kadang2, kita tak sedar yang kita letak Allah di tempat kedua, bukan yang pertama. Contohnya, kalau sakit, the first thing yang kita fikir adalah ubat dan doktor. Kalau kita xde duit, kita terus risau2...susah hati...apa nak makan nanti. Kalau kite ade presentation, kita terus susah hati...harap sangat evaluator bagi kita markah yang baik. Memanglah benda2 ni semua adalah bentuk2 usaha. Tapi, apa yang saya nak tekankan ialah, cube kita sama2 reflek balik, apa perkara pertama yang terdetik di hati atau minda kita bile kita susah...adakah manusia atau Allah. Like kalau kita berniaga something...apa perkara yang kita harap...adakah kita harap ada orang yang beli barang kita...atau adakah kita harap Allah beri kita rezeki pada hari tu? Benda ni nampak sangat simple tapi jugak sangat halus. Kadang2 kita tak perasan, kita secara tak sedar telah meletak pergantungan pada manusia instead of Allah. Walaupun kita tak berniat macamtu tapi itulah yang berlaku secara dasarnya.

I bet the feeling is different kalau kita benar2 meletak pergantungan pada Allah semata2 berbanding kalau kita bergantung pada manusia. Contohnya, bila kita sakit, kita pun jumpa doktor yang paling hebat dan dia prescribe kita dengan ubat yang paling bagus. After quite sometime, kita tak sembuh pun. Then, kite pun start mengeluh, "Ape ni, kate doktor hebat...ubat pun bagus...tak berkesan pun". See, kesilapan kita adalah kerana 'lupakan' Allah. Kalau dari awal kita yakin dengan Allah, kita pasti mohon penyembuhan itu darinya. Kemudian, barulah berikhtiar dengan mencari doktor dan ubat yang terbaik. Jika nanti kita masih tak sembuh, kita pasti tak akan mengeluh sebab kita yakin kalau Allah masih belum mahu mengizinkan untuk kita sembuh. Jadi, kita akan terus bersabar dan bermohon kepada-Nya. Tiadalah rasa putus asa dan kecewa berbanding situasi pertama tadi. Inilah makna sebenar pergantungan semata2 kepada Allah.

Saya bukanlah orang yang selayaknya ber'ceramah' di sini tapi sekadar berkongsi peringatan ni. Saya sendiri selalu 'lupa' kepada Allah. Like when I was 'ill', and dah berubat...alhamdulillah sembuh. Kemudian, selang beberapa lama...sakit itu datang balik...saya berubat balik. Bila kali ketiga sakit tu datang semula...iman jadi lemah dan akal hilang pertimbangan. I cried to my mom and tanpa rasionalnya cakap; "Sedih la....berapa kali nak berubat....Ina dah bosan dah". Astaghfirullahal 'azim. Ya Allah, what have I just uttered. Ini bukan ucapan orang yang beriman. This is the example of speech orang yang tak ade iman dalam hatinya. Dan saya sangat menyesal buat macamtu. You know, kita manusia ni kadang2 iman terlalu lemah, cepat sangat putus asa. Dan inilah punca untuk kita hidup bersedih je padahal ada orang yang lebih besar ujiannya dari kita.

Alhamdulillah, semakin hari saya semakin belajar untuk hidup lebih bahagia. Saya nak qoute dari blog seorang senior ni; "Tak de orang yang hidup jauh dari tuhan dan rasa bahagia...takde". Kalau gembira pun di dunia...adakah pasti dia akn gembira di akhirat nanti. Hmm...bila fikir2 balik, ia sangat betul sebab "Orang yang hidup bersama Ilahi tidak pernah memandang sesuatu yang berlaku itu sebagai musibah...bahkan ujian untuk meningkatkan darjatnya...lantas bergembiralah dia kerana Allah telah memilihnya". Marilah kita sama2 mendidik diri untuk mencapai tahap kemanisan iman itu kerana kehidupan adalah tarbiyah dan tarbiyah adalah life-long learning process...insyaAllah

Salam~
Doa Ramadhan Hari Pertama:
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."