.::380 : types of blogger etc.::.

Assalamualaikum W.B.T

First of all, I wonder camne leh salah counting. This should be entry no. 380..tapi ble tengok archive, baru de 377...camne leh short 3 entry. Sengets!! Tapi nak blame sape pun kan...haha.

Rasa cam dah lama tak tulis something kat sini. And again, this makes me wonder why I started blogging dulu2. Bile browse through blog2 orang len...teringat masa kat overseas dulu. Rasanye....I am a different kind of blogger if nak dibandingkan dulu n sekarang. 
 
Okay, lemme put this way. Based on my observation, there are few reasons why people blog. And cara pendekatan blogger pun berbeza2. Yela..manusia ni kan unik. So, rasa cam happy bile blog sebab indirectly dapat 'kenal' and 'tengok' sendiri sifat dan cara manusia yang berbeza2 ni. If I were to classify my blog under which category, xtau la nak decide. Sebab ternyata, my approach len kot dari org2 len. Xtau la genre pe. haha. Kadang2 rasa cam sengets gak, tulis2 kat sini...tapi tak nak orang baca...Sudahnya, cam cakap sendiri. tanda2 sengets la tu kan...haha erk...ada aku kisah ;P
 
Yang penting sekarang, selagi rasa tak nak berhenti menulis...I'll continue writing. For me, blogging ni cam therapy. I express feelings through writing kot. So, kene de gak medium ni. Soal readers, zaman2 tu dah berlalu. Rasanya, tu bukan la dunia aku kot. I feel more comfortable like this. Hopefully, sampai bila2 pun camni la ;)
Hmm...skrg tengah fikir nama utk BKU1911. Dari dlu rasa nak bagi nama...tp x bg2...ssh nyer nak bagi nama..cam nak bagi nama anak je kan.. Tape la, once I could think of a name, I'll update here...Ok, chow!!

Salam~

.::379 : niat: tak menghalalkan cara:.

Assalamualaikum W.B.T


Nampaknya, banyak drama dan filem berunsur dakwah ditayangkan sekarang. 
Baguslah....sekurang2nya dapatlah dakwah disebarkan secara tidak langsung kepada masyarakat.
Tapi my concern is, even drama dan filem itu 'konon'nya bercorak keagamaan, perlu ke mereka sertakan aksi2 dan adegan yang kurang menyenangkan.
Pada mulanya, memanglah saya teruja...tapi certain scenes really 'turned me off'.
Elok2 kesedaran dan keinsafan timbul, mood terus rosak bila disajikan adegan2 yang kononnya mencerminkan realiti masyarakat.
Yes, they got their points, kononnya tak guna menyembunyikan realiti kehidupan sebenar...kononnya masyarakat perlu didedahkan dengan keadaan semasa, kononnya itu kononnya ini.
Betul, mungkin memang itu realiti masyarakat. Tapi tak salahkan jika kita paparkan situasi2 yang baik supaya dapat diteladani.
Some poeple might say, "biar penonton buat pertimbangan sendiri...mereka tahu apa yang perlu dicontohi".
Tapi, tak semua orang mampu buat perkara seperti itu.
Walaupun fitrah manusia itu sebenarnya inginkan kebaikan, tapi "kecenderungan" manusia berbeza2.
Ada orang bila menonton, akan buat self reflection and thus jadi baik.
Ada orang bila menonton, akan rasa curious and thus feels like trying those things..selalunya yang tak baik la..
Elok2 mereka tak tahu, paparan yang mereka buat langsung beri idea kepada golongan2 curious ni.

Kadang2 saya geram juga. Nama saja berunsur dakwah, islamik tapi hakikatnya...branding 'islam' dan 'dakwah' hanyalah dikomersilkan.
Come on, sampai bila nak jadi macam ni kan.

Saya bukan mahu membandingkan tapi saya ada menonton beberapa filem dan cereka berunsur dakwah dari produksi luar. Memang sekali lalu, tiada langsung nilai komersial...tapi drama itu "bersih". Mungkin la, ia tak mampu menarik minat ramai penonton tapi bagi saya, lebih baik dari bercampur aduk yang baik dengan yang tak baik.

I know I may sound emotional here but I just expressing myself. My opinion might not be 100% true as it is merely an opinion...heh~

Salam~

.::378 : absence+heart+fonder+whatever...heh::.

Assalamualaikum W.B.T

Before anything, let us consider these two sayings:

"Absence makes the heart grows fonder"
"Out of sight, out of mind"

Which one do you think is truer than the other?

Actually, I was thinking about the truth in both sayings since before.
At times, yes, absence could make our heart grows fonder...
But then, the word 'fonder' itself has different connotation to different people...

Relating myself to the context here, I would say that somehow, absence is a blessing...
Sometimes, we need to be apart from our loved ones for a while so that we have time to reflect and rationalize things...
Yes, to love is some kind of a gift from God but whether we realize it or not, we could not nurture the feelings to just anybody...or lemme put it this way...we could nurture the feelings but we should put limitations to it...depending on the individuals we are dealing with.
In my case, I feel that the separation period give me a good platform to detach myself from the people whom I have unconsciously treated the way that I shouldn't in a first place. (read: I give MORE)
Not to say that when they are out of sight, they will be out of mind but at least I could control my feelings and perhaps do a good restart later...this time in a slower pace..maybe..heh..

But one thing for sure, once we go through "separation" period, the feelings wont be the same again. It's either become "more" or "less". It's not like clicking a pause button when you play a song that it will continue where it stops when you resume it.heh~

Salam~

.::377 : dalam hati ada sendu::.

Assalamualaikum W.B.T

Dulu, dia memang bermula kosong. Kemudian dia belajar bertatih...perlahan dia mula berjalan. Bila sudah agak yakin, dia mula berlari anak. Walau lariannya tidak sepantas mana...tapi cukup untuk mengekalkan momentum yang ada.

Namun, dia kalah kepada situasi dan hawa nafsunya sendiri. Lariannya yang sememangnya sudah perlahan semakin hilang rentak. Dia tidak lagi berlari tapi berjalan. Tidak tahu apakah dia sudah penat atau barangkali dia 'terlupa'...maka akhirnya dia berhenti berjalan. Bertatih pun dia tak mahu.

Kini, walau hatinya meronta-ronta untuk berlari semula...kakinya seakan sudah terpaku. Dia sangat buntu. Bagaimana hendak berlari kalau berdiri pun dia tidak mampu. Dia benar-benar lupa bagaimana caranya untuk berdiri. Mencari-cari pautan yang dia sendiri tak temui saat ini. Setiap hari dia membayangkan betapa indah saat ketika dia berlari dulu. Walau cuma lari2 anak, tapi cukup untuk buat hatinya tersenyum.

Ya Allah, bantulah dia. Senyumnya kini hanya senyum palsu. Hatinya sangat terseksa. Setiap saat ia menangis pilu. Kalaupun tidak berlari, bantulah dia untuk berjalan semula. Berilah ia pautan. Bukankah Engkau "sebaik-baiknya Penolong"...dan aku akan terus bermohon untuk dia..agar dia temui kebahagiaan hakiki pinjaman Engkau"

Salam~