.::cerita satu hari::.

Assalamualaikum W.B.T

Lately ni jadual tidur sangat kucar-kacir. Pukul 7 dah mengantuk okeih. Kat Malaysia baru pukul 5. Mak pun maybe baru balik kerja. Even x mengantuk pun, rasa kena tidur jugak...especially sejuk2 camnih. Dahla malas on heater sebab everytime rase macam demam je kalau tidur berheater. Rasanya, kehangatan quilt cukup kot skrg, at least before winter menyerang...ekeke. Pastu tetiba rasa sekarang ni seisi rumah bangun pukul 3. Or diorang x tidur lagi sebenarnya...hehe. Yelah, sekarang ni sangat banyak asignment. Sape kate blaja nak jd cikgu senang? Tak pun ;( Especially when you have to do lots of writing. Tak kisah la. Point nyer skrg, ade lagi 2 week b4 semester ni tammat. So, kene pulun habis2an this 2 weeks. The best part it, this semester xde exam. So, maknenya ade 2 bulan cuti. Yeay =)

Tadi g amik duit. Pastu bile amik resit tu, terdetik la dalam ati, "eh, elaun dh masuk ke blom ek". Sakit jantung la jugak bila tetiba tingok duit tinggal $3**. Plus, bile masa plak pegi keluarkan $1000. Rasanya amik $20 je. Cuak gila masa tu. Siap fikir lagi, sapa plak buat dajjal songlap duit nih. Dahla sewa umah x bayar lagi. Hmm.....klise la kan. As expected, silap amik resit rupenya. Tu resit the previous person. Mmg dah nampak dah before withdraw duit. Tapi rasenya dah buang. Rupenya tindakan buang resit tu berlaku dalam kapla hotak ni je. Not in reality. Ces. X pasal2 kena korek tong sampah since omputih sorg ni dah tolong buangkan my resit b4 die gune. Nasib baik. Tapi still, rasa terkujat tu tak hilang serta merta. Cuak seyh.

p/s: Kelas Jean Brick sgt insightful arini. At least, at one point in my life, I think I knew what I possibly do in the future. Tapi, semua tu bergantung pada keadaan. Ada rezeki ada la kan. Kalau x, mungkin Dia dah aturkan yang lebih baik. He knows best kan =)

p/s: rindu mak, rindu abah, rindu twins, rindu iman, rindu qiqi, rindu adik, rindu kak epah, rindu semua.....muaXXX. if only I could be with them...

Salam~

.::antara dua::.

Assalamualaikum W.B.T

kalau ku pilih di sini...apa kata di sana
kalau ku pilih di sana...di sini akan terluka
mampukah aku pilih keduanya
bahagi kasih seadil-adilnya

konflik mode
semoga dipermudahkah


Salam~

.::ISFJ : defender::.

Assalamualaikum W.B.T

Hmm..haritu ada seorang kawan suruh saya buat personality test. Saya pun saja-saja la buat test tu. And this is the result. Taraaaaaaaaaa....

"ISFJs are characterized above all by their desire to serve others, their "need to be needed." In extreme cases, this need is so strong that standard give-and-take relationships are deeply unsatisfying to them; however, most ISFJs find more than enough with which to occupy themselves within the framework of a normal life."
- ISFJ Profile (TypeLogic)

"modest, not confrontational, easily hurt, observer, prone to crying, not spontaneous"
- Jung Type Descriptions (ISFJ) (similarminds.com)

"ISFJs have a rich inner world that is not usually obvious to observers. They constantly take in information about people and situations that is personally important to them, and store it away. This tremendous store of information is usually startlingly accurate, because the ISFJ has an exceptional memory about things that are important to their value systems. It would not be uncommon for the ISFJ to remember a particular facial expression or conversation in precise detail years after..."
- Portrait of an ISFJ (The Personality Page)


"The primary desire of the Protector SJ is to be of service to others, but here "service" means not so much furnishing others with the necessities of life, as guarding others against life's pitfalls and perils, that is, seeing to their safety and security."
"At work, ISFJs contribute loyal, sympathetic, consistent, and considerate service to others. They are know for their kindness and for their willingness to go to any length to help those in need. They take the practical needs of people into account when they do their work, and their strong follow-through skills allow them to carry out organizational goals. They do at least what is expected to them and oftentimes more, without attracting attention to themselves. They are painstaking and responsible with detail and routine, and feel it is important to have the right things in the right places at the right times."
- ISFJ - The Nurturer (Lifexplore)


p/s: Biasela test2 cenggini. Sometimes kene kat kite...sometimes tak. Yang penting, setiap hari pun kite akan discover benda baru tentang diri sendiri kan...so, x salah buat test2 cenggini untuk belajar memahami diri sendiri.

Kepada sesapa yang nak cube, leh g ke website ni. Leh la kite discover diri memasing ^^ Jangan lupe kongsikan resultnya bile dah buat test tu nanti =)

Salam~

.::tanda harga::.

Assalamualaikum W.B.T

Nampaknya cik akirasuri a.k.a cik ati telah memulangkan semula hutang tag kepada saya. Balik2 kelas tup tup dah kena tag. So, kene la langsaikan hutang =) Oleh kerana saya memang tak reti verangans...saya akan request benda2 yang realistik sahaja. Mana tau tiba2 santa klaus terbaca plak entry ni...ekeke

5 benda yang saya nak sebagai hadiah

(1) Buku >>> Novels esp by Habiburrahman El-Shirazy, Faisal Tehrani, Ramli Awang Mursyid etc. or Koleksi Kisah Nabi & Rasul
(2) Technology-based widget >>> digital camera ke, handphone ke, i-pod ke, pda ke, laptop ke...hehe
(3) Cooking and baking equipments >>> termasuklah oven, steamer, mixer dan segala bentuk baking pan...muahaha...kunun la suke memasak...huhu...penipu!!!
(4) Accessories >>> wristwatch ke, bags ke (ni kire accessory la hak kan...hehe)
(5) Kasih sayang + Kejujuran + Keikhlasan + Cinta dari orang2 yang tersayang =)

Erk, serius x reti...ntahpape je... Tapi apa2 pun, yang last tu paling penting kot sebab kadang2 perkara2 material tak dapat ganti perkara2 tu...hehe

p/s: jangan buat pasal tiba2 nak balik winter ni...giler okess

Salam~


.::owh...saya malu dengan "DIA"::.

Assalamualaikum W.B.T

Terkadang dalam hidup ni, kita tak sedar yang kita sangat cepat melatah bila berlakunya sesuatu. Melatah kat sini bukanlah melatah yang, "opocot mak kau" tu. Apa yang saya cube maksudkan kat sini ialah melatah in the sense that kite over react towards something. Baru ade benda berlaku sikit, reaksi bukan main. Susah nak cakap apa sebenarnya yang saya lalui sekarang (kena go through lembaga penapisan...so leceh...hehe). Tapi satu perkara penting yang saya belajar is that, apa je perkara yang berlaku atau akan berlaku dalam hidup ni, kite kene hadapi dengan hati terbuka. Pendek kata, just go with it. Jangan sekali2 cari alasan untuk mengelakkan dari ianya berlaku (except certain things yang terang2 tak elok la kan). Kalau kita rasa susah, tak suka, tak mahu, risau etc., cepat2 minta petunjuk Allah. Jangan nak mencanang sana-sini dulu, tunjuk sangat perasaan kita kat orang lain. Buat sakit otak je. Sebab banyak kali dah berlaku, everytime saya buat macamtu, saya akan malu sendiri akhirnya. Why? Sebab semua tu Allah saja je nak uji kite. Nak test camne kite nyer reaction towards something. End up, Allah akan tolong kita gak...dia akan permudahkan semuanya. It's the matter that you choose to consult HIM first or you choose to consult aka BEBEL to HUMAN first. And, i always, whether intentionally or unintentionally choose the second one which in the end make me feel like a loser (the feeling is like the moment when you knew that you had falsely accused someone for doing something that the person does not in any ways involve in. Especially when you had maki hamun and sumpah seranah that person. Malu seyh.) So, kesimpulannya, kenala belajar berlapang dada dengan apa je yang berlaku. Be cool is the best policy =)

Salam~

.::belum ditinggalkan tapi sudah dirindukan part 1::.

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni saya nak bercerita tentang Sydney. Entry ni sekadar rapurepek sementara merehatkan otak yang kepenatan dek kerana tuntutan intelek yang tinggi masa buat eseimen tadi...hehe. Okay, ada apa dengan Sydney? Hmm...sebenarnya, masa mula2 sampai saya memang takde perasaan tentang Sydney sebab this is not the place I want to be in a first place. Tapi sekarang, saya sangat bersyukur dengan apa yang saya dapat. I just love to be here. Mucho2...ngee. Oleh kerana beberapa bulan lagi saya akan meninggalkan bumi Sydney ini, saya rasa saya perlu buat beberapa entry sepanjang tahun ini sebagai tribute kenangan pada tempat ini.

Okay, kenapa saya suka Sydney?

(1) Macquarie University

Sebab saya suka university saya. Mungkin ramai yang tak pernah dengar university ini. Saya pun x pernah dengar dulu. Sebab saya tak pernah dengar, saya rasa die tak glemer and sebab tu jugak saya tak berminat nak blaja kat sini. Saya lebih prefer university like University of Auckland or Victoria University of Wellington sebab saya pernah dengar nama uni ni back then. Egocentric kan...ekeke.

Dulu masa kat kolej, lecturer selalu cakap benda2 menakutkan pasal uni ni. Buat saya sangat cuak bile mengenangkan saya kene sambung blaja kat sini. Blaja susah la, requirement tinggi la, takde learning support la. All these buat saya rasa saya akan derita dan sengsara bila belajar kat sini. Tapi, lepas hampir 3 semester kat sini, saya rasa cakap2 tu hanya exaggeration belaka. Mungkin la susah, tapi alhamdulillah, kami semua coping je kat sini (read: tapi last semester result horror sket la....hehe).

Lagi satu, walaupun kawan2 uni lain ada wider range of elective subjects, saya rasa saya suka dengan apa yang saya belajar. Memang la kami xde kebebasan sangat untuk pilih subject yang kami minat, tapi saya rasa ok je. Saya rasa apa yang saya belajar ni sangat menuntut daya intelektual saya, which is good for my cognitive ability...wakaka...poyos melitos. Saya ni kire patuh je dengan apa yang saya kene buat asalkan tak melanggar syariat...cewah. Lagipun xkan nak demand lebey2...orang dah bayar pun dah cukup baik kan =)

Walaupun bangunan uni saya buruk, library saya tak cantik, and facilities tak sehebat uni kawan2 saya yang lain, saya tetap suke the fact yang saya blajar kat uni ni. This is what we call unconditional love kan...ekekeke.

Kesimpulan dari point2 di atas ialah: Dulu saya memang letak uni ni as my last choice. Tapi sekarang, I am happy with what destined for me. Rasa terkilan sebab tak dapat apa yang saya nak dulu dah hilang sebab saya lebih suka dengan apa yang Allah bagi pada saya sekarang. Betullah macam firman Allah dalam surah al-Baqarah (216); tak semua yang kita suka, baik untuk kita dan tak semua yang kita tak suka, buruk untuk kita. Inilah salah satu hikmah yang saya dapat =)

Okay, cukup satu reason dulu. Reason2 lain akan diupdate kemudian =)

ni gamba lake dekat uni...baru sedar saya xde gamba pun dekat uni...maybe kene take some pics lps ni ;)

Salam~

.::sumpahan library::.

Assalamualaikum W.B.T

Semenjak dari sekolah rendah lagi higgalah ke tahap universiti, library tak pernah meninggalkan kenangan manis buat saya. Entahlah...sendiri tak pasti ini adalah suratan ataupun kebetulan (cewah..macam tajuk lagu plak)...tapi, ada sahaja perkara yang berlaku menyebabkan konotasi library di mata saya bertambah negatif...hari demi hari ;P

Kisah 1
Setting: Library SKJ
Tahun: 1998
Cerita: Hmm...yang ni kes kena buli dengan budak-budak lelaki. Erk, masa kecik dulu saya mungkin sangat menjengkelkan...tu pasal la orang menci. Sekarang pun mungkin masih menjengkelkan, cuma orang tak buli je (so far xde la kena buli ;P). Alkisahnya, masa dalam library, tatkala saya sedang berdiri, budak lelaki tarik kerusi saya. So, bila nak duduk semula, dengan konfidennya tak cek pun ada ke tak kerusi tu, main duduk je. Then, you guess la kan what happen. Obviously jatuh terlentang kebelakang. I knew it was my fault not to check the existence of the chair...but then, what do you expect kan. You sat and just stand up for a while to say something to another friend just across the table...takkan la kerusi you hilang kene tiup angin kan. Lepas jatuh tu, apalagi...nangis la. Bukan sebab sakit pun, sebab malu okess. Penolong ketua pengawas yang gemuk, lagi hitam dan kerek telah jatuh gedebuk bak nangka busuk dan jadi bahan gelak satu kelas kat library. What say you? Tak ke nightmare tu. Tapi, saya tak berdendam pun dengan budak2 lelaki tu. Kitorang dah openly said sorry to each other masa reunion batch before fly last two years. Walaupun rasa dorg jahat buat camtu, at least I knew how annoying I was to them. So, terima je lah :)

Kisah 2
Setting: Library SAMTTAR
Tahun: 2001
Cerita: Yang ni plak kes kena marah dengan makcik library (sorry la if rude gelaran ni). Dah la saya jarang2 masuk library kan. Tetiba, baru first time nak masuk library dah kena marah. Tau la makcik2 ni kalau cakap macamne kan. Sinis dan menusuk babe. Sesape tau watak Mak si Enal dalam Kerana Cintaku Saerah takpun watak Mak si Abu dalam Impak Maksima the Series...ha, camtu la lebih kurang gaya makcik tu cakap. Mana la saya tau tak boleh bawa masuk reference buku dalam library. Macam tak reasonable langsung je reason tu. Elok2 nak study kat library, langsung x jadi. Nasib saya dapat 9A tau PMR, makcik. Eleh, tak luak la makcik saya tak study kat library (erk, asal berbaur emosi ni...hehe).

Kisah 3
Setting: Library KISAS
Tahun: 2002 - 2003
Cerita: Nampaknya, kenangan hitam masa kat library SAMTTAR buat saya jarang2 ke library masa kat KISAS dulu. Tobat ai nak pergi library dah. Lagipun kalau kat KISAS, xleh g library selalu. Habis nanti semua orang saya usha. Dan dan la kantoi tak jaga pandangan kan. So, untuk kelihatan thiqah sentiasa (bahasa khas KISAS ^^), haruslah mengelakkan aktiviti melagha dengan tidak ke library. Cukup-cukup la melagha kat tempat lain...ekeke. Study kat kelas or kat dorm sudah...haha.

Kisas 4
Setting: Library IPBA
Tahun: 2005
Cerita: Kat sini plak kes kena sembur dengan lecturer. Bukan la verbally...but through text message. Ni gara-gara bertanya soklan confirmation. Sebagai ketua kelas, bila anak buah tanya banyak2 kali, kite kene la dapatkan confirmation from lecturer kan so that kita ada base bile nak bagi instruction. Alkisahnya, hari tu lecturer A ni xde kat kolej. Hari sebelum tu, die dah inform kat classmates sume tentang ketidakberadaannya di kolej esok hari. Tapi, si ketua kelas ni (read: saya la tu) tak de pada masa kejadian. Saya ni dengan berhati mulianye pergi tolong lecturer lain uruskan pendaftaran graduation KPLI. Tapi, saya memang dah inform lecturer A sebelum saya tinggalkan kelas die. Kire ade valid permission la. Bukan tuang kelas okey. So, kire maklumat tentang the absence of lecturer A tomorrow tu saya tak dapat secara langsung la kan. That was fine with me. Esok tu, lecturer A memang dah assign keje. Tapi, biase la manusia ni. Nak juga kepastian whether lecturer A ni ade ke x kat kolej. Saya dengan baik hatinya pun sms la lecturer A tanya die ade kat kolej tak. Langsung free2 kene sembur. Die cakap, tak tahu ke dia kat Kedah sekarang. Uruskan budak KAGUM (maktab2 nyer event). Tu la, masa kat kelas semalam tak dengar die cakap. Perrgh...sakit hati dowh. Free2 kene tuduh pekak. Masa ni memang nak nangis la kan (read: mesti orang x larat, asyik2 nak nangis...nak buat cane...jiwa ai kan sensentip...hehe). Mase tu cool lagi, sempat balas sms...cakap sorry sume and gtau saya takde kat kelas semalam. Dalam hati ni Allah je yang tahu betapa hancurnya hati kena smack dgn lecturer untuk subject yang saya sangat suka dan score dengan jayanya. Takpe la. Sape la kite ni kan. Sebelah mata pun dia tak pandang. And, tak rugi pun...Abg L kan ade...wakaka. Lepas balas sms tu, terus blah dari library. On the way balik tu, tak sempat nak tahan, gerimis plak tengah jalan....woha...sensitip boleh tahan...ekeke. Pastu, lecturer tu balas balik sms...say sorry. Nasib die say sorry. But still, tindakan menuduh melulu tu sangat tak patut. Ni buat saya beringat bila jadi cikgu nanti.

Kisah 5
Setting: Library Mcq Uni
Tahun: 2007
Cerita: Ntah bile ntah saya overdue buku. Tetiba kene fine $6. Sesuka hati je tulis due tarikh lain, pastu set kat sistem tarikh lain. Tak kisah la kena bayar fine $6 tu tapi the best part wass, saya tak leh cek result exam and enrol unit. Yang best lagi, masa tu saya kat Malaysia. Nasib ada kawan yang stay kat OZ. Dia yang tolong clearkan debt sume. Kalau tak, ade la yang dapat lecture murahan dari Pamela sebab die memang dah pesan awal2 pasal benda ni. Tup tup ade jugak yang buat hal...ekeke.

Kisah 6
Setting: Library Macq Uni
Tahun: 2008
Cerita: Sama la pasal overdue buku gak. Saya rase saya memang tak faham la sistem pinjaman buku ni. Tu pasal la kene fine lagi. Elok2 due 21 hb, tibe2 ade plak org nak gune buku tu, so, kene pulangkan awal which was on the 13th. Oleh kerana tak faham notis yang dorg bagi tu, and langsung buat dono je, sudahhya, kene la patron block sampai debt tu clear. Yang ni tak tau la nak kate ape. Kalau dah memang illeterate kan. Takkan nak salahkan orang yang tulis newspaper atau majalah. Adehh...

Kesimpulannya, saya dari dulu dah ade stigma kat tempat yang bernama library ni. Tapi, as much as I do not want to go, I still need to. Nak jadi pelajar cemerlang, gemilang, terbilang mestila baca banyak buku...wakaka. So, walaupun kene sumpahan...terpaksa la bertabah....hehehe.

Salam~


.::of penyampai, pemikul amanah and pembawa perintah::.

Assalamualaikum W.B.T

G.U.R.U. Mengapa saya memilih menjadi seorang guru? (erk, saya pilih ke ek?). Saya sendiri tak punya jawapan untuk soalan itu. Yang saya tahu sekarang, saya cuma perlu tamatkan pengajian sarjana muda ini dahulu. Nanti, barulah fikir soal kerjaya. Tapi berada dalam tahun ketiga, bererti saya sudah sampai pada stage G.U.R - hanya satu stage lagi sebelum saya benar-benar akan menjadi seorang GURU kelak. Sudah bersediakah saya?

Dulu bila orang tanya kenapa saya hanya memilih bidang ini instead of bidang-bidang glamor yang lain, saya sendiri tak tahu apa jawapannya. Tapi, salah satu jawapan saya pada diri sendiri ialah: "Kalau semua orang mahu jadi doktor, jurutera, akauntan, arkitek, peguam atau apa sahaja kerjaya yang hebat-hebat, siapa pula yang akan mendidik anak-anak mereka nanti? Siapa pula yang akan mengajar, mendidik, menggilap potensi generasi akan datang supaya menjadi pelapis kepada golongan-golongan professional sedia ada?" Hmm...sebenarnya, ni mungkin hanya jawapan nak sedapkan hati sendiri. Jawapan "klise". Tapi seriously speaking, saya sendiri sebenarnya tak tahu nak jadi apa semasa saya perlu pilih hala tuju selepas SPM. Dalam hati terdetik; "Saya ni tak punya cita-citakah? Peliknya."

Bagi golongan seperti saya yang tak punya darah keturunan "pendidik" dalam susur galur keluarga, keputusan menjadi seorang guru bukan sesuatu yang biasa. Tapi, ia juga bukanlah sesuatu yang luar biasa =) Cuma, satu perkara yang buat saya terus berjuang ialah restu ibu bapa selain rahmat dan redha Allah yang tak pernah putus. Alhamdulillah. Tapi semalam, bila saya belajar tentang tafsir ayat 143, surah al-Baqarah, saya seperti sudah ketemu jawapan yang saya cari selama 4 tahun ini. Ya, saya tahu kenapa saya perlu menjadi seorang guru. Kerana saya adalah umat pertengahan, yang punya tanggungjawab untuk menyampaikan. Walaupun tugas menyampaikan tergalas pada bahu setiap individu, saya kini lebih yakin bahawa Dia telah memilih saya untuk menjadi "Si Penyampai" itu. Dan saya juga lebih yakin bahawa tugas saya bukan mudah kerana sayalah "Si Pemikul Amanah". Inilah yang dinamakan taqdir yang ditetapkan sejak azali kerana nama saya sendiri bererti "Pembawa Perintah". Walaupun bebanan ini terasa berat, saya yakin bahawa Dia takkan mentaklifkan saya dengan sesuatu yang di luar kemampuan saya kerana Dia Maha Mengetahui.

Salam~

"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu....." (2:143)

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....." (2:286)



.::sedih::.

Assalamualaikum W.B.T

Baru habis menonton Demi Masa kat you tube. Sangat sedih ok. Katalah saya cengeng, katalah saya kuat menangis, katalah apa saja...tapi saya memang menangis sepanjang menonton cerita ni. Nasib tengok sorang2. Kalau tak, mesti ade yang cuak tengok saya beriya2 tersedu menangis. Silap2, orang tengok saya ;P. You know, despite the fact yang hati saya ni sangat mudah tersentuh (kire lembut hati la ni...kunun2), saya memang lemah bab2 yang berkaitan mak ni. Jangan la buat pasal dengan mak. Memang nak kena. Ingat, kita cuma ada satu mak je. And, lagi satu yang best pasal cerita, sebab lagu Ahmed Bukhatir ni.




I will return oh mother لسوف أعود يا أمي
And kiss your chaste head أقبّل رأسك الزاكي
And supress (blame?) my desires أبتّك كل أشواقي
And taste the scent of your blessings وأرشف عطر يمناك
Besmirch in the richness of your feet أمرغ في ثرى قدميك
my cheek when I meet you خدي حين ألقاك
Water the soil with my tears أروي الترب من دمعي
Happy that you are aliveسرورا في محياك

How many nights did you stay up late فكم أسهرت من ليل
So that I could sleep to my content? لأرقد ملأ أجفاني
And how many times did you thirst وكم أظمأت من جوف
So you could quench my thirst with your tenderness? لترويني بتحناني
And one day I was Ill, I do not forget ويوم مرضت لا أنسى
The tears from you that were like the rain دموعا منك كالمطر
And your eyes which stayed awake وعينا منك ساهرة
fearing that I may be in danger تخاف علي من خطر
And the day we parted at dawn ويوم وداعنا فجرا
and Oh what a harsh dawn that was وما أقساه من فجر
Words cannot explain what يحار القول في وصف الذي
I felt when I abandoned you لاقيت من هجري
And you told me things which I still وقلت مقولة لا زلــت
remember throughout my life مدّكرا بها دهري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري

CHORUS

obedience to you, oh want of my life.. ببرك يا منى عمري
[is what] the God of existence has instructed me to do. إله الكون أوصاني
Your content is the secret of my success رضاؤك سر توفيقي
And my love of you is the secret of my beleif وحبك ومض إيماني
And the sincerety of your prayer [for me].. وصدق دعائك انفرجت
has resolved my misfortunes and my sadness به كربي وأحزاني
My love towards you.. ودادك لا يشاطرني
no human being loves anything like it به أحد من البشر
You are the beating of my heart فأنت النبض في قلبي
And you are what lights my vision وأنت النور في بصري
And you are the tune on my lips وأنت اللحن في شفتي
My problems cease when I see your face بوجهك ينجلي كدري
To you I do return oh mother إليك أعود يا أمي
Tomorrow I rest from my journey غدا أرتاح من سفري
And a second age will begin for me ويبدأ عهدي الثاني
and the branches will blossom with flowers ويزهو الغصن بالزهر

Salam~

.::fitrah si lalai alpa::.

Bismillah

Nak bicara tentang gembira, serba salah bila ada yang kata kita berlagak pula
(especially bila kita excited dapat sesuatu yang mungkin orang lain x dapat)
Nak bicara tentang sedih, kecewa bila ada yang kata kita terlebih reaksi saja
Nak bicara tetang marah, geram bila ada tak faham apa yang kita rasa
Nak bicara tentang sunyi, hampa kerana ia tak bisa merubah apa-apa

Tak salah berkongsi suka
Tak salah bercerita tentang duka
Tak salah cuba mereda bara di dada
Tak salah juga bicara tentang sepi di jiwa

Yang salah bila kita mula merasa;
"Ah, kau ni tak faham la apa yang aku rasa"
Kerna kita yang salah mengatur kata,
Memilih selain Dia tika meluah segala

Bukankah Dia kekuatan utama
Yang lebih dekat daripada urat leher kita
Tapi selalu saja di lupa
Didatangi hanya bila kecewa dengan reaksi manusia
Inilah fitrah si lalai alpa

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonon orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka mempeoleh kebenaran" (2:186)

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" (50:16)

**mood : refleksi diri**

Salam~

.::penat::.

Assalamualaikum W.B.T

Jam baru menunjukkan pukul 8 malam waktu tempatan. Sekujur tubuh yang sudah terkulai layu di atas katil tiba-tiba dikejutkan dengan satu suara, "Amrien, mari makan". Si empunya diri membalas, "Mia, you makan la dulu. I tak mandi lagi".

Erk, malasnya nak bangun. Penat gile hari ni. Keluar rumah 7.30 pagi, balik rumah 7.30 malam. Masuk je bilik, katil terus menggamit-gamit dan si empunya diri pun tak bisa lagi menolak kali ini. Dia terus merebahkan dirinya lantas tidur dengan nikmat yang teramat hinggalah suara itu membangunkan lenanya.

Hmm...tak tahu la kenapa letih sungguh hari ni. Rasa nak pengsan pun ade...ni exaggerate je...hehe. Esok routine yang sama gak. Kene pergi sekolah sampai la hari khamis ni. And another 2 days next week. Nasib esok takde lecture to attend. Actually, sekolah tu ok je but you know, school observation can be very boring and tiring sometimes...(owh..mengapa daku mengeluh...). Tetiba terfikir bila dah kerja nanti, takkan nak cakap, "Malas la nak pergi sekolah hari ni". Suka hati, pankreas, kepala lutut la kan nak buat statement camtu. Sian la murid-murid ai...ekekeke...(kunun cikgu mithali). Takpe, blum try test blum tau ;).

Salam~

p/s: Ramai je mak ayah students kat my school tu i.e. Hornsby Girls High School orang Malaysia. Tapi, cina belaka okess... Bila tanya, "Have you been to Malaysia", hmm...xpun...ceh!! Sume pakat dah jd PR la tuh. Takpe, yang penting tau asal usul...ekeke

.::renungan bersama::.

Assalamualaikum W.B.T

Saya makan nasi goreng untuk lunch tadi. Konon-konon tak nak ambik dinner tonight...so, dengan lahapnya saya makan nasi goreng tu...siap tambah lagi (pedassssss gile sampai mengangis...hambikk ko). Dek kerana kepedasan melampau, saya pun potong sebiji pear...ubat kepedasan la konun. Pastu decide nak tengok clip yang kawan bagi ni sambil makan pear....






Astagfirullahal-a'zim...rasa bersalah yang teramat sangat menyelinap ke dalam jiwa. Terasa diri sendiri sangat zalim (read: zalim means tak meletakkan sesuatu pada tempatnya). Ni memang pengajaran yang berguna untuk saya tepat pada masanya. Semoga saya akan sentiasa mengambil peringatan. Harap-harap yang lain begitu juga.

p/s: ingatlah pada apa jua bentuk harta yang kita miliki, ada hak orang lain yang perlu ditunaikan...

.::120 : Happy Mother's Day, Mak::.

Assalamualaikum W.B.T

Hari Khamis malam mak call (atas demand anakanda tersayang...ekeke). Hmm.., bergayut sakan la kami. Tetiba, pada minit kesebelas, line tak clear plak. So end call camtu je. Pastu, malam tadi plak saya call mak. Nampaknya mak sangat keletihan sebab sibuk mengusahakan kebun dengan abah. Hmm...orang-orang dewasa ni memang tak leh duduk diam kan. Bagusla tu. Tapi yang penting, kesihatan kena jaga. Anakanda jauh sekarang, tak boleh nak urut picit bila diperlukan (haha...gaya nak mithali berbicara)

Semalam gak saya wish mak Happy Mother's Day. Pastu mak tanya, kenapa tak wish esok. Saya pun jawab, "saje". Mak tetiba plak request kek pisang. Aduh, susah ni. Jauh nak menghantar. Takpe mak, insyaAllah saya buat untuk mak bila saya balik nanti. Tapi kan, saya rasa bila buat balik benda2 yang saya try kat Oz masa kat rumah, tak sedap pun. Hmm...tak tau la sebab ape. Mungkin masa kat sini pun tak sedap gak tapi sebab xde pilihan, so sume pun rase sedap je kat tekak ni. Bile kat Malaysia, leh je tunjuk2 nak makan ape. So, sebab tu la boleh nak mengkomen itu sedap, ini tak sedap. Lumrah la tu =)

Salam~

.::119 : welcome...ahlan wa sahlan::.

Assalamualaikum W.B.T

Hi everyone. Welcome to my new house. Time2 busy kene buat assignments la saya dok sibuk nak pindah rumah. Dan dan la kan...baru sekarang sibuk nak punggah barang. Buat masa ni, cukup la kot. Nanti ade mase, saya touch up la mana2 yang patut =)

Emm, sebenarnya dah lama nak pindah rumah baru ni tapi susah sangat nak pilih rumah yang berkenan. Yang ni pun bukanla berkenan sangat especially when the background is yellow in colour...erk... Tapi, saya berkenan sungguh kat rainbow since saya memang ske benda2 colourful ni. So, yang ni kire tangkap muat la buat masa ni.

Okay la, cukup la untuk kali ni. Nak kena cari journals for my assignments. Dah berjam-jam saya off task nih. Harap2 lepas ni mood belajar pun meningkat sebab rumah dah berwajah baru...yuhuuu

Salam~

.::118 : ibadah itu cinta : cinta itu ibadah::.

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah...praise be to Allah.
I am in love and will forever do....insyaAllah.
I just don't know how to describe the feelings or perhaps express it.
What I knew is that, the feeling is just there.
It's inside me.
And I am drowing...drowing in love.

I think I now understand when they say, "ibadah itu cinta" and "cinta itu ibadah".
As they both compliment each other very well indeed =)

p/s: mencintai seseorang merupakan salah satu bentuk ibadah...dan ibadah itu merupakan tanda kita mencintai Allah ;)
mak, abah...saya cinta kamu!!!

Salam~


.::117 : rapurepek::.

Assalamualaikum W.B.T

Kegagalan terkadang buat kita takut meneruskan kehidupan.
Tapi, kita tak punya banyak pilihan.
Kita harus terus melangkah.
Cuma mungkin langkahan masa depan itu perlu diatur lebih kemas lagi.
Supaya kegagalan semalam tidak kita ulangi.

Kegagalan jua terkadang buat kita terlalu pesimis menilai hidup.
Kita mungkin akan selalu merasa yang indah itu ada pada mereka.
Dan selalu menjangka yang buruk itu adalah untuk kita.
Itulah penilaian yang salah.

"We are afraid of losing what we have, whether it’s our life or our possessions and property. But this fear evaporates when we understand that our life stories and the history of the world were written by the same hand”
(The Archemist by Paulo Coelho >> curik from blog Kak Jamie...minta halal ek..ekeke)

Salam~

.::116 : angan dan sedar::.

Bismillah

setiap detik waktu itu membawa amanah

setiap yang berlaku itu membuka peluang
setiap yang hadir itu datang bersamanya tanggungjawab

justeru...

mensia-siakan waktu bererti mengkhianati amanah
berdiam diri bererti melepaskan peluang
membiarkan yang hadir bererti mengabaikan tanggungjawab

antara angan dan sedar...

Salam~

.::115 : seven eleven::.

7 RANDOM FACTS ABOUT ME:

1) suke colourful things - colours really turn me on =)
2) bley jadi sgt emo kalau tengok tempat bersepah esp. my personal space.
3) ade penyakit tido berlebihan yang melampau especially bile ade banyak assignments or bile nak exam...tension la kunun...ekeke
4) never a risk taker - i am a reflector type of person: observe people first then decide whether to do or not to do...tak kisah la orang nak cakap ape...bukan ke kite kene acknowledge individual differences...ahaks=)
5) can be very cold to some people but be very nice and manja2 (ekekeke) to some others...ikut suke ai la ;P
6) sangat suke makan roti dan yang sewaktu dengannya - tu pasal la badan cenggini...sbb yeast dah berkumpul and berespirasi dengan jayanya...hehe
7) my OCD can sometimes exhaust me but i just like to be me.

7 THINGS THAT SCARE ME:

1) Allah The Almighty
2) mati dalam keadaan su'ul-khatimah - Ya Allah, moga dijauhkan...
3) berjaya di dunia tapi tak di akhirat - which makes me the BIGGEST LOSER
4) tak sempat express my true feelings to my loved ones - tgh praktis2 being more expressive skrg ;)
5) people's perception towards me - tapi tengah belajar ignore this feeling...buat menyusah je...
6) height - gayat seyh
7) speed

7 RANDOM MUSIC AT THE MOMENT:

1) Brothers - Cinta Ilahi
2) De Hearty - Kasih Sayang
3) Suhaimi & Munif - Kesekian Kali
4) UNIC - Hakikat Bahagia
5) Sheila Abdull - Mungkinkah
6) De Hearty - Cinta Bersulam Noda
7) De Haerty - Erti Persahabatan

7 THINGS I SAY THE MOST:

1) poyo
2) bongek
3) ko pehal?
4) macham...
5) tu la...
6) batak seyh
7) tak pe

7 THINGS I TREASURE THE MOST:

1) Iman dan Islam
2) Families
3) Friends
4) My life
5) My experience
6) Every single thing that I have
7) My laptop and my blog =)


7 “FIRST TIME” THINGS I EVER DID:

1) Duduk hostel masa form 4 - marks my 1st time being apart from my parents...padahal klang-banting bukan jauh mane pun...hehe
2) Naik segala macam rides (4 je pun) kat Movie World, Gold Coast - 1st time okess and for a gayat person like me, this was an achievement tau ;)
3) Choosing this course and releasing the other - ni kire my own version of The Road Not Taken la...as I always believe that the bless from your parents is everything after the bless from Allah
4) Makan home-made sushi masa kat Melbourne - senior QUT buat...ok gak rasa die...tapi still x makan sushi sampai sekarang except that one pasticular time ^^
5) Memasak segala jenis juadah (haha....exaggerate je ni) especially cake and cookies bile dok oversea ni - erk, bile balik mesia, kembali kepada keadaan asal semula sebab mak kan ade...ekeke
6) Drive kereta (after 21 years of living...hehehe) - ni pun ade instructor kat sebelah...ekekeke...tapi kan, lesen pun xde lagi...takde rezeki la nak complete kan test during last summer holiday...takpe, ade rezeki nanti, saya sambung balik....huhu
7) Naik flight masa nak fly ke OZ - 1st time okess selepas 20 tahun...takpe, tak sume orang ade peluang yang sama kan...And, saya sangat bersyukur mendapat peluang tu, tak kisah la awal ke lewat...nanti plan nak bawa adik and kakak plak naik flight...bagi la dorg merasa...Bukanke rezeki yang ade patut dikongsi bersama...barula berkat...

7 PEOPLE TO DO THIS:

1) Akirasuri
2) Cahaya mata
3) Kak nisa
4) Fina
5) Salina
6) Lysa

.::114 : kau dan aku:

Bismillah~

kertas itu sama putih
lalu kau coretkan pena biru
dan ku layarkan tinta merah
kau tuliskan madahmu
dan ku lakarkan pujanggaku
mungkinkah karya kita sama?

pentas itu sama luas
lalu kau lagukan iramamu
dan ku gerakkan tariku
kau perdengarkan melodi syahdu
dan ku persembahkan gemalai laku
mungkinkah pesona kita sama?

padang itu sama hijau
lalu kau lontarkan bolamu
dan ku terbangkan layang-layangku
kau berkejaran selayak mampumu
dan ku berlarian sekadar butuhku
mungkinkah lelah kita sama?

kau dan aku
berkongsi ruang waktu
namun kesudahannya mungkin sama tak perlu
kerna kau punya alasanmu
dan aku punya alasanku
kau punya jiwamu
dan aku punya jiwaku

Salam~

.::113 : puding marble AU::.

Assalamualaikum W.B.T

Wah, hari ni je dah 3 entry saya tulis...hebat nih. Nampak sangat la saya langsung tak menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar hari ni. Mentang-mentangla takde kelas. Lagipun, saya rasa kurang sihat hari ni. Seperti mengalami kesakitan di bahagian tekak dan kerongkong (adakah sebab heater?) Sebab tu rasa malas belajar...muahaha (alasan baik punya!!!)

Hari ni juga saya gembira sebab dapat berbual2 dengan orang tersayang bukan sekali tapi dua kali (which is so unlikely to happen before this). Pagi tadi abah call masa die tengah medang (read: minum kat kedai kopi) kat kedai Mak Leman. Sedapnya.... Tetiba teringat: "Makcik, nasi lemak sotong satu, teh ais satu"...ekeke...in my dream la kan...hmm...

Pastu, petang tadi mak pulak call. Borak2 dengan mak. Pastu saya request nak cakap dengan Nafis dan Naqib. Dorg pun report la pasal dapat beskal baru from Papa. Hamboi...bukan men suka lagi korang yer. Saya nak tengok juga la by the time saya balik hujung tahun ni, still ade rupe beskal lagi ke tak. Ntah2 dah barai sama macam Si Borhan a.k.a Si Rempit Jr. (read: my beloved adik la ni...sape lagi) mengerjakan motornya. Harap2 tak la. Erk, tetiba rindu plak kat Borhan. "Dik, ko tak marahkan aku panggil ko Borhan...hehe". (nama sebenar: Afiq Haikal, nama glamer: Borhan (sape tengok Keluang Man...ekeke). The best past was, Rifqi pun nak cakap gak dengan aunty die nih. Saya pun dok Qiqi..Qiqi...Qiqi. And the little boy was just like looking around, searching from where the voice came from. Tak sabar nak tunggu Qiqi pandai cakap...huhu.

Actually, kat entry ni saya nak share resepi pusing marble yang saya buat tadi. Erk, walaupun tak jadi sangat (I don't even know how it tastes like since I haven't break my fast when this entry is being written) tapi takpe, effort itu penting...huhu. Here goes the recipe:

Puding Marble AU


1 packet jelly stripes (37 g)
6 cups water

2 cups sugar

1 cup evaporated milk

1 cup custard powder

1 table spoon coco powder
(I used drinking chocolate^^)

p/s: harap2 rasanya tidak mengecewakan...at least pada tekak saya sendiri sebelum ia memberi padah pada tekak org len...huhu

Salam~

.::112 : a belated birthday::.

Assalamualaikum W.B.T

This may sound weird...but I still want to wish

HAPPY BELATED BIRTHDAY
to
DANISH NAQIB BIN MOHD AKMAL RIFANI
&
DANISH NAFIS BIN MOHD AKMAL RIFANI
in accordance with their
3rd BIRTHDAY
on
the 25th APRIL 2008
with special message:

You've grown up dear!
You are already 3 years old now.

Be an obedient son to your MAMA and PAPA,

a responsible brother to QIQI,

a good grandson to NENEK and ATOK,

an adorable nephew to MAK LONG, PAK LONG, CIK IBOY, CIK NISA, NANA and PAK SU

and also a reliable cousin to IMAN.

You should know that missing you is one of the most hardest thing for me to cope with ^^
LUV YA...MUAXXX

Salam~

.::111 : there she goes again::.

Assalamualaikum W.B.T

Hmm...I don't know why I suddenly get very excited with what I am planning right now. I knew it is just too early to plan but this is what I have been thinking all this while. Remember in one of my previous entries, I talked about being a good daughter - that time and distance won't matters. So, I think the best way to do this is "never procrastinate what you think of doing".

I pray to Allah to grant this wish and I really hope that this plan will become reality...insyaAllah. I believe, if we have good intentions, Allah will make it easy for us. But I knew, in 8 months time, anything could happen. Something could just cross over my way and disrupt the whole plan or I could just change my mind when the time comes (hopefully not in this case)...but who knows? Verily, Allah is The All-Knower. I just pray for the best =)

**********

My sister could be very annoying sometimes. She seems insensitive, inconsiderate and bla...bla...bla. That's why my brother and I always mock her. But deep in my heart, I really love her...mucho!!! She is the only sister I have. We may have totally opposite characteristics - physically, mentally and emotionally, but I think, we just compliment each other. One important lesson she taught me is that: "Sometimes, we don't have to mention what we want to do. Just do it." >> that sometimes made me unaware of what she's done for me ;) Therefore, I really wish I could at least do something for her. Something that could make her happy.

we can't be similar...can we?...^^

**********

p/s: I think I just found what I really want to do. Not merely for the sake of doing it...but because I really want to do it. I want to do something that would be meaningful and remarkable not only for me but also for the people that I love =) InsyaAllah...if HE permits... (am I being too ambitious here...I hope not ^^)

Salam~