.::364 : rajuk ::.

Assalamualaikum W.B.T


Hati kalau dah rajuk…
Memang sukar dipujuk…
Aku sendiri tak tahu kenapa keadaan boleh jadi segenting ini…

Akukah yang terlalu tinggi meletak harapan…
Atau merekakah yang tak pernah menghargai aku…
Tapi sejak bila pula aku jadi manusia yang dahagakan penghargaan…
Atau aku sebenarnya inginkan sesuatu yang mereka tak mampu beri…
Entahlah, aku sendiri tak tahu kenapa aku jadi demanding sebegini…

Aku bukan marah…apatah lagi membenci…
Aku cuma terkilan hati…
Bila diri seolah tersorong pipi…
Tapi respons langsung mereka tak beri…

Benar, suatu ketika dulu…
Aku memang berusaha untuk menyayangi…
Kerana hanya perbezaan yang aku lihat antara kami…

Tapi, setelah perasaan itu aku kecapi…
Mereka seakan menjauh lari…
Dan aku penat mengejar lagi…
Penat kerana aku rasa hanya aku seorang yang menarik tali…
Walau aku tahu…itu bukan fakta hakiki…

Sekarang aku hanya mampu menanti…
Agar masa mampu merungkai segala misteri…
Dalam perhubungan kami…
Moga magika Tuhan bisa mengubah realiti…
Suatu hari nanti…

Salam~