.::056 : Pre-departure Part 1::.

Semalam, seperti yang dirancangkan, kami ke Paddy's Market. Kali ni, untuk pertama kalinya, kami berjaya menjelajah seluruh Paddy's. Susun atur Paddy's yang kurang sistematik jika dibandingkan dengan Victoria Market di Melbourne, buat saya sukar untuk menjengah ke setiap gerai sebelum ini. Tapi, kali ini, kami memang nekad untuk survey harga dulu. Kiranye, first round kami just survey-survey harga and spot mana-mana gerai yang menawarkan harga rendah. Kalau nak ikutkan memang la tak banyak beza. Tapi, why pay more when you can get the same thing for cheaper price kan...hehe. Sebenarnya, ni kira cam takde kerja la kot sebab this week memang spend untuk berpoya-poya je...huhu.

Kami memang memborong kat Paddy's semalam. Sampai ada satu makcik melayu tu tegur kitorang..."shopping...". Even dalam bas pun jumpa satu Malaysian ni (Chinese from Penang), die siap tanya..."are you going back for a holiday?". Dah, sudah... Obvious sangat ke kitorang memborong. Bila fikir-fikir balik...malu gak la. Dasar kampungan...hikhik. Tapi, bila teringat dalam cerita Ayat-Ayat Cinta...ada satu hadith nabi yang menyebut..."tahaadu tahaabbu" - "salinglah kamu memberi hadiah maka kamu akan saling mencintai"...terus fikir positif. Kita membeli ni sebagai tanda kasih sayang dan cinta kepada mereka-mereka yang istimewa. Keluarga, saudara-mara, rakan-rakan, semua la yang berkenaan =)

Malam tu lepas balik dari Paddy's, terus membuat check list barang (poyo la gak kan sebab ada lagi seminggu nak balik...tak sabar ni). Lepas tu, malam ade bacaan Yasin kat rumah senior. Ni kira Yasin terakhir sebelum kitorang balik Malaysia dan dorg plak balik for good. Sedih la gak sebab rasa macam baru nak rapat dan mula rasa sayang...dah nak berpisah. Ceceh. Tapi, ni la adat pertemuan kan. Harap-harap persahabatan yang dibina atas landasan persamaan aqidah akan kekal hingga ke syurga...insyaAllah.

"Teman-teman karib pada hari itu akan saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa." (43: 67)

Walaupun kami cuma jumpa seminggu sekali, tapi pertemuan yang singkat tu dapat menautkan hati-hati kami. Benarlah, ini semua berkat doa rabitah yang kami baca setiap minggu bersama-sama. Semoga Allah akan terus tautkan hati-hati kami selagi kami masih berpegang pada aqidah yang sama. InsyaAllah. Kepada kawan-kawan dan kakak-kakak semua, saya sayang kalian...muaxx...hehe...


"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
bersatu memikul beban dakwah-Mu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikataNnya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya yang sebenar.
Penuhkan piala hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadamu.
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangmu.
Jika engkau mentaqdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini"


Pelajaran hari ini: Kadang-kadang kita tak sedar bila saatnya Allah maqbulkan doa kita. Kadang-kadang kita sendi pun tak aware yang hakikat doa yang kita baca tu sangat besar maknanya. Bila kita teliti balik doa rabitah ni, memang sangat mendalam maksudnya. Kalau kita benar-benar yakin dan bersungguh sewaktu berdoa, insyaAllah akan diperkenankan jua suatu hari nanti. Mungkin juga sebenarnya doa kita dah dimaqbulkan tapi kita je yang tak sedar. Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Dia takkan sekali-kali abaikan kita jika kita pun tak lari dari-Nya. Selangkah kita menghampiri-Nya, seribu langkah dia mendekati kita. Rahmat Tuhan memang sangat luas. Kita je yang selalu take things for granted. Kat sini, boleh nampak betapa hebatnya Zat Allah, betapa lemahnya manusia...


.::055 : entry rojak::.

cerita satu


Semalam memang hari yang memalukan. Tak dinafikan, saya memang jenis orang yang sangat senang menitiskan airmata...senang cakap, kuat menangis la. Orang jawa cakap 'ciwek'. Kalau saya gembira, saya menangis, kalau saya marah saya menangis, kalau saya sedih, obviously nangis gak. Mungkin sebab saya suka sangat dengar lagu-lagu sentimental dan tengok cerita-cerita sedih. Atau mungkin juga memang itu caranya saya express perasaan sendiri. Bila saya excited, saya jarang membebel-bebel menceritakan keterujaan saya dan bila saya emo, saya takkan bising-bising maki hamun sana sini. Semua yang saya rasa akan dizahirkan melalui airmata. Tragis tak tragis la kan...haha.

Tapi, selalunya saya akan menangis bila saya bersendirian. Kalau menangis depan orang pun, orang itu selalunya adalah mereka yang rapat dengan saya. Tapi, semalam saya telah menangis di hadapan seorang stranger. Sungguh memalukan!!!

Mesti orang itu sangat terkejut bila tengok saya menangis sebab sebenarnya, there's no point to cry. Mungkin saya sangat takut dan risau masa tu. So, even bila orang tu cakap tak ada benda yang perlu dirisaukan, saya tetap menangis. Sebenarnya, tu kira sign of relief la (even masih ada sedikit risau gak). Dia siap hulur sapu tangan dia lagi. Sweet tak sweet la kan. Nasib la dia dah agak-agak umur abah. Kalau tak, boleh cair la kejap kan. Walaupun dia yang saya pernah kenal nampak seperti cold, tapi hari tu, dia memang gaya abah-abah gitu. Dia siap cakap, "sometimes, it's okay to cry". Chewah!!! Saya pernah terbaca, lelaki memang tak tahan sikit bila tengok perempuan mengangis. Tak tahu la 'tak tahan' tu maknanya membencikan atau tak sampai hati. Tak pernah clarify lak dengan abah or abang-abang saya. Sorry la Encik X sebab saya menangis depan kamu. Sorry kalau saya mencuakkan kamu kejap. Saya tak sengaja. Cuma teremosi je. Saya harap kamu tak hebahkan cerita saya menangis depan kamu for unreasonable reason kat orang lain. Buat malu saya je... haha.


cerita dua

Sekarang baru saya tahu yang kalau kita buat salah pada diri sendiri, kita memang takkan tenang. Padan la muka saya. Sudah terhantuk baru terngadah kan. Tapi, saya bersykur sangat pada Allah. Jika perkara tu tak berlaku pada saya, sampai bila pun saya takkan beringat. Saya sangat bersyukur dengan ujian ni. Benarlah, 'ujian itu satu tarbiyah'. 'Tarbiyah yang manis'.


cerita tiga

Lepas final paper pada hari isnin lepas, saya punya 10 hari sebelum pulang ke kampung halaman yang teramat dirindui. Tamat je exam pada jam 4 petang, saya dan beberapa rakan telah ke Central untuk ,menghantar Iffah yang akan ke Melbourne menaiki train. Dengan weekly tripper yang bernilai $43, kami bercadang untuk ronda-ronda Sydney. Kire cam JJCM gitu. Nak cari souvenir kononnya sebelum balik Malaysia. Saya dan Syikin yang jarang keluar rumah ni ada hati nak keluar hari-hari selama seminggu. Penat tak penat la kan. Dah beli tiket mahal. Terpaksalah...haha.

Semalam, kami ke Chatswood. Bukan beli apa pun. Saja tengok-tengok. At least, we have been there. Tak la koman sangat bila orang tanya nanti. Semalam Zye je yang berbelanja. Kami bertiga ni end up JJCM la. Makan kat May's Malaysia (kot). Saya dengan Syikin order Seafood Vege Rice. Wah, memang sangat menggiurkan rupa dia. Sampai mat salih meja sebelah pun pandang. Nasib kami kongsi (memang selalu kami kongsi makanan pun kat sini). Satu serve dia memang banyak. Kami yang share dua orang pun tak habis. Maybe sebab saya dah makan chocolate before that kot and kebetulan Syikin lak sakit gigi. So, part-part udang, sotong, sayur-sayur besar tu saya la bedal. Syikin makan nasi dan benda lembut-lembut je. Sian gak dia.

Balik tu, lepas kejadian 'sapu tangan', tetiba teremo lak dengan keadaan bilik yang bersepah (sebenarnya, tak la bersepah mana, cuma serabut je). Lepas mandi, tertidur lak...lagilah emo kan. Mungkin penat berjalan + penat basuh baju + penat menangis = tertidur. Lepas je telefon mak...cerita pasal tragedi sapu tangan, sambung tidur terus sampai pagi. Bangun pagi tu, terus je kemas bilik. Simpan sume notes dan barang-barang yang tak penting. Dah habis exam kan. Lagipun, nanti nak balik cuti tiga bulan, kenalah simpan mana yang patut. Saya memang suka bab-bab berkemas ni. Aktiviti ni adalah antara benda yang dapat menggembirakan saya tapi 'keadaan sepah dan messy' plak adalah salah satu benda yang boleh buat saya emo dan moody. Nanti bile dah kemas, saya happy semula =)

Hari ni plak kami ke Auburn. Tak beli apa pun. Cuma kawan-kawan beli perfume. Saya? Memang nak beli asalnya. Tapi masuk kedai perfume tu je dah pening. Ye la, macam-macam bau ada. Mahu tak pening. End up, kat Auburn JJCM lagi. Hari ni makan pizza. Best pizza dia. Dah la murah, $3 je, besar lak tu. Kira kenyang la. Lepas tu kami solat kat Auburn Gallipoli Mosque. Cantik masjid tu. Sempat gak kami tidur jap. Penat seyh jalan. Udah bengkek badan gue nih. Lagipun cuaca panas sekarang, summer kan. Tetibe je teringin nak minum air tebu. Takpe, sabar ye. Seminggu je lagi. Hihi.

Kami sampai rumah dalam pukul 6 camtu. Nak online tapi tetiba cam tak boleh plak. So, saya pun ke dapur untuk masak sebab hari ni my turn untuk masak. Saya cuba masak mee rebus @ mee jawa hari ni. Kira first trial la. Lagipun, main cook takde. Berani la try. Kalau dia ada segan la plak kalau tak jadi. Ajak Syal makan skali sebab dia cam sorang kat rumah. Iffah kat Melbourne. Zye kerja. Lepas dia balik, saya pun masuk bilik dan mengupdate blog...hehe. Esok, insyaAllah kami plan nak ke Paddy's Market - the most awaited moment for us...haha. Bak kata Syal, "Kalau dah pelancong, ke mana lagi tempat nak tuju". Habis pelancong la kite ni ek. Dah dekat setahun dah. Melancong tak habis-habis.


Pelajaran hari ini: Kita bukan setakat tak boleh menzalimi orang lain, tapi juga tak boleh menzalimi diri sendiri. Perlu ingat bahawa kita punya tanggungjawab pada diri sendiri yang perlu ditunaikan haknya. Kita selalu memandang terlalu jauh hingga lupa akan perkara yang paling hampir dengan kita =)


.::054 : natural semantic metalanguage::.

question: what is the value of x in 5x + 3 - 15 = 23

solution:

5x + 3 - 15 = 23
5x = 23 + 15 - 3
5x = 35
x = 35/5
x = 7


compare with this.....


question: define "lie" in "X lied to Y" using natural semantic metalanguage.

solution:

X lied to Y =

X said something to Y

X knew it was not true
X said it because X wanted Y to think that it was true
people think it is bad if someone does something like this


point to ponder: antara mathematicians and linguists...sape lebih critical thinking...ish3X

catatan:
(1) entry ini mengandungi banyak element "code-switching / code-mixing" especially pada level "intersentential".
(2) entry ini hanyalah merapu semata2 due to exam mode esok - LING 216: Introduction to Sociolinguistics =P


mengapakah ku mengambil subject ini? or course ini in particular ^^


.::053 : sorry::.

sorry...
sorry for not being there for you when you are in need...
sorry for carefreely being so selfish...
sorry...

it's not that I don't care...
it's not that I don't bother...
it's not that I don't like you...

it's just because I can't do it...
and I have my own reasons for that...
the reasons that may just appear selfish to you...
whatever!!

sorry again...
honto ni gomen nasai ne!!

di hati ini hanya Tuhan yang tahu ^^

.::052 : the sick qalb::.

Ya Allah...
hanya rahmat dan kasih sayangmu yang ku harapkan...
kurniakan ketenangan ke dalam jiwa ini...
moga tabah hatiku tak berbelah bahagi...
kerna ku yakin Kau kan selalu disisi...

.::051 : bila tuhan berbicara::.

Kali ini sudah masuk dua kali apa yang terdetik di hati saya benar-benar terjadi. Kali pertama sewaktu laptop saya rosak akibat water spilt awal tahun ini. Dan kejadian kali ini ialah sewaktu saya mendapat keputusan teruk bagi tugasan saya. Inilah rekod paling teruk pernah saya catatkan sepanjang pengajian di peringkat universiti. Seingat saya, kali terakhir saya mendapat keputusan semacam ini adalah sewaktu saya berada dalam tingkatan lima; subjek biologi, fizik dan matematik tambahan. Hmm...sesuatu yang tak pernah saya jangkakan selama ini.

Tapi, tujuan saya menulis entry ini bukanlah untuk mencanang, memalu cerita tentang "kegagalan" saya. Saya tidak untung apa-apa jika ada niat begitu. Saya sekadar ingin berkongsi perasaan - bukan perasaan sedih atas apa yang berlaku, tapi, perasaan kagum dan "ta'ajub" pada kekuasaan Allah S.W.T.

Jika dulu, sewaktu laptop seorang rakan saya tiba-tiba rosak, dia kelihatan begitu resah dan gusar. Saya adalah orang yang turut memberinya nasihat supaya tabah. Anggaplah ia satu ujian yang pasti ada hikmah lebih besar nanti. Justeru saya terfikir, "Bagaimanalah jika saya yang ditakdirkan untuk berada di tempatnya? Tabahkah saya? Tenangkah saya? Mampukah saya mengaplikasikan nasihat itu pada diri saya sendiri?" Nah, kurang seminggu dari kejadian itu, laptop saya pula rosak. Saya dengan tidak sengaja telah menumpahkan segelas air ke atas laptop yang baru saya miliki kurang daripada tiga bulan. Hmm...apa nak di kata. It just happened. Walaupun saya tetap musykil bagaimana saya boleh secuai itu, saya yakin bahawa inilah suratan takdir. Bukan bermakna saya menyalahkan takdir, tapi saya sekadar percaya dan yakin akan qada' dan qadar Allah. Kadangkala, kita tak perlukan sebab untuk sesuatu itu terjadi kerana Perancang itulah yang Maha Mengetahui. Jika Dia kata "Jadilah, maka jadilah ia".

"......Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia." (3:47)

Kejadian itu, benar-benar menuntut kesabaran saya. Saya sebenarnya berperang dengan diri sendiri. Berperang untuk merealisasikan biacara yang pernah keluar dari mulut ini suatu masa dahulu. Ternyata, bukan mudah melakukan apa yang dikata. Selalu kita dengar orang berkata, "Cakap memang la senang. Cuba kau...". Nah, inilah saatnya saya perlu buktikan pada diri sendiri yang saya bukan sekadar cakap kosong, bukan "cakap tak serupa bikin". Saya tak pernah suka jika dilabel begitu.

Alhamdulillah, akhirnya saya mampu menghadapinya dengan baik, dengan lebih positif, walaupun adakalanya saya tewas sendiri. Hanya Tuhanlah penolong terbaik saya. Ayat-ayat suci-Nya lah penawar gusar hati saya. Dia lah balai aduan saya. Bagi saya, jika dirujuk pada "doktor" sekalipun, mereka tak mampu merawat luka hati saya, apatah lagi memberi preskripsi bagi rawatan hati ini kerana hanya Allahlah yang memegang hati-hati kita, yang menurunkan sakinah dalam jiwa. Itulah penawar utama.

"Dialah Allah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada). Dan milik Allah-lah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, Maha bijaksana."(48:4)

Sekali lagi, kejadian yang hampir sama berlaku. Tatkala saya tiba-tiba terdetik, "tak pernah aku diuji dengan mendapat markah teruk....camne agaknye ek perasaan masa tu". Nah, sekali lagi saya tak perlu tunggu lama untuk betul-betul merasai pengalaman itu. Dalam minggu yang sama, sewaktu saya mengambil kembali tugasan saya yang telah diperiksa, saya terkejut dan terkesima tatkala melihat markah yang tercatat di atas kertas itu. "Eh, ye ke. Macam tak percaya je". Saya yakin ramai rakan saya pasti tak percaya jika saya beritahu hakikat itu melainkan jika mereka sendiri melihat kertas tersebut. Tapi, malaslah jika saya asyik nak terangkan keadaan sebenar. Seperti quote kegemaran saya "Expect the unexpected".

Pada mulanya, terganggu juga denyutan jantung ini. Mana taknya, keputusan itu memang teruk. Rasa nak menangis pun ada. Tiba-tiba terngiang-ngiang kata-kata seorang rakan yang bukan ditujukan pada saya sebenarnya tapi boleh diambil pelajaran darinya: "X, buat ape ko nak nangis sebab tak dapat jawab test. Baik ko nangis atas dosa-dosa kau". Nah, hambik. Niat untuk mengangis batal sama sekali mengenangkan fitrah diri yang kurang menangisi dosa-dosa. Lagipun, saya selalu ingatkan diri sendiri, "Belajar, assignments, exams...bukanlah segala-galanya. Saya punya matlamat lebih besar. Saya punya objektif hidup yang lebih utama".

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." (51:56)

Perkara-perkara kecil seperti itu hanyalah perkara sampingan yang mengisi kehidupan saya dalam perjalanan menuju negeri abadi. InsyaAllah, jika ada keberkatan, dapatlah ia menjadi saham dalam kehidupan di sana nanti.

"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda-gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?" (6:32)

Dengan perasaan yang lemah, saya berjumpa dengan tutor. Minta pandangan tentang tugasan saya. Di mana silapnya, di mana kurangnya. Ternyata, saya sebenarnya tidak menjawab soalan sepenuhnya. Ada satu persoalan yang tidak saya kupas. Jadi, fahamlah saya. Walaupun seingat saya, saya jarang ditegur kerana off-track ketika menjawab soalan sebab selalunya masalah saya lebih kepada language dan argumentation, namun saya tetap tenang. Seperti saya katakan tadi, kita mesti selalu "expect the unexpected". Apa-apa pun boleh berlaku. Tiba-tiba saya teringat, apa yang saya patut lakukan dalam tugasan itu sebenarnya adalah draft pertama yang saya delete kerana bimbang salah focus. Ternyata, draft itulah yang benar, draft baru itulah yang misleading. Tipulah jika saya katakan tak terdetik langsung di hati ini, "kalaulah aku hantar yang itu, tak delete dan tukar yang ini. mesti....". Sekali lagi, saya tahu saya tak patut fikir begitu. Teringat satu hadith:

"Sekiranya engkau ditimpa suatu musibah, maka jangan engkau berkata, "Sekiranya (kalau) aku lakukan yang begini, maka sudah pasti lain yang berlaku". Tetapi katakanlah: "Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang Dia kehendaki-Nya. Sesungguhnya, "kalau" akan membuka pintu amalan syaitan".

Dalam satu tempoh masa yang singkat sepanjang perjalanan pulang dari universiti, minda saya giat berperang sana-sani. Jika apa tanda-tanda negatif yang cuba menyerang, saya akan cepat-cepat bunuh ia dengan bukti-bukti positif yang saya kumpul dari Al-Quran dan Hadith. Ternyata, bicara Tuhan tak pernah salah, tak pernah silap, bukan sekadar omong kosong. Ia punya satu kuasa penyembuhan yang sangat hebat. Tak peru tunggu lama.

Dan dalam waktu yang singkat itu juga, saya berjaya menyembuhkan "kekecewaan" itu. Saya gembira dengan ujian ini lantas mampu mengukir senyum. Ujian bukanlah derita tetapi tarbiyah yang diringi kemanisan dihujungnya. Sekurang-kurangnya, saya gembira kerana Tuhan mendengar bicara hati saya bilamana apa yang terdetik di hati, benar-benar terjadi.

Petang itu juga, saya tahu apa yang perlu saya lakukan. Saya tahu saya perlu berjumpa Dia, mengadu pada Dia, cerita pada Dia apa yang saya rasakan walaupun Dia sebenarnya lebih tahu gelodak jiwa saya. Saya tahu apa yang berlaku juga adalah kifarah atas dosa-dosa saya pada Dia, keterlekaan saya yang terkadang tak sempurna mencintai Dia. Saya benar-benar yakin hanya Dialah yang mampu menolong saya...di sini...dan di sana nanti...insyaAllah.

Self reflection: Bila usia pun semakin meningkat, cara kita deal dengan masalah pun perlu berubah. Zaman untuk kita mengeluh sana sini tika ditimpa ujian telah pun berakhir kerana ia sebenarnya tak membawa kita ke mana-mana apatah lagi menyelesaikan masalah yang ada. Gunalah pendekatan yang lebih dewasa. Bila kita berpegang pada Manual yang utama pasti semuanya akan baik-baik sahaja nanti. InsyaAllah =)

.::050 : one::.

Taken from "In the Shade of Ramadhan - Taqwa, Good Deeds & Character"...

Narrated by al-Tirmizi, Rasulullah S.A.W said:

Have taqwa of Allah S.W.T wherever you go
Follow the bad with a good one that will erase it
When dealing with people, have the best of manners
**this hadith is actually the comprehensive advise given by Rasulullah to a Sahabah when he was about to send him to Yemen**

.::049 : new addict::.

i do like reading...
yet it depends on my mood, the genre, as well as the purpose (obviously academic purposes won't get me going...haha)
during my high school years, i really fancied reading 'novel cinta remaja'...(though they were all streotype...typical plot...haha)
but, being a more mature person (as if), i started to read again early this year...
but in different mode and momentum =)
my fondness of reading malay novels suddenly develops again..new addiction i would say
i am just a beginner reader for i have read only two or three novels...
do recommend me for constantly updating my to-read-list =)

this is my to-read-list
relevankah aku dihatimu - rynsa
ayat-ayat cinta - habiburrahman el-shirazi
ketika cinta bertasbih 1 - habiburrahman el-shirazi
ketika cinta bertasbih 2 - habiburrahman el-shirazi
bila tuhan berbicara - faisal tehrani


**finished reading

**looking forward to read
**currently reading