.::402 : emosi::.

saya sedih hari ini...
mungkin kesedihan terpendam...
oh Tuhan, kurniakanlah sesuatu untuk menyisih segala kesedihan
yang masih tersimpan di lubuk hati paling dalam...

*oh, tahap emosi yang rendah harus diperangi!!
sejak bila saya membenarkan virus2 jahat menguasai diri...

oh diri, belajarlah mensyukuri nikmat tuhan, menikmati sisi bahagia anugerah tuhan...
dan berhentilah mengira-ngira sisi kekurangan...

*semoga esok akan lebih baik dari semalam*

.::401 : pilihan datang pilihan pergi::.

Assalamualaikum W.B.T

Siapa tak mahu pulang berkhidmat di tempat sendiri...
Siapa tak mahu dekat dengan chenta hati...
Siapa tak mahu terima tawaran insan yang pernah dan masih dikagumi...
Siapa tak mahu??...siapa tak mahu??...sudah tentu aku mahu jauh di sudut hati..
 
Tapi, entah kenapa masih berat hati...
tidak tahu apa yang aku cari...
tidak tahu apa yang aku nanti...
tidak tahu apa nasib yang bakal di jalani...
yang buat aku senang untuk terus diami bumi yang dulu-asing-tapi-kini-tak-lagi...

oh, adakah keputusan ini pasti??
Tuhan tunjukkan aku, bimbing hati temui jawapan pasti....
yang terbaik untuk semua yang aku sayangi...
Salam~