.::200::.

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah...entry ni adalah entry ke-200 untuk blog ni. Antara beberapa blog yang saya pernah ada, yang ni nampaknya yang paling konsisten setakat ni. Tak sangka plak saya boleh bertahan sampai tahap ni. Probably because untuk tempoh dua tahun ni, kondisi saya yang jauh dari keluarga + kemudahan laptop dengan akses internet 24/7 sebagai peneman setia telah menjadikan blog ni tempat yang paling ideal untuk saya berkongsi dan mencurah rasa. Yelah, kadang2, tak semua perkara kita boleh share face-to-face dengan orang lain. There are certain things that you express best when you write it down. Tak tau la. This is just my opinion je :)

Erm, hari ni merupakan birthday dua best friend saya yang kebetulan pernah bersekolah di sekolah yang sama iaitu MRSM Muar.
Happy 22nd Birthday
to
Fatin Haya
&
Aini Hayati Zayana

3rd September
Sanah Hilwah Ya Jameela!!!


Saya doakan agar kamu berdua sentiasa berada dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah dan semoga persahabatan kita diredhai Allah...insyaAllah

And thanks to saudari Aini atas jemputan iftar hari ini. Alhamdulillah, saya gembira sangat sebab ramai yang hadir. Rasa seronok bila dapat kumpul ramai-ramai, dengar pengisian tentang Fatimah Az-Zahra, solat isyak, terawikh dan witir sama-sama. Inilah kuasa Allah, menjadikan Ramadhan satu medium untuk menyatukan hati2...Alhamdulillah. Saya bawa kamera tanpa snap apa2 gambar sepanjang tempoh majlis i.e dari jam 6 - 9 malam. Ntah la, as if macam bizi je...hehe

For the iftar, my housemate buat bingka pandan while I made chocolate cake and pau goreng. But yang menyedihkan, kek tu tak menjadi dan my pau goreng pun taste pelik je. Maybe because I use sardin filling...x tau la. Sori le kawan2 yang makan tu...huhu


Emm....rasanye tu ke kot yang berlaku hari ni. Mata pun dah mula mengantuk sebab banyak ngat makan :) Hmm...I guess I'll write more tomorrow...insyaAllah.

Salam~

Doa Ramadhan hari ketiga & keempat:

Hari Ketiga

“Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagianku daripada kebaikan yang Kau turunkan., demi kemurahan-Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”

Hari Keempat

“Ya Allah berilah kekuatan kepadaku untuk melaksanakan perintah-Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan-Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”

3 comments:

Shah CJ said...

kuih yg awak buat nih.. sgt sedap bg org yg betul2 lapar.. hihi

tahniah n3 ke 200. sgt produktif ok..

=)

rienmiel said...

to cikgu jawe:

thanks cikgu~
saya akan cube untuk istiqamah...heh

Anonymous said...

hey babe..SEDAPPPPPP je pau goreng tu..aku mkn 7 biji..giler tamak...heheheh...