.::sape yang rugi?::.

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, semalam kami diberi peluang sekali lagi untuk bertadarus 14 muka surat. Kami bertujuh masing2 membacakan 2 muka Al-Quran, bermula dari ayat 10 - ayat 115 surah Ali-Imran. Untuk sesi semalam, saya telah request setiap orang untuk pilih satu ayat yang paling terkesan pada diri. Dan saya telah pilih ayat 103.
"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (masa jahiliyyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk" (3:103)
Ayat ini mudah difahami tapi mesejnya juga jelas. Saya suka juga untuk mengaitkan ayat ini dengan ayat 17 surah al-Hujurat.
"Mereka merasa berjasa kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah, "Janganlah kamu merasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan, jika kamu orang yang benar"" (49:17)
Mungkin kita tak sedar tapi hakikatnya nikmat Iman dan Islam yang kita perolehi hari ini adalah satu kurniaan terbesar dari Allah untuk kita. Ingatlah, Allah tak akan pernah rugi kalau kita tak mahu mentaati-Nya sebab DIA takkan luak sikit pun dengan kekufuran kita. Tapi, kitalah yang celaka jika tidak mensyukuri nikmat tersebut lantas memilih jalan kesesatan setelah diberikan petunjuk. Jadi, sama2lah kita berdoa seperti dalam ayat 8 surah Ali-Imran.
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi....Aminn...."
Salam~

p/s: IT'S coming.....somebody is leaving ;)

2 comments:

akirasuri said...

Oh oh! Best best! Santapan rohani dari Ustajah.. Ngeee!! :D

Huhu! Tahniah jugak sebab dapat anak menakan baru! :D

rienmiel said...

ngee :D

trimas!!
x sabar nak jumpa anak menakan baru...tp by d time balik, mesti die dh besar..heh