.::dedication::.

Assalamualaikum W.B.T

Khas untuk sahabatku Nurul Asyikin di hari lahirnya yang ke-22

Jika kata tak mampu diluah
Jika laku tak bisa menterjemah
Biarlah hati yang bermadah
Kerana ia tak pernah tahu menipu helah
Betapa aku menghargai hadirnya sahabah
Yang tak pernah lelah
Mendampingku di kala senang dan susah
Mendengar rintihanku di kala resah
Menunjukku jalan di kala hilang arah
Membuatku tersenyum di kala gundah

Kamulah sahabat kurniaan indah
Dari Tuhanku Rabbul 'Izzah
Maafkanku andainya berlaku salah
Melukaimu di kala sedarku lemah
Terkadang aku hanya kalah
Oleh nafsu yang buat imanku selalu rendah

Sahabatku
Denganmu kupelajari ilmu mahabbah
Kalau persamaan itu bukanlah kunci ukhuwwah
Kerana asalkan dasarnya fi sabilillah
Ia pasti membawa redha dan rahmah Allah
insyaAllah
"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa" (43:67)



ikhlas dari sahabatmu,
rien,
27.08.08 @ 10.30 a.m.
Sydney, Australia

Salam~

0 comments: