.::tuhan manusia::.

Assalamualaikum W.B.T

Baru selesai baca novel Tuhan Manusia karya Faisal Tehrani. Saya bukanlah seorang penulis ulasan buku yang baik. Jadi, saya xkan ulas buku ni. Tapi komen saya selepas baca buku ni ialah: "saya suka". Walaupun baru baca dua buku tulisan Faisal Tehrani (super duper senior kat sekolah rupenya), saya rasa apa yang istimewa tentang hasil karya beliau ialah "double-enjoyment" yang saya perolehi selepas membaca tulisannya. Satu, enjoyment kerana saya memang suka baca novel2 melayu berbanding Inggeris (mungkin agak irony untuk seorang bakal cikgu bahasa Inggeris...tp pedulilah kan...I like what I like....ngee). Kedua, enjoyment kerana dapat banyak ilmu dr tulisan beliau tanpa perlu baca buku2 akademik dan buku agama. Kalau nak tunggu saya baca buku2 berkaitan falsafah dan isu2 global, sampai bila pun tak tahu. Tapi, sekurang2 kurangnya, penulis telah mendedahkan saya dengan satu isu yang saya kira menarik untuk saya cube selami. Mungkin suatu hari nanti. Siapa tahu kan. Yang penting, saya memang puas selepas membaca buku ini. Taklah masa saya terbuang begitu saja ;)

"Andai kota itu peradaban,
rumah-rumahnya haruslah menjadi seumpama budaya,
dan tiang serinya hendaklah agama,
dan agama tentulah yang berpaksikan tauhid"

Salam~

3 comments:

akirasuri said...

Saya ada banyak buku beliau..
Nak pinjam? :D

Tapi saya selalu dinasihati untuk jangan membaca buku beliau..
Asbabnya, karya beliau membawa pendekatan ajaran syiah :|

rienmiel said...

hehe...boleh gak...

btw, betul ke cam gitu?
hmmm...mungkin saya harus lebih kritikal dalam membuat penilaian...
tengs atas komen itu =)

akirasuri said...

Saya pun kurang pasti.. Tapi kadang-kadang tu ada jugak rasa macam tu..
Tapi memang ramai orang nasihatkan saya untuk hati-hati ketika membaca karya beliau..

Huhu..

Wallahu'alam..