.::rungkaian rahsia hati::.

Assalamualaikum W.B.T

Kadangkala...

Diamku bukan bermakna ku tak peduli
Senyapku bukan bermakna ku tak ambil pusing
Bisuku bukan bermakna ku ambil enteng
tentang persoalan itu

Tapi...
Diamku kerana sedang berfikir
Senyapku kerana sedang mentafsir
Bisuku kerana sedang asyik mengukir
jawapan terbaik bagi persoalan itu

Jadi...
Maafkanku andainya buatmu keliru
Ampunkanku kiranya buatmu menunggu
Usirlah andaian yang selama waktu mengasak benakmu
tika menanti khabar dariku

Ku hanya mahu kau tahu...
Tak mudah bagiku memilih satu
Yang mampu menggembirakan jiwa yang seribu
Kerana ku juga punya pilihan kalbu

Dan hari ini...
Usailah segala kekusutan itu

Kerana DIA telah datang menghulur bantu
Menunjuk jalan terbaik untukku, dia dan kamu
Hanya ke hadrat-Nya mampu kupanjatkan syukurku
Alhamdulillah

Salam~

p/s: Kadang2...bila kita tak tahu apa yang patut kita buat untuk cater semua orang juga untuk diri sendiri, KUASA ITU pasti akan hadir memberi panduan. Sesungguhnya DIA sangat dekat dan Maha Mengetahui rahsia-rahsia hati =)

1 comments:

Hafifi said...

cukup bermakan..