.::336 : reality vs fantasy::.

Assalamualaikum W.B.T

Kadang-kadang, susah nak percaya perkara yang berlaku dalam hidup kita. Tapi, bila kata berlaku, maknanya perkara tu memang dah terjadi dan samada kita suka atau tak, memang kena percaya la kan sebab it is real, bukan dongengan atau angan-angan. Selalunya orang susah nak terima bila perkara2 buruk berlaku pada dirinya tapi in my case, bila benda2 baik jadi pun saya cam susah nak percaya.

Ye, saya amat faham tentang konsep qada' dan qadar, rezeki, fate, destiny and anything you name it. Bukan niat saya nak menafikan semua tu malah saya bersyukur sangat pada Allah sebab kurniakan saya nikmat untuk mengecapi semua tu. Tapi, entah la kadang2 saya jadi ragu pada kebolehan diri sendiri.

Contoh paling senang pasal result exam. Alhamdulillah, sepanjang saya study Allah memang permudahkan perjalanan saya. Mungkin bukan pada prosesnya tapi pada outputnya. In other words, the results la kan. Tapi dalam banyak2 exam starting from UPSR, SPRA, PMR, SPM dan yang terakhir DEGREE, cuma the first three je yang saya rasa layak untuk score as what stated on the slip. Kat sini, saya bukanlah bermaksud untuk claim yang "saya sangat hebat dan sebab tu saya berjaya". Saya juga bukan cuba nak nafikan kuasa "Kun Fayakun" Allah. Cuma, ia tak la sampai ke tahap untuk saya question my ability and competency in learning.

Tapi, semua ni bermula sejak saya terima keputusan SPM. Alhamdulillah, saya sangat2 bersyukur sebab Allah betul2 kabulkan doa saya. Exactly like what I always request in my prayer. Kalau nak ikutkan prestasi saya yang sebelum ni, that kind of result memang out of reach kot especially to see that few people who always score better than me scored a little poorer. Tipu la kan kalau saya kata saya tak nak result yang best. But it's kinda difficult to believe that you've made it. So, I always believe that the issue now is not abt what I think I could get but more to what He makes me to have.

Jadi, disebabkan rasa kekurangan kompetensi, saya tolak tawaran study Pharmacy. Memang, kalau tengok result memang tak nampak kat mana masalah tu. Tapi, being underachievers for 2 years, susah kot nak built self confidence yang hilang dalam tempoh masa tu. At that moment, apa yang saya fikir just "cukup2lah struggle buat benda yang kita tak berapa nak boleh... kenapa nak paksa diri and tak enjoy kan". So, thinking that such course is science-related, which is something that I think I won't be successful at, I rejected the offer! That also means that I have sacrificed my only ambition!! Heh

So, bermulalah kisah seorang pelajar TESL...something that I never ever thought of before. Memang la masa kecik2, ada r gak cita2 nak jadi cikgu. Most kids kot ever dream of becoming teachers. Tapi, English teacher? tak pernah kot. Paling2 Maths ke...hehe. Ni semua gara2 penangan seorang English teacher time Form 4/5 yang sangat2 terkesan kat jiwa raga. Tak pasal2 apply TESL sebab konon2 cam ter'inspire' dengan cara dia speaking. Kononnya bila study TESL, semua orang pun speaking berhabuk2...so, kira dapatla sket2 tempias tu. Tapi hakikatnya, tak dapat yang tu pun. Even study overseas pun tak tercapai gak matlamat nak acquire native-like accent tu...haha. Jauh benar dari puncak...hehe. Tapi, ade r improvement sket2.
Okay, berbalik pada isu English tu, saya sebenarnya bukanlah seorang penggemar subject English pun. Dari skola rendah sampai sekarang pun ha. Biase2 je. saya bukan pendengar setia lagu2 inggeris, bukan juga penonton tegar cerita2/movie2 inggeris, bukan juga pembaca buku2/novel inggeris dan pendek kata, bukan peminat apa2 yang berkaitan English lah. Saya lebih suka dengar lagu2 Indonesia, tonton cereka2 Melayu/Jepun/Korea dan baca novel2 Melayu. Kalau nak ikutkan, saya sendiri tak pasti berapa banyak peratus kehidupan saya terdedah kepada English. Paling2 pun, yang dapat kat sekolah je la. Sebab tu saya yakin amat yang proficiency saya dalam Bahasa Inggeris tidaklah sehebat mana.

Tapi, susah kot orang nak percaya bila saya cakap macam tu sebab bukan itu yang tertulis atas result penuh my B.Ed TESOL program. Even kawan2 rapat pun tak sokong bila saya cakap macam tu padahal dorg hidup dengan saya kot and boleh nampak apa yang saya buat hari2. Tak tau la nak jaga hati ke ape kan...tapi tu la yang berlaku. Jadi, nampaknya sekali lagi la saya terpaksa berkonflik. Macam tak masuk akal pun ade sebab saya dikelilingi orang2 yang saya tahu kecenderungan mereka memang lebih ke arah benda2 English tu,at least kalau nak banding dengan saya la. Macam Magic. Tapi tu la, mungkin ini cara Allah nak tunjuk pada saya dan mungkin pada orang2 lain juga yang mana kalau Allah kata YES, semua yang impossible pun jadi possible and kalau Allah kata NO, yang possible pun jadi impossible. Pendek kata, konsep "Kun Fayakun" tu la.

Lagi satu, mungkin juga ini cara Allah untuk saya berusaha lakukan sesuatu supaya realiti sebenar sama dengan apa yang tercatat atas kertas. Mungkin Allah mahu saya menjadi seorang yang hebat di bidang saya...which is something yang tak pernah terlintas di fikiran saya pun sebab saya sebenarnya lebih suka jadi low profile...haha. Jadi sekarang, tekanan ini bukanlah atas dasar untuk mencapai sesuatu tapi untuk membuktikan sesuatu. Instead of rasa tak percaya dan tak yakin, saya rasa saya perlu buat sesuatu supaya at least saya boleh rasa 'normal' semula...haha

Saya harap saya akan berjaya melakukannya suatu hari nanti...dengan izin Allah...amin :)

Salam~

0 comments: