.::009 : 10 laluan manusia dari dunia sampai akhirat::.

1. LALUAN MENUJU KE KUBUR
* Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
* Hindarkan perasaan irihati (benci)
* Jangan terpengaruh dengan harta dunia
* Sucikan qadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil)

2. LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
* Bersihkan diri dgn bertaubat
* Gembirakan hati orang mukmin
* Bayar semula kadha (Solat & puasa) yang tertinggal.
* Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala

3. LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* Suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri

4. LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah

5. LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
* Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat

6. LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

7. LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram

8. LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* Membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* Kerjakan segala suruhan Allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk

9. LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* Kasihilah nabi Allah Taala
* Kasihilah Rasullullah S.A.W.
* Tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* Banyak selawat kepada Nabi SAW

10.LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* Betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala
* Bencikan segala yang diharamkanNya.

0 comments: