.::332 : sesama manusia::.

Align CenterAssalamualaikum W.B.T
Setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini pasti memiliki sebab dan maksud yang tertentu...
Dari sekecil2 perkara hinggalah sebesar2 musibah, semuanya pasti punya sebab mengapa ia berlaku...
Dan hari ini, saya terdetik untuk berbicara soal pertemuan sesama manusia...

Dalam dunia ini, kita bertemu dengan ramai manusia...
Hubungan dengan manusia pula boleh dikategorikan dalam beberapa kriteria...

Sebahagiannya ada pertalian darah dengan kita - ibu, ayah, adik-beradik, saudara-mara...
Sebahagian yang lain tidak - kawan2, guru2, masyarakat sekeliling...

Dan antara mereka, ada yang rapat dengan kita... dan ada pula yang sekadar menjadi watak2 yang menghiasi kehidupan kita...

Namun, samada kita sedari atau tidak, setiap makhluk Allah yang kita temui setiap hari, semuanya mempunyai peranan dalam hidup kita...walaupun kita pernah menganggap mereka hanyalah watak2 pipih dalam pentas lakonan kehidupan kita...

Kenapa begitu? Kerana pertemuan yang berlaku (tak kiralah di alam nyata atau alam maya) bukanlah sekadar 'kebetulan' tapi hakikatnya adalah 'rencana' Allah S.W.T. Bukankah Allah mengetahui setiap sesuatu hatta gugurnya sehelai daun sekalipun...

"Dan kunci2 semua yang ghaib ada pada-Nya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahui-Nya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)" (6:59)

Bagi saya sendiri, saya selalu merasa bahawa Allah menemukan saya dengan seseorang untuk saya 'belajar' sesuatu dari mereka...
Tak kiralah siapa mereka, baik muda atau tua, rapat atau jauh, berpangkat tinggi atau rendah...pada akhirnya, saya pasti 'belajar' sesuatu daripada mereka atau pertemuan itu sendiri...

Jadi sepatutnya, tiada istilah "aku menyesal jumpa kau"... kerana walau apa jua yang berlaku, kita tidak akan tahu 'rahsia' di sebalik pertemuan itu andai kita tidak bertemu individu tersebut in a very first place. Maka, hargailah pertemuan itu kerana itulah puncanya kita 'pelajari' sesuatu tentang diri dia, diri kita jua tentang kehidupan...

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang telah saya temui sama ada di alam nyata atau di alam maya...kerana anda semualah yang telah 'mengajar' saya tentang erti kehidupan, membantu saya membentuk identiti sendiri, dan menjadi agen kepada perubahan diri saya dari pelbagai aspek seperti cara berfikir, attitude, gaya hidup dan banyak lagi...

Kepada individu2 yang tidak terlibat secara langsung dalam hidup saya, ketahuilah bahawa anda semua sebenarnya adalah penyumbang terbesar dalam usaha saya 'menilai' kehidupan kerana andalah sumber 'pemerhatian' saya...

Namun, setinggi2 kesyukuran saya panjatkan kepada Allah kerana Dialah yang menetapkan semua ini...

Ketahuilah Ya Allah bahawa aku begitu mensyukuri nikmat ditemukan dengan semua individu sepanjang hayat ini kerana aku tahu itulah yang terbaik untuk diriku =)

One thing for sure, God is Great!!

Salam~

2 comments:

-LyS- said...

this is such an insightful post. everthing u say is so true and something for me to think about..huhu..thanx for sharing ;)

rienmiel said...

I just wrote what I think and if it could also make u think, I am more than happy to share :)