.::331 : proses::.

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, saya sekarang sedang berada pada satu fasa kehidupan yang tenang...
Entah dari mana datangnya semangat ini, saya sendiri tidak pasti...
Apa yang saya percaya, semuanya berlaku atas kuasa dan kehendak Allah =)

Selama ini, banyak 'input' yang saya telah perolehi...
dan 'input2' ini sebenarnya tidak pernah gagal menimbulkan kesedaran tentang pentingnya saya melakukan perubahan ke atas diri saya sendiri...
tetapi apa yang berlaku adalah kegagalan saya melaksanakan tindakan ke atas 'input2' tersebut...
maka natijahnya, saya masih menjadi individu yang sama hari demi hari...

Kini, saya merasakan saya sudah mempunyai sedikit kekuatan untuk bertindak...
Perubahan pada dasarnya memang nampak mudah...seperti senangnya pepejal ais bertukar menjadi cecair...
Tapi, yang tidak mudah ialah 'proses' melakukan perubahan itu...
Bagi saya, untuk menghasilkan 'output' yang berkuali...prosesnya harus dilakukan dengan teliti...
Dan untuk menjalankan kerja dengan teliti...masa adalah salah satu faktor yang perlu diambil kira...

Saya dapat merasakan yang saya kini sedang dalam peringkat awal melakukan 'proses' itu...
Saya tidak pernah meletakkan target masa untuk menghasilkan 'output' itu...(semestinya lagi cepat lagi bagus...)
Tapi, apa yang penting, proses itu berjalan dengan teliti dan cermat supaya hasilnya nanti tidak mengecewakan...

Bagi saya, apa yang mustahak adalah kesediaan untuk mengambil langkah pertama...
Juga kepentingan untuk memberi peluang kepada diri sendiri untuk menikmati kehidupan yang lebih bermakna...
Kini, baru saya faham erti sebenar "Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan"...
kerana "it's all about choice =)

dan saya mohon agar Allah sentiasa memberkati setiap langkah perjalanan hidup saya...amin...

Salam~

0 comments: