Strong Heart ep.10: Perjalanan Mencari Cinta

semakin hari semakin susah
aku semakin lemah

nah, mencari syurga memang payah
kerana ia terlalu indah
terlalu gah!!

*****
aku yang dulumya tercari-cari cinta
selalu memikirkan kenapa tak jumpa-jumpa
akhirnya diizin ketemu DIA
aku bahagia

dan untuk mengekalkan rasa bahagia
aku berperang bukan sekali dua
hebat sungguh godaan dunia
terkadang buat aku lupa
yang aku cinta cuma DIA

oh Tuhan, 
kuatkan jiwa hamba
yang telah bersaksi dengan 2 kalimah syurga
kekalkan aku atas jalannya
biar aku kembali ke sana
dengan rasa redha penuh dalam dada

*****

0 comments: