.::038 : dan musim salju pun berlalu::.

Musim salju seakan sudah melabuhkan tirainya. Kini, giliran musim bunga pula mengambil tempat. Musim bunga memang cantik. Saya teruja tak terkira tatkala melewati kawasan-kawasan"garden" yang sudah mula di tata warna-warna flora yang ceria. MasyaAllah, sungguh indah ciptaan Allah ini...kagum saya di dalam hati. Musim bunga memang amat saya nantikan seawal tiba di negara empat musim ini. Tidak pasti samada saya memang suka akan bunga atau suka akan panorama berwarna-warni sebenarnya. Mungkin, kedua-duanya juga =)

Musim bunga kali ini juga menyaksikan betapa suhu atmosfera di sini juga turut sama bertukar. cara logiknya, perubahan musim memang mempunyai kaitan rapat dengan perubahan suhu. Cuma, perubahan suhu yang mendadak dari belasan darjah celcius ke tiga-puluhan darjah celcius memang suatu yang tidak saya jangkakan. Menurut hemat saya, cuaca begitu hanya akan dirasai semasa musim panas nanti. Namun, ternyata jangkaan saya meleset sama sekali. Di sini, apa sahaja kebarangkalian boleh berlaku. Sesungguhnya, semua itu adalah kuasa Allah semata-mata. Dia yang menetapkan apa yang dikehendaki-Nya. Sebagai hamba-Nya, kita harus terima apa sahaja yang berlaku dengan redha.

Semasa mendasari terjemahan surah An-Naba' tempohari, hati ini memang terasa amat gerun dengan peristiwa yang pasti berlaku suatu hari nanti. Ayat 17-30 dari surah An-Naba' menjelaskan bagaimana pada hari itu nanti, setelah sangkakala ditiupkan oleh Malaikat Israfil, langit yang selama ini terbina mantap dah kukuh, akan terpecah belah sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas. Dan gunung-ganang, yang selama ini berdiri teguh bagaikan pasak bumi, akan hancur-lebur menjadi debu yang berterbangan di angkasa bak debu yang ditiup angin.

Dan manusia, setelah dihidupkan kembali selepas tiupan sangkakala yang kedua, akan berbondong-bondong menuju ke Padang Mahsyar. Seperti yang dijelaskan dalam surah A'basa, manusia pada hari itu akan lari dari saudaranya, lari dari ibu dan bapanya, lari dari isteri dan anak-anaknya. Betapa pada hari itu, semua orang mempunyai urusan yang menyibukkan. Pada hari itu, dikhabarkan bahawa matahari kadarnya hanya sejengkal di atas kepala. Apakah rasanya saat itu? Pedulikah kita pada kepanasan? Tidak!! Kepanasan bukanlah ukuran pada waktu itu. Masing-masing menunggu dengan debar saat untuk dihisab amalannya. Pertemuan dengan Allah kini adalah suatu yang pasti. Amat pasti!!

Rasanya, tak perlulah dijelaskan kedahsyatan azab api neraka dalam entry ini. Suasana hari kiamat sendiri pun sudah tak tergambar kengeriannya. Di kala waktu masih berbaki, detik masih bersisa, marilah kita sama-sama mengambil pengajaran. Jika panas di dunia pun tak tertanggung, apakah jaminan kita untuk menghadapi panas di Padang Mahsyar. Jika sibuk sedikit dengan tugasan, janganlah abaikan tanggungjawab2 yang dipikul - tanggungjawab terhadap Allah, ibu-bapa, rakan2 dan masyarakat sekeliling. Ingatlah, tiada istilah "sendiri-punya-hal" melainkan sewaktu kita "berbondong-bondong menuju ke Padang Mahsyar" kelak. Pada saat itulah yang selayaknya untuk kita sibuk dengan urusan masing2. Tidak sukar untuk memilih jalan derita, tidak juga payah untuk memilih jalan bahagia. Pilihan ada di tangan kita. Terserah untuk memilih jalan mana. Yang pasti, apa jua jalan yang bakal dituruti kelak, sudah ada jaminan dan habuan yang menanti....


**Pesanan ini ditujukan untuk diri sendiri khasnya dan di harap yang lain dapat mengambil iktibar.
**Untuk akhirnya, hayatilah lagu ini...bila waktu telah berakhir...


bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yang sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yang ada akan
kembali padaNya

bila waktu tlah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi




2 comments:

Far Azmi said...

biar derita di dunia asal bahagia di akhirat..

setiap kesusahan akan menyusul kesenangan..

insya-Allah

rienmiel said...

insyaAllah...