.::048 : nikmat Allah itu harus disyukuri::.

eid mubarak dear friends!!!
fitriah, zaty, hazlila, yana
nita, lina, nazrah, hajar

Menatap foto rakan-rakan ketika sambutan Aidilfitri di Malaysia baru-baru ini sangat mempengaruhi emosi saya. Jauh di sudut hati, saya sebenarnya berasa agak cemburu dan terkilan kerana tidak dapat bersama-sama mereka menyabut Aidilfitri seperti tahun-tahun sebelumnya. Apatah lagi kali ini nampaknya lebih ramai rakan yang menyertai gathering tersebut. Tetapi, apabila difikirkan kembali, saya fikir perasaan ini harus dibuang jauh-jauh. Saya yakin bahawa apa yang saya hadapi sekarang ada hikmahnya. Walaupun kami terpisah beribu-ribu batu, lantas tak mampu untuk bersua muka dan bertentang mata dengan mereka semua, saya percaya hakikat inilah yang telah menyedarkan saya akan nikmat sebuah persahabatan.

Selama ini, saya hanya mingle dengan orang-orang tertentu saja, precisely 'gang' atau member kamceng saya sejak sekolah rendah. 'Gang' kami tak besar, hanya empat atau lima orang. Sebenarnya, saya pun tak pasti siapakah ahli tetap kumpulan tersebut. Saya berhadapan dengan dua kemungkinan jika saya membuat senarai nama: bimbang ada yang tidak mengakui juga bimbang ada yang berkecil hati. Apa yang saya tahu, semua pun adalah kawan-kawan saya. Tetapi, to what degree, biarlah masing-masing yang menilai.

Lepas saya tamat SPM, saya mengikuti (or should I say "terpaksa mengikuti") program PLKN. Pada mulanya, saya benci untuk menerima hakikat yang saya perlu mengikuti program ini. Tetapi seperti biasa, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Waktu inilah saya mula mingle dengan rakan-rakan yang completely have different characters and different background as compared to my 'childhood gang'. Bertitik tolak dari saat itulah saya mula bersikap lebih terbuka. Mungkin, lebih matang untuk menangani pelbagai watak dan ragam manusia dalam dunia ini.

Berbekalkan sedikit keyakinan, saya cuba mendekati rakan-rakan yang telah lama saya 'abaikan'. Ramai orang beranggapan bahawa saya sombong atau sukar didekati. Itulah first impression. I couldn't help but display that outlook...nak buat macamne kan...Tapi, sebenarnya, 'kesombongan' hanyalah topeng yang menyembunyikan rasa 'inferior' dalam diri saya. Hakikatnya, saya bukan begitu. Bak kata seorang rakan "hanya yang mengenali dapat menilai" (haha...poyo lagi). Tak kenal maka tak cinta ^ ^

reunion skj/sraj batch 93-98


Reunion yang kami anjurkan tahun lepas sangat-sangat menggembirakan saya. Akhirnya, saya dapat berjumpa dengan rakan-rakan lama, berbual-bual dengan mereka, bergelak ketawa bersama tanpa ada lagi barrier yang pernah 'ter'wujud satu masa dulu. Saya juga tak pasti bagaimana dan mengapa barrier itu perlu wujud. Ntahla, kadang-kadang, ada perkara yang kita sendiri susah nak explain or reason out. It just happened. Jika dulu saya rasa saya sudah bahagia dan berpuas hati dengan jumlah rakan saya yang masih mampu dibilang jari itu, kini, saya rasa lebih bahagia dengan bilangan yang bertambah. Seperti yang pernah saya nyatakan dalam entry sebelum ini, saya dan sepupu saya kini berkongsi circle of friends yang sama. Alhamdulillah, kebahagiaan persahabatan ini sangat-sangat saya syukuri. Semoga ukhwah ini akan terus didasari perasaan taqwa kepada Allah. Amin...

"Wahai manusia, Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti" (49:13)



fadz & amrien yang beraya di perantauan ^^

2 comments:

-LyS- said...

hi amrin..tbe2 trgerak ati nk bukak ur blog 2day.huhu.good reflection.yeah, circle of frenz change all d time.n there r some dat owiz remain.:).take care amrin!glad 2 know u.
-lisa-

rienmiel said...

lisa...thanks for dropping...
glad 2 know u too and i hope dat we can know each other better after this =)