Showing posts with label (: my masterpiece :). Show all posts
Showing posts with label (: my masterpiece :). Show all posts

.::si penjual ikan yang menjengkelkan::.

Assalamualaikum W.B.T

Saya benci si penjual ikan itu
Suka membuat apa saja yang hati mahu
Tanpa berfikir akibat tindakan melulu

Saya benci si penjual ikan itu
Berlagak seperti telunjuknya saja diturut perlu
Seolah fikirannyalah terbaik antara seribu

Tahukah siapa si penjual ikan itu
Yang membencikan jua menjengkelkan kamu, kamu, kamu dan kamu
Hmm...siapa lagi kalau bukan aku

Salam~

p/s:
Walau kadang2 kita tak berniat pun untuk menjadi selfish...tapi itulah yang dapat dilihat dari tindakan kita. Walau kadang2 kita kata kita punya alasan tersendiri, adakalanya keghairahan buat kita lupa untuk berbincang dengan orang lain..dan akhirnya telah keputusan sendiri...
Dan hari ini, saya juga belajar yang catering individual needs is not easy...and to be fair is also not easy because sometimes you tend to overlook certain aspects...
But this is life...and life is more meaningful when you learnt from your mistakes...insyaAllah...

.::aku rindu::.

Assalamualaikum W.B.T
di sana
ku melihat mereka
asyik bercanda mesra
terus sama tertawa ria
menikmati hangat bahagia

di sini aku
hanya berdiri kaku
mengimbau memori lalu
bersamamu di waktu dulu
betapa aku rindu saat itu

oh Tuhan yang Esa
yang ku damba hanya dia
tak tertahan lagi gelodak jiwa
untuk mendakap mengucup mesra
melerai segala pendam rasa

oh dikau yang ku rindu
diriku kan terus menunggu
sabar melalui sisa liku waktu
untuk kembali bersamamu
setia hingga akhir nyawaku

Salam~

.::sobran jameela::.

Assalamualaikum W.B.T

Bersabarlah duhai hati
Kerna jika Dia memberikan izin-Nya
Waktu itu pasti akan tiba jua
Bukan untuk sesiapa
Tapi untukmu sahaja

Asal kau selalu percaya
Kalau takdir itu sudah tertulis lama
Hanya menunggu waktu berlakunya
Segala perancangan Si Pencipta
Untuk mahkluk-Nya

Kalaupun ia tiada dalam rancangan-Nya
Mengertilah jika Dia bukan lupa
Tapi sengaja mencorak lukisan berbeza
Untuk hamba-Nya yang istimewa
Maka redhalah saja apa adanya

Salam~

"Fasbir sobran jameela : Maka bersabarlah engkau dengan kesabaran yang baik" (70:5)

.::rejection::.

Assalamualaikum W.B.T

If only you knew
How bad it feels
When I have
To say no
To say I don't
To say I can't
To say those negative words

If only you knew
How guilty I am
When I decide
To reject
To decline
To refuse
To not do what you wish me to do

I am so sorry for that
Coz sometimes
I really have to do what I did
I have my own reasons
I have my own excuses

And I just want you to know
That I really hate to reject
As much as I hate to be rejected
Coz I knew exactly how it feels
When your wish is not being granted

Salam~

.::love stories::.

Assalamualaikum W.B.T

Cinta oh cinta...
Kerana cinta mereka gembira...
Kerana cinta mereka bahagia...
Kerana cinta mereka tenang jiwa...
Begitulah manisnya cinta...

Cinta oh cinta...
Kerana cinta mereka kecewa merana...
Kerana cinta mereka jadi gila...
Kerana cinta mereka tenggelam punca...
Begitulah racunnya cinta...

Cinta oh cinta...
Hadirnya membawa dua cerita...
Andai tidak mencetus tawa...
Ia pasti mengundang derai air mata...
Tanpa mampu dikawal minda...

Cinta oh cinta...
Di sana sini terdengar hikayat cinta...
Kisah mereka yang berakhir bahagia...
Tak kurang juga yang kecundang hiba...
Entah kisahku nanti serupa apa...

p/s: hmm....ingat masih kecik lagi...so that xyah fikir soal cintan-cintun ni. Tapi, cerita orang sekeliling buat saya "terpaksa" berfikir tentangnya. Yang pasti, cerita2 mereka memang "menakutkan" saya..heh. Mohon saya pada Pemilik Cinta agar diri ini sentiasa dipelihara daripada fitnah cinta. Moga kisah itu nanti tak disulami deraian air mata hiba tapi tangisan syukur atas rahmat dan kasih sayang-Nya =)

Salam~

.::rungkaian rahsia hati::.

Assalamualaikum W.B.T

Kadangkala...

Diamku bukan bermakna ku tak peduli
Senyapku bukan bermakna ku tak ambil pusing
Bisuku bukan bermakna ku ambil enteng
tentang persoalan itu

Tapi...
Diamku kerana sedang berfikir
Senyapku kerana sedang mentafsir
Bisuku kerana sedang asyik mengukir
jawapan terbaik bagi persoalan itu

Jadi...
Maafkanku andainya buatmu keliru
Ampunkanku kiranya buatmu menunggu
Usirlah andaian yang selama waktu mengasak benakmu
tika menanti khabar dariku

Ku hanya mahu kau tahu...
Tak mudah bagiku memilih satu
Yang mampu menggembirakan jiwa yang seribu
Kerana ku juga punya pilihan kalbu

Dan hari ini...
Usailah segala kekusutan itu

Kerana DIA telah datang menghulur bantu
Menunjuk jalan terbaik untukku, dia dan kamu
Hanya ke hadrat-Nya mampu kupanjatkan syukurku
Alhamdulillah

Salam~

p/s: Kadang2...bila kita tak tahu apa yang patut kita buat untuk cater semua orang juga untuk diri sendiri, KUASA ITU pasti akan hadir memberi panduan. Sesungguhnya DIA sangat dekat dan Maha Mengetahui rahsia-rahsia hati =)

.::fitrah si lalai alpa::.

Bismillah

Nak bicara tentang gembira, serba salah bila ada yang kata kita berlagak pula
(especially bila kita excited dapat sesuatu yang mungkin orang lain x dapat)
Nak bicara tentang sedih, kecewa bila ada yang kata kita terlebih reaksi saja
Nak bicara tetang marah, geram bila ada tak faham apa yang kita rasa
Nak bicara tentang sunyi, hampa kerana ia tak bisa merubah apa-apa

Tak salah berkongsi suka
Tak salah bercerita tentang duka
Tak salah cuba mereda bara di dada
Tak salah juga bicara tentang sepi di jiwa

Yang salah bila kita mula merasa;
"Ah, kau ni tak faham la apa yang aku rasa"
Kerna kita yang salah mengatur kata,
Memilih selain Dia tika meluah segala

Bukankah Dia kekuatan utama
Yang lebih dekat daripada urat leher kita
Tapi selalu saja di lupa
Didatangi hanya bila kecewa dengan reaksi manusia
Inilah fitrah si lalai alpa

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonon orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka mempeoleh kebenaran" (2:186)

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" (50:16)

**mood : refleksi diri**

Salam~

.::116 : angan dan sedar::.

Bismillah

setiap detik waktu itu membawa amanah

setiap yang berlaku itu membuka peluang
setiap yang hadir itu datang bersamanya tanggungjawab

justeru...

mensia-siakan waktu bererti mengkhianati amanah
berdiam diri bererti melepaskan peluang
membiarkan yang hadir bererti mengabaikan tanggungjawab

antara angan dan sedar...

Salam~

.::114 : kau dan aku:

Bismillah~

kertas itu sama putih
lalu kau coretkan pena biru
dan ku layarkan tinta merah
kau tuliskan madahmu
dan ku lakarkan pujanggaku
mungkinkah karya kita sama?

pentas itu sama luas
lalu kau lagukan iramamu
dan ku gerakkan tariku
kau perdengarkan melodi syahdu
dan ku persembahkan gemalai laku
mungkinkah pesona kita sama?

padang itu sama hijau
lalu kau lontarkan bolamu
dan ku terbangkan layang-layangku
kau berkejaran selayak mampumu
dan ku berlarian sekadar butuhku
mungkinkah lelah kita sama?

kau dan aku
berkongsi ruang waktu
namun kesudahannya mungkin sama tak perlu
kerna kau punya alasanmu
dan aku punya alasanku
kau punya jiwamu
dan aku punya jiwaku

Salam~

.::104 : the lost soul::.

Bismillah

hati ini keliru

tak tahu apa yang ku mahu
tak pasti arah mana harus ku tuju
ku kini hilang dalam samar

untuk kesekian kali
ku tewas lagi di perjalanan ini
tiada nilainya tangisku kini
andai pudar sudah sinar hati

duhai hati
tenanglah dikau
kembalilah ke jalan yang diredhai
agar ku mampu tersenyum lagi

Salam~

.::064 : saling merindu : i heart u::.

walau bibir tak pernah bermadah
walau tinta tak pernah mencoret
hati pasti tak tahu menipu
betapa aku sayang kamu

thanks Allah sebab dia hadir dalam hidupku

.::039 : aku::.

salahkah aku
jika rasa kuat diri
teruskan hari

silapkah aku
jika rasa tabah hati
hadapi semua ini

khilafkah aku
jika terus cuba menafi
apa yang terbuku dalam hati

tidak....

bukan salah andai bersandiwara sendiri
bukan silap andai menjaga hati yang di kasihi
bukan khilaf andai air mata bertamu tidak henti

namun...

lebih baik jika berhenti menipu diri
lebih tepat jika bersikap jujur hati
lebih telus jika mampu membuang ego mati



.::031 : jangan biarku terleka lagi::.

setiap hari ku berazam...
agar ku tak leka dalam kelam...
mengulang dosa semalam...

namun, setiap hari juga...
ku lalai dalam perjuangan...
hanyut dalam kealpaan...

aku benci setiap kali...
bila kumungkiri janjiku lagi...
bila kunodai niat murni naluri...

mengapa aku begini...
apa sebenarnya yang ku cari...
lupakah aku pada Rabbi...

Ya Ilahi Rabbul Izzati...
kurniakanku petunjuk suci...
jangan biarku terleka lagi...

.::015 : cincin emas putih itu::.

cincin emas putih itu,
hadiah pertamaku buatmu,
sempena hari ibu.

cincin emas putih itu,
selalu tersemat di jarimu,
buatku terharu.

cincin emas putih itu,
terlalu utuh di jarimu,
lantas diambil pun tak mampu.

cincin emas putih itu,
turut mencipta sejarah baru,
detik cemas dalam dirimu.

cincin emas putih itu,
jadi punca deritamu,
jadi igauan tragedi itu.

cincin emas putih itu,
kini disimpan tak perlu,
usir saja dari hidupmu.

namun hanya satu pintaku,
walau cincin emas putih itu
telah jauh dari hidupmu,
ingatan padaku jangan pernah layu.

ku sayang kamu.....

.::005 : di kala sendiri::.

di kala sendiri
aku sunyi aku sepi
tanpa mereka di sisi
tanpa mereka menemani
tapi aku meyakini
dan tak pernah meragui
jika Dia tetap di hati

di kala sendiri
aku mencari diri
siapa aku di sini
apa tujuanku ke mari
apa matlamatku yang sejati
mungkinkah akan kutemui
rungkaian rahsia hati

di kala sendiri
aku mencongak lagi
berapa salahnya pandanganku ini
berapa silapnya pendengaranku ini
berapa buruknya perlakuanku ini
berapa jahilnya pertuturanku ini
berapa dan berapa lagi harus ku bilangi

di kala sendiri
aku menangisi
semua keterlanjuranku selama ini
apa bisa kuputar kembali
masa laluku yang dinodai
dek kealpaanku mengejar duniawi
yang takkan mungkin kekal abadi

di kala sendiri
aku membayangi
seperti apa wajahku nanti
tika pulang ke sisi Ilahi
tika bertemu si-Dia yang pasti
adakah mahu direnungi
atau sekadar dipalingi

di kala sendiri
aku memohon tanpa henti
moga hidayah-Nya sinari hati
moga kasih-Nya lindungi diri
moga rahmat-Nya berkati hari
lantas tercapai hasrat naluri
mencari redha-Nya selama hayat ini