Assalamualaikum W.B.T
Hari ni Hari Bapa. Ye, saya tahu...nak memperingati bapa bukanlah pada tarikh2 tertentu. Setiap hari pun pun sama sahaja. Tapi, x salahkan jika saya turut mengucapkan selamat hari bapa untuk abah saya. Setidak-tidaknya, tidaklah dia jauh hati bila anak2 tidak sama mengucapkan lebih-lebih lagi bila anaknya jauh di mata...cewah. Alhamdulillah, usai masak lunch tadi, saya sempat berbuat seminit dua dengan abah dan sempat juga ucap Selamat Hari Bapa. Banyak lagi nak cakap tapi saya memang bukan jenis verbally expressive. Segan la. So, maybe ada baiknye saya meluahkan perasaan melalui penulisan...macam sekarang ni...ngee =D
Hmm....abah saya merupakan seorang pesara bomba. Dia dilahirkan pada 5 Febuari 1950 sebagai anak sulung lelaki dalam keluarga. Dia punya seorang kakak dan 7 orang adik. Menurut emak, abah merupakan seorang abang yang baik dan bertanggungjawab. Biasalah, sebagai anak lelaki sulung, tanggungjawab pastinya besar dan sikap suka mengalah memanglah sebati dalam jiwa abah. Abah memang seorang yang cool dan tak cepat melatah. Selalu saja abah mengambil prinsip "biarlah...". Kadang2, sikap begini buat saya sendiri rasa abah jenis x serius dan x ambil peduli. Tapi saya tahu, jauh di sudut hati abah, abah bukan begitu. Abang seorang yang tenang. Kalau abah marah pun, abah bukan jenis bising2. Masa abah muda2 dulu, abah seorang yang agak garang juga. Menjadi kepantangan abah kalau dia baru balik kerja, kami adik-beradik sedang bergaduh. Masa tu muka abah memang menakutkan. Tegang semacam. Mak la yang paling risau kami adik-beradik kena tengking. Ye lah, sudahlah penat bekerja, drive jauh2 pula. Anak2 pulak buat perangai. Siapa saja yang tak melenting kan. Kiranya, kalau nak tahu abah marah atau tidak, raut wajahnya saja sudah menceritakan. Dia tak perlu bersuara untuk buat kami hentikan perbuatan yang tidak disukainya itu. Itulah yang sampai sekarang saya ingat tentang abah.
Satu lagi saya tahu tentang abah, abah merupakan seorang yang teliti dan bersungguh-sungguh. Abah mungkin jenis yang susah sket kalau kita minta tolong, tapi bila abah buat, abah memang buat betul2. Kalau abah mencuci kereta, memangla sangat bersih. Sampai adik abah pun cemburu bila kereta yang dijual pada abah, jadi sangat berkilat dan nampak baru di bawah peliharaan abah. Buat pakcik saya rindu semula pada "jandanya". Sama jugak dalam bab2 menyapu sampah. Selalunya saya akan buat bahagian dalam rumah. Abah la yang akan uruskan bahagian luar dan halaman rumah. Saya tahu, abah punya passion lagi tinggi dari saya untuk memastikan halaman rumah nampak bersih. Saya buat kesimpulan, abah seorang yang sangat mementingkan kebersihan dan saya rasa sikap itulah yang saya warisi - teliti bila membersih.
Bila abah sudah bersara, perkara pertama yang abah usahakan ialah projek rumah kami. Memang abah yang involve 100% dalam urusan pembinaan rumah tu. Semuanya pilihan abah. Mak kata, "biarlah...berilah peluang untuk abah rasai kepuasan yang sudah lama barulah mampu dikecapinya". Dan saya juga nampak kesungguhan abah bila menguruskan projek kebun kelapa sawitnya. Mula2, abah hanya usahakan kebunnya. Kemudian, bila dia menyedari kebun adiknya yang tak berapa nak terurus tu, abah mohon izin untuk dia turut mengusahakan kebun adiknya itu. Memang abah bersungguh2. Abah racun, abah baja, abah petik, abah kutip...mostly abah buat sendiri. Sekarang ni pula, abah minta izin usahakan tanah rizab yang bertentangan dengan kebun abah. Katanya, rugi kalau cuma ditanam sayur. Jadi, sekarang memang abah yang usahakan. Bulan lalu, abah dan mak sibuk mengukur tanah untuk menanam anak pokok kelapa sawit. Abang ada juga bertanya abah, "kenapa tidak diupah saja pada orang Indonesia seperti di kebun sebelah?". Jawab abah, "dorg buat kerja tak kemas". Tambahnya, tiada kepuasan jika diupah pada orang lain biarpun dia terpaksa mempertaruhkan kudrat usia tuanya. Hmm...memang fitrah orang dahulu begitu kan. Masa kecil sudah biasa hidup susah...jadi bagi mereka, semuanya alah bisa tegal biasa. Semangat itulah yang perlu saya contohi.
Sebagai abah yang punya anak yang selalu saja sakit, memang abahla yang selalu membawa dan menemani saya menjalani rawatan. Seawal saya enam tahun, tatkala dahi saya luka dan memerlukan jahitan, abahlah yang menemani saya. Kemudian ketika saya darjah tiga, saya masih ingat betapa abah perlu mendukung saya yang seberat tiga atau empat guni beras 10kg dari kereta ke klinik di tingkat dua. Memang saya segan. Tapi saya memang tak boleh berjalan masa itu. Memang abahlah yang akan mendukung saya turun naik klinik setiap kali saya menjalani rawatan di situ. Masa saya tingkatan tiga pula, sekali lagi abahlah yang membawa saya ke hospital untuk buat pembedahan yang saya tangguhkan 9 tahun lamanya. Masa tu saya baru sahaja selesai menduduki PMR. Abahla yang menguruskan semuanya. Hanya saya dan abah saat itu. Sebelum saya berangkat ke Australia tahun awal tahun 2007, saya sekali lagi menjalani satu pembedahan kecil. Kali ni hanya di klinik. Abah juga yang menemankan. Saya memang seorang yang penakut dan sangat cengeng. Jadi, setiap kali saya menangis, memang abahla yang akan berada di samping saya. Walau Abah bukan jenis yang memujuk, tapi diam abah tetap buat saya rasa tenang berada di sampingnya. Ini tak termasuk berapa kali abah menemankan saya tatkala menjalani rawatan pergigian. Saya sendiri tak pasti berapa kali dan berapa erat saya menggenggam tangan abah setiap kali saya takut ketika menjalani rawatan. Even sampai sekarang pun saya tak pasti jika saya mampu uruskan soal2 berkaitan kesihatan saya sendirian kerna selama ini memang abahla yang ada bersama. Mak? Mengapa saya tak sebut tentang mak dalam situasi2 tersebut? Hmm...walaupun mak seorang nurse, mak memang tak sampai hati bila melihat saya berdepan dengan situasi2 itu. Sebab itu abah yang uruskan semuanya. Dan saya sangat terhutang budi dengan abah.
Dulu, saya selalu rasa emak yang banyak berkorban. Menguruskan keluarga bila abah tiada..outstation..kursus. Tapi saya lupa peranan abah juga besar. Abahla orang yang selalu menghantar saya ke mana sahaja. Waktu di kisas dulu, setiap minggu abah dan emak datang melawat. Setiap bulan abahla yang menjemput dan menghantar saya pulang ke asrama. Waktu di kem pkn pun sama. Setiap dua minggu abah dan emak datang melawat. Di ipba, setiap dua minggu, abahla yang akan menjemput dan menghantar saya pulang ke kolej. Berdikari? Hmm...sebab itu saya tak pandai berdikari. Naik bas pun saya tak pandai. Sebab abah sentiasa ada. Sekarang, dalam usia 22 tahun, masih tidak punya lesen memandu, abah masih jadi pemandu setia saya ke mana sahaja. Hatta ke majlis kawin kawan pun abah tolong hantarkan. Malu? Memang la malu sebab masih menyusahkan abah. Tapi, memang itulah cara kehidupan saya....masih berkepit dengan abah.
Bila berjauhan dengan abah, barulah saya menyedari betapa besarnya peranan abah dalam hidup saya. Betapa sukarnya jalan yang abah tempuhi sedari kecil tika hayatnya kini. Apa yang bermain di minda saya sekarang hanyalah untuk membahagiakan dan menggembirakan abah. Saya suka bila melihat abah gembira setiap kali melihat saya berjaya dalam peperiksaan...mendapat nombor satu...mendapat straight a...mendapat tawaran ke luar negara. Walaupun adakalanya saya tak suka bila rasa abah seperti "brag" tentang pencapaian saya, tapi saya sedar, mungkin abah sekadar ingin meluahkan rasa bangga dan puas melihat anaknya berjaya. Yang ini, saya tak boleh salahkan abah. Abah berhak untuk rasa apa sahaja setelah bersusah-payah membesarkan saya. Yang saya tahu, saya harus terus membuatkan abah gembira. InsyaAllah, jika diberi keizinan Allah, saya ingin tunaikan segala kemahuan abah agar terbalas segala pengorbanan abah selama membesarkan saya. Mungkin bukan semuanya, tapi mungkin apa yang saya terdaya melakukannya.
Akhir kata,
Terima kasih abah...
Ina sayang abah...dulu...kini...selamanya...
Moga kasih sayang kita kekal hingga ke syurga.... Amin.....
Salam~
p/s: Masa call td, sempat juga acah2 abah kata nak balik Malaysia. Alamak, abah pun bagi green light. Siap kata nak taja flight tix balik sini which is so unlikely the case. Masa summer dulu, nape x buat camni gak. Ni baru 4 bulan saya balik sini. Hmm....cabaran sungguh berperang dengan perasaan sendiri. Nanti ade jugak orang yang buat perangai tiba2 suruh jemput kat KLIA. Harapnya tidaklah ia berlaku sebab ia memang kerja gila.
12 comments:
Rien!
Pades det besok ke arini :|
Tadi kat tivi kata esok :|
Oh oh!
Kacaknya abah dia..
Kem salam Assalammualaikum ek dekat abah :D
Erm.. ayah-ayah ni selalunya jarang mempamerkan emosi..
Nampak macam dia tak peduli tapi huhu sebetulnya dia sangat peduli.. :)
hehe...esok ke...
saya men belasah je :D
iA...nnti bile saya call lg saya krm salam...
agakla...
lelaki scr typicalnya memang camtu kot...
perempuan yg biasenya lebey emosi ;)
fathers day hari ahad. hari ni lah tu. :D
begitulah selalunye sifat abah, kurg tunjuk emosi tp sayangnye dalam.. :)
selamat hari bapa utk bapa Rien.. :D:D
owh...betul la em smalam...
saya pun men belasah je....ngee
syahdunye ur psot, makes me fall a tear in d end..hehe..;p..sometimes it's true dat we dun realize dat pengorbanan ayah sama besar ngn ibu..smtimes we juz take for granted...hmm...i guess now i know where u get ur cleanliness n tidiness trait, n a few of others too as i read thru...huhu...;)...*hugs*...c u around...
*post
huhu....
yeah, we always take things for granted...that's life
c u around too =D
epi pades dei...:)
slm rien,
Moga sihat2 hendaknya di sana ye..:) waaa, seronok betul baca tentang abah rien nih..:) tengok abah rienpun dah nampak dia seorang yg kemas dan teliti orangnya..:) smoga kita dapat menjadi kebanggaan abah kita nnti ye..mmg takkan terbalas apa yg pernah mereka beri kepada kita..:)
Rien, nak panggil wak sape nih?hehe..:) alaa, kalau dah KLIA tu ada je bas pi banting dan kemana2 tau..nak suh acai amikpun 10 minit sampai dari umah acai,hihi
hu~~~~~~~~~~~~
saya diburu rindu...
rindu pada bapaku juga..
=(
same case wif u..
hu...the cheapest flight price AKL-KUL is nzd1600..=(
mane nak cekau duet..hehehe
~rindu abah~
"Ya Allah,masukkanlah kedua ibu-bapa kasmi dikalangan orang-orang yg soleh"
wallahua'lam
*kami
to puan muadz:
epi pades day juge :)
to faisal:
hmm...betul apa acai cakap tu..
moga kite semua jadi kebanggaan mak ayah kite :)
btw, ni org panggil wak ma'arop..anak arwah radiman...hehe
acai, nnti kalau saya tetibe je sampai kat klia...saya contek acai tau soh anta sampai umah...ekeke
to fadz:
hmm....xpe fadz..
mari kita sama2 bertabah =)
Post a Comment