.::khabarkan::.

ku khabarkan pada sang air
cintaku basah di tengah hujan
lemas di tengah lautan

dan ku khabarkan pada sang angin

hentikan pukulan ombak
agar cintaku mampu berenang

bawalah cintaku ke sisir pantai

biar cintaku ke daratan berlari
agar dapat mengejar cintanya
khabarkan padanya

bawalah cintaku ke sisir pantai

biar cintaku ke daratan berlari
agar dapat mengejar cintanya
cintaku mahu akan dia

khabarkan pada sang bulan
cintaku hilang panduan
hilang arah hampir rebah
tak tahu ke mana berjalan

khabarkan pada sang mentari
terangkan jalan ke empunya hati
agar cintaku sampai kepadanya

angin khabarkan cinta ini padanya
angin tolonglah
cinta ku mahu akan dia

2 comments:

Anonymous said...

Agak-agak macam mana ek nak dapat cinta yang macam mustahil untuk kita perolehi..

:D

rienmiel said...

erk..susah nyer soklan....
hmm..kene berdoa byk2 kot....
for me, kdg2 keinginan mencintai x seiring dengan keinginan memiliki...
kita mungkin suka sesuatu benda tu, tp kita x rasa macam nak memilikinya...
tp dalam kes mencintai dan mahu memiliki ni, byk faktor2 luaran dan dalaman yang harus dikaji...ekeke

btw, cik ati nak memiliki cinta sape/ape ni...hehehe