.::of penyampai, pemikul amanah and pembawa perintah::.

Assalamualaikum W.B.T

G.U.R.U. Mengapa saya memilih menjadi seorang guru? (erk, saya pilih ke ek?). Saya sendiri tak punya jawapan untuk soalan itu. Yang saya tahu sekarang, saya cuma perlu tamatkan pengajian sarjana muda ini dahulu. Nanti, barulah fikir soal kerjaya. Tapi berada dalam tahun ketiga, bererti saya sudah sampai pada stage G.U.R - hanya satu stage lagi sebelum saya benar-benar akan menjadi seorang GURU kelak. Sudah bersediakah saya?

Dulu bila orang tanya kenapa saya hanya memilih bidang ini instead of bidang-bidang glamor yang lain, saya sendiri tak tahu apa jawapannya. Tapi, salah satu jawapan saya pada diri sendiri ialah: "Kalau semua orang mahu jadi doktor, jurutera, akauntan, arkitek, peguam atau apa sahaja kerjaya yang hebat-hebat, siapa pula yang akan mendidik anak-anak mereka nanti? Siapa pula yang akan mengajar, mendidik, menggilap potensi generasi akan datang supaya menjadi pelapis kepada golongan-golongan professional sedia ada?" Hmm...sebenarnya, ni mungkin hanya jawapan nak sedapkan hati sendiri. Jawapan "klise". Tapi seriously speaking, saya sendiri sebenarnya tak tahu nak jadi apa semasa saya perlu pilih hala tuju selepas SPM. Dalam hati terdetik; "Saya ni tak punya cita-citakah? Peliknya."

Bagi golongan seperti saya yang tak punya darah keturunan "pendidik" dalam susur galur keluarga, keputusan menjadi seorang guru bukan sesuatu yang biasa. Tapi, ia juga bukanlah sesuatu yang luar biasa =) Cuma, satu perkara yang buat saya terus berjuang ialah restu ibu bapa selain rahmat dan redha Allah yang tak pernah putus. Alhamdulillah. Tapi semalam, bila saya belajar tentang tafsir ayat 143, surah al-Baqarah, saya seperti sudah ketemu jawapan yang saya cari selama 4 tahun ini. Ya, saya tahu kenapa saya perlu menjadi seorang guru. Kerana saya adalah umat pertengahan, yang punya tanggungjawab untuk menyampaikan. Walaupun tugas menyampaikan tergalas pada bahu setiap individu, saya kini lebih yakin bahawa Dia telah memilih saya untuk menjadi "Si Penyampai" itu. Dan saya juga lebih yakin bahawa tugas saya bukan mudah kerana sayalah "Si Pemikul Amanah". Inilah yang dinamakan taqdir yang ditetapkan sejak azali kerana nama saya sendiri bererti "Pembawa Perintah". Walaupun bebanan ini terasa berat, saya yakin bahawa Dia takkan mentaklifkan saya dengan sesuatu yang di luar kemampuan saya kerana Dia Maha Mengetahui.

Salam~

"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu....." (2:143)

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....." (2:286)



5 comments:

akirasuri said...

Woah!
Bakal guru ek..
Mesti nanti anak murid terpikat dengan cikgu manis ni kan? :D

sehat rien?
jaga diri baek-baek..

Salam..

rienmiel said...

erk, terpikat la sangat kan...hehe

kita di sini sihat2 aje...
kamu di sana bagaimana? hehe

akirasuri said...

Kekekeke!
Sungguh! Terpikat :D

Oh..
Saya alhamdulillah sehat :)

Anonymous said...

slmt dtg wahai bakal pendidik.
slmt dtg ke dunia perjuangan.
slmt dtg pembela maruah bangsa..

hehe

jadi guru sgt seronok. baca blog aku utk tahu sikit2 dunia guru. tapi apa2 n3 yg sengal kt blog aku, ko abaikan jek. yg sengal tu aku, yg mulia tugas guru.. hehe

rienmiel said...

owh...tengkiu2...
sangat excited untuk jadi guru tp juga rasa cuak sbb cabaran semakin hebat...
insyaAllah, akan berusaha...hehehe

neway, byk sy belajar dr blog cikgu...
sengal2 tu yg buat blog cikgu jd best...ekeke