.::120 : Happy Mother's Day, Mak::.

Assalamualaikum W.B.T

Hari Khamis malam mak call (atas demand anakanda tersayang...ekeke). Hmm.., bergayut sakan la kami. Tetiba, pada minit kesebelas, line tak clear plak. So end call camtu je. Pastu, malam tadi plak saya call mak. Nampaknya mak sangat keletihan sebab sibuk mengusahakan kebun dengan abah. Hmm...orang-orang dewasa ni memang tak leh duduk diam kan. Bagusla tu. Tapi yang penting, kesihatan kena jaga. Anakanda jauh sekarang, tak boleh nak urut picit bila diperlukan (haha...gaya nak mithali berbicara)

Semalam gak saya wish mak Happy Mother's Day. Pastu mak tanya, kenapa tak wish esok. Saya pun jawab, "saje". Mak tetiba plak request kek pisang. Aduh, susah ni. Jauh nak menghantar. Takpe mak, insyaAllah saya buat untuk mak bila saya balik nanti. Tapi kan, saya rasa bila buat balik benda2 yang saya try kat Oz masa kat rumah, tak sedap pun. Hmm...tak tau la sebab ape. Mungkin masa kat sini pun tak sedap gak tapi sebab xde pilihan, so sume pun rase sedap je kat tekak ni. Bile kat Malaysia, leh je tunjuk2 nak makan ape. So, sebab tu la boleh nak mengkomen itu sedap, ini tak sedap. Lumrah la tu =)

Salam~

0 comments: