Strong Heart ep.6: Miskin versus Kaya

Orang yang miskin ialah orang yang memiliki banyak kehendak.
Orang yang kaya ialah orang yang merasa cukup apa adanya.

Dan sesungguhnya, hanya "sabar dan syukur" mampu mengimbangi kedua-duanya.
Sabar bila hilang/kurang/rosak nikmat. Syukur bila terima nikmat.

-Hamka-

"lain syakartum la-adziidannakum wa lain kafartum inna 'adzabii lasyadeed"
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih"

Strong Heart ep.5: Rapuh

aku hanya manusia biasa
yang menggagahi hari demi hari dengan kudrat izin Si Pencipta
aku cuba tampil "sempurna"
tapi terkadang aku rapuh juga
berkali-kali...bukan sekali cuma
kerana hakikatnya sifat sempurna bukan milik hamba

aku mungkin mampu membohongi kamu dan mereka
tapi aku tak mampu membohongi diri dan Tuhan Maha Esa
ternyata, tak terlawan gelodak jiwa
bila dihenyak perasaan fitrah seorang manusia
aku jadi lemah dan tak berdaya

ya, aku hanya manusia biasa 
yang cuba menjadi luar biasa
yang berusaha mempasakkan cinta pada Si Pengurnia Cinta
biar aku tak lupa apa tujuan aku diciptakan di dunia
walau diasak godaan dunia yang memperdaya
aku kan cuba bertahan demi menuju destinasi cinta, hakikat bahagia

Tuhan, kau kuatkan jiwa hamba
penuhi ia dengan keyakinan bahawa Kau telah tetapkan semuanya
katakan padanya jika Kau akan uruskan segalanya
jadikan ia redha pada segala ketentuan, lambang pengabdian cinta 
sebuah jiwa yang merdeka



"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai"

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Strong Heart ep.4: Wants vs Needs

Sometimes, it's not about getting what we want
but it's about getting it at the right time
or getting something better than what we ever expected.

Indeed, we plan things with goals to achieve
but Allah plans things with love to spread.

Strong Heart ep.3: Treating Others

Jika hari ini kita buat orang lain marah,
esok lusa orang lain akan buat kita/orang yang kita sayang pula marah.

Jika hari ini kita buat orang lain menangis,
esok lusa orang lain akan buat kita / orang yang kita sayang pula menangis.

Jika hari ini kita buat orang lain gembira, 
esok lusa orang lain akan buat kita / orang yang kita sayang pula gembira.

Jika hari ini kita buat orang lain tersenyum,
esok lusa orang lain akan buat kita / orang yang
kita sayang pula tersenyum.

So, let's treat others the way we want to be treated.
(p/s: God will pay cash okay...zero installment)

Strong Heart ep.2: Tunjukkan Aku


Semalam, Tuhan mengamanahkan kita dengan satu tanggungjawab atau masalah yang dirasakan amat sukar dan membebankan. Dalam kepayahan, kita memohon kepada-Nya agar terus diberi kekuatan untuk meneruskan cabaran atas dasar yakin bahawa Dia tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang tak mampu kita usahakan.

Tiba-tiba hari ini, sebelum sempat kita mulakan, Dia tunjukkan satu jalan, yang meleraikan segala kekusutan dan melenyapkan segala bebanan.

Oh, sungguh melegakan!! Adakah ini suatu keajaiban?

Ingatlah, Dia tidak pernah 'mempermainkan' perasaan hamba-Nya. Dia sekadar mahu menguji sejauhmana kita redha dengan ujian dan bersangka baik dengan perancangan-Nya :)

Strong Heart ep.1: Maaf Dari Hati

Maafkan aku kerana tak bisa memilih kamu...
kerana Tuhanku telah terlebih dahulu memilih kamu untuk aku...
Jadi, izinkan aku menjalankan amanah Tuhanku...
mencintai kamu sepenuh hatiku, demi mengejar redha Tuhanku...

Aku mohon agar kamu juga menerima aku...
sebagai amanah Tuhanmu.
Maka cintai aku demi Tuhanmu, pimpin aku, bimbing aku,
ajari aku untuk menggapai redha Tuhanmu...

Andai nanti aku tak mampu lagi menjalankan amanahku dengan baik,
tak mampu lagi mendampingimu mencari sinar kasih Tuhan,
maka kau lepaskanlah aku dengan cara yang mulia.
Hantarlah aku pulang ke pangkuan keluargaku semula sepertimana kau menjemputku suatu masa dulu.
Dan aku mohon doamu agar aku mampu meraih redha Tuhanku dengan cara yang lain pula barangkali...

.::404: God, give me strength::.

i'm not strong...
i pretend to be one...
or should i say i struggle instead?

it's so difficult to fight the battle inside...
when no one seems to understand...
and support what i do...

what i could do now is "just believe"...
believe in God...
though i seriously have no idea where it leads me to...
i believe it should be to the right path...
insyaAllah

Dear Lord, 
i'm weak...do make me strong...
i'm clueless...do enlighten me with something...
i'm struggling...do make me survive...

for what i long for is the eternal happiness there...
and if this is what it takes to bring me there, please make me happy with it...
make me content with what i have...
get me distracted with other beneficial things...
things that please You...

.::403 : terima kasih cinta::.


This feeling is so undescribable.
I guess it’s LOVE.
I think it’s LOVE.
I believe it’s LOVE.

If what I feel is true, Allah please don’t take this feeling away from me.
This is what I’ve been searching for over the past 25 years.
And I am very contented now.

I know life won’t be easy all the time...challenges are everywhere...and I am not strong too...
but I will always pray that:
for whatever things that could strengthen my love to YOU, please make it easy for me, and make me strong for it...
and for whatever things that could lead me go astray, please protect me from it.

I might be taking baby steps to reach the final destination.
I might fall down once, twice or many times in fact.
But I just do not want to turn back!! I have had enough.
I just want to move forward with a clear direction. very clear one.

I hope my navigation system won’t fail this time...insyaAllah.

[Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).]'' (3:173).

.::402 : emosi::.

saya sedih hari ini...
mungkin kesedihan terpendam...
oh Tuhan, kurniakanlah sesuatu untuk menyisih segala kesedihan
yang masih tersimpan di lubuk hati paling dalam...

*oh, tahap emosi yang rendah harus diperangi!!
sejak bila saya membenarkan virus2 jahat menguasai diri...

oh diri, belajarlah mensyukuri nikmat tuhan, menikmati sisi bahagia anugerah tuhan...
dan berhentilah mengira-ngira sisi kekurangan...

*semoga esok akan lebih baik dari semalam*

.::401 : pilihan datang pilihan pergi::.

Assalamualaikum W.B.T

Siapa tak mahu pulang berkhidmat di tempat sendiri...
Siapa tak mahu dekat dengan chenta hati...
Siapa tak mahu terima tawaran insan yang pernah dan masih dikagumi...
Siapa tak mahu??...siapa tak mahu??...sudah tentu aku mahu jauh di sudut hati..
 
Tapi, entah kenapa masih berat hati...
tidak tahu apa yang aku cari...
tidak tahu apa yang aku nanti...
tidak tahu apa nasib yang bakal di jalani...
yang buat aku senang untuk terus diami bumi yang dulu-asing-tapi-kini-tak-lagi...

oh, adakah keputusan ini pasti??
Tuhan tunjukkan aku, bimbing hati temui jawapan pasti....
yang terbaik untuk semua yang aku sayangi...
Salam~