Strong Heart ep.2: Tunjukkan Aku


Semalam, Tuhan mengamanahkan kita dengan satu tanggungjawab atau masalah yang dirasakan amat sukar dan membebankan. Dalam kepayahan, kita memohon kepada-Nya agar terus diberi kekuatan untuk meneruskan cabaran atas dasar yakin bahawa Dia tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang tak mampu kita usahakan.

Tiba-tiba hari ini, sebelum sempat kita mulakan, Dia tunjukkan satu jalan, yang meleraikan segala kekusutan dan melenyapkan segala bebanan.

Oh, sungguh melegakan!! Adakah ini suatu keajaiban?

Ingatlah, Dia tidak pernah 'mempermainkan' perasaan hamba-Nya. Dia sekadar mahu menguji sejauhmana kita redha dengan ujian dan bersangka baik dengan perancangan-Nya :)

0 comments: