Assalamualaikum W.B.T
Dulu, dia memang bermula kosong. Kemudian dia belajar bertatih...perlahan dia mula berjalan. Bila sudah agak yakin, dia mula berlari anak. Walau lariannya tidak sepantas mana...tapi cukup untuk mengekalkan momentum yang ada.
Namun, dia kalah kepada situasi dan hawa nafsunya sendiri. Lariannya yang sememangnya sudah perlahan semakin hilang rentak. Dia tidak lagi berlari tapi berjalan. Tidak tahu apakah dia sudah penat atau barangkali dia 'terlupa'...maka akhirnya dia berhenti berjalan. Bertatih pun dia tak mahu.
Kini, walau hatinya meronta-ronta untuk berlari semula...kakinya seakan sudah terpaku. Dia sangat buntu. Bagaimana hendak berlari kalau berdiri pun dia tidak mampu. Dia benar-benar lupa bagaimana caranya untuk berdiri. Mencari-cari pautan yang dia sendiri tak temui saat ini. Setiap hari dia membayangkan betapa indah saat ketika dia berlari dulu. Walau cuma lari2 anak, tapi cukup untuk buat hatinya tersenyum.
Ya Allah, bantulah dia. Senyumnya kini hanya senyum palsu. Hatinya sangat terseksa. Setiap saat ia menangis pilu. Kalaupun tidak berlari, bantulah dia untuk berjalan semula. Berilah ia pautan. Bukankah Engkau "sebaik-baiknya Penolong"...dan aku akan terus bermohon untuk dia..agar dia temui kebahagiaan hakiki pinjaman Engkau"
Salam~
3 comments:
Babe, ape citer?sedey aku bc...
-Fina-
tade cite sgt la babe...
ble sume dh ok nnti ak cite kay :)
oo...ok...aku doakan segalanya dipermudahkan, diperoleh apa yg dicari n rahmat-Nya utk ko n org2 yg ko syg..
-Fina-
Post a Comment