.::313 : ada apa dengan usia::.

Assalamualaikum W.B.T

Orang selalu kata, usia tu bukan apa2...hanya angka...
Dan saya juga pernah percaya begitu...

Orang juga berkata, dengan bertambahnya usia, maksudnya lebih hampirlah kita dengan kematian...
Dan saya juga terima saja idea itu tanpa persoalkan apa2...

Tapi semakin saya dewasa, saya mula menilai semula konsep2 yang pernah dikaitkan dengan usia...
tentang angka... adakah angka tidak bererti apa2?
tentang mati...bukankah ajal maut itu rahsia Allah...
jadi, tiada langsung perkaitannya dengan usia... ianya tidak berkadar terus mahupun berkadar songsang dengan usia...

Jadi, bukankah itu bermakna dengan bertambahnya usia...cara kita berfikir dan menilai kehidupan juga berbeza...

Sebagai contoh, dulu saya seorang yang suka cari pasal dengan orang lain...
Bila berjumpa dengan kawan2 semasa bersekolah rendah dulu, banyak la timbul cerita tentang kenakalan saya... bergaduh dengan orang itu...tak mahu berkawan dengan orang ini...isytihar perang dengan kumpulan itu...tunjuk lagak dengan kumpulan ini...
Sebenarnya, saya tak mampu nak ingat semua yang berlaku 12 tahun yang lalu...
Teruk betul daya ingatan saya...Sayang rasanya bila cerita2 begitu tak mampu direcall semula...
Mujur ada kawan2 yang 'sudi' nak ungkit semua kisah2 hitam tu...haha
Tapi saya hampir tak percaya bila sayalah orang yang buat semua benda2 tu...
Bila fikir2 balik, rasa cam tak suit langsung dengan character saya sekarang...
Saya ni jenis malas nak layan hal2 remeh temeh...gaduh2 la...tak kawan dengan orang tu la...masam muka dengan orang ni la...
Kali terakhir saya terlibat dengan perkara2 yang saya sifatkan stupido tu ialah semasa saya berumur 19 ke 20... Tu pun saya rasa cam tak leh terima je...
Mungkin personaliti saya dah berubah...
Atau mungkin lebih tepat lagi... "cognitive maturation has occured thus leads to behaviour modification... If actions were controlled by emotional quotients in the past, they are now controlled by emotional quotients + intellectual qoutients + spiritual qoutients"

Tapi...saya rasa tak semua orang mengalami proses yang sama pada usia yang sama... Ada yang mengalaminya lebih awal dari yang lain dan ada juga yang mengalaminya lewat... Oleh kerana ini bukanlah teori siapa2, jadi saya hanya berpendapat bahawa semua orang pasti mengalaminya cuma tak tahu lah bila kan...haha
Sebab itulah saya perhatikan, ada orang yang usianya 16 tahun tapi sudah matang berfikir... tidak terlalu mengikut emosi tapi rasional...
Sebab itu juga, ada yang usianya 3o tahun tapi masih bertindak mengikut emosi semata2...tanpa ada pertimbangan logik akal...
Hal ini tiadalah kaitannya dengan kelayakan akademik seseorang kerana...
ada orang yang IQ nya tinggi...tapi bertindak hanya mengikut logik akal semata...
ada pula yang EQ nya tinggi...tapi rendah IQnya... jadi susah juga...

Jadi, formulanya begini:

mesti ada 'a good mixture of IQ, EQ and SQ' because a lack in something will no longer make it beautiful :)

Kesimpulannya, usia sebenarnya does mean something... sebab usia reflect cara kita berfikir...cara kita bertindak dan juga cara kita menilai kehidupan...
Tapi, ini hanyalah pandangan saya semata2...mungkin ada yang setuju dan mungkin ada yang tidak...
Jadi, terpulanglah...sebab saya sekadar menulis apa yang saya fikirkan sekarang dan mungkin juga akan berubah pada masa depan :)

Salam~

nota: dulu selalu wish for a life partner yang punya academic quolification yang setara / lebih tinggi... tapi ternyata, itu bukanlah kunci persefahaman coz I believe, what important is the ability to balance your IQ + EQ + SQ... apa guna kalau bijak pandai tak pandai menjaga hubungan dengan Allah dan manusia kan ;)