.::290 : terima kasih CINTA::.

Assalamualaikum W.B.T

"Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" (3:65)

Bagi saya, ayat tersebut telah cukup menjelaskan situasi saya sekarang. Syukur pada Allah kerana masih memberi saya peluang untuk kembali ber"nafas" dalam dunia realiti. Sungguh, nikmat Allah yang manakah lagi mampu saya dustakan selepas semua ini berlaku. Apa yang mampu saya katakan sekarang, saya amat bersyukur atas segala yang berlaku. Tak tergambar rasanya kesyukuran ini. Sekarang saya semakin faham dan lebih menghayati kalau "pengucapan dua kalimah syahadah" itu memang merupakan nikmat terbesar...alhamdulillah

Takbir...Allahu Akbar

"Mereka merasa berjasa kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah, "Janganlah kamu merasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan, jika kamu orang yang benar" (49:17)

Salam~

0 comments: