Assalamualaikum W.B.T
Hari ini bermula indah sampai la satu detik bilamana hati ini seperti dihiris-hiris pisau tajam dengan hanya satu persoalan yang diutarakan seseorang "dia". Persoalannya cukup mudah...jujur dari hati. Tapi persoalan yang satu itu telah cukup untuk membuatkan hati ini menangis. Ahh, mungkin saya yang terlalu sensitif barangkali.
Kadangkala, tanpa kita sedari, kita sudah salah perkiraan. Kita merasakan kita telah melakukan banyak perkara dengan rela hati, kononnya tanpa mengharapkan perhargaan apatah lagi balasan. Kita merasakan segala-galanya telah sempurna. Kita merasakan kita tak pernah berkira dalam melakukan perkara-perkara yang sepatutnya dilakukan bersama dengan niat mahu memudahkan dan tak mahu menyusahkan. Selama ini, kita ikhlas melakukan semua itu. Namun, ada segelintir pihak yang merasakan bahawa kita tak pantas melakukan semua itu seorang diri...mereka juga mahu turut serta. Selama ini memang mereka tak pernah berniat mengabaikan semua itu, cuma kita yang terkadang bertindak lebih pantas dari mereka. Jadi, mereka seolah-olah berada pihak "tak peduli" padahal mereka sama sekali bukan manusia golongan itu.
Sebagai langkah permulaan, saya pun mula membahagikan tugas. Mungkin nampak agak "bossy" tapi saya sendiri agak dilema untuk melakukannya sewaktu pertama kali. "Kita buat lebih pun orang tak selesa, kita bahagi-bahagikan pun orang tak suka". Ntahla, saya memang amat sedih dengan keadaan ni. Selama ini, saya tak pernah bangkitkan isu "keadilan" apatah lagi merasa tidak puas hati dengan mana-mana pihak. Bagi saya, selagi saya mampu melakukannya, saya takkan minta bantuan orang lain apatah lagi memberikan arahan. Memang dari dulu mak dah berpesan, "Jangan berkira dalam apa-apa urusan. Bilamana kita sudah penat dan bosan, berdoalah pada Allah minta kekuatan untuk kita meneruskan segala yang kita selalu lakukan agar semuanya menjadi ibadah sebagai bekalan hari kemudian".
Tapi, hari ini, saya tewas juga. Saya terkesima bilamana apa yang saya lakukan dipertikaikan orang. Mungkin saya merasakan semuanya sudah sempurna, tapi saya lupa bahawa kesempurnaan takkan pernah dicapai semudah itu atau yang tepat lagi, kesempurnaan takkan pernah boleh dicapai oleh kita...manusia yang dhaif ini. Salahkah saya berbuat begitu selama ini? Pentingkan dirikah saya? Ahh...terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran saya. Niat di hati ingin membawa diri tapi itu jauh sekali dari sikap peribadi. Justeru, apa yang berlaku hari ini, saya anggap hanyalah satu "pengajaran" untuk saya memperbaiki diri. Tanpa peristiwa hari ini, takkan ada sentuhan kesedaran untuk hamba Allah yang hina ini.

Salam~
nota untuk "dia": ...walaupun pada mulanya saya geram dengan kamu dan saya hampir mengungkit semua perkara2 yang saya tak patut ungkit sebab pada asalnya saya memang tak kisah pun...(read: jin mona sudah hampir berjaya mencucuk saya untuk bertindak bodoh)...tapi alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya. Saya mampu mengawal perasaan lantas tak berkongsi cerita ini dengan orang lain melainkan di blog ini. Lagipun, the details are secret kan...hehe. Btw, saya ingin berterima kasih pada kamu sebab kamu juga telah menyedarkan saya tentang sesuatu...thanks kamu =)

0 comments:
Post a Comment