.::2011 love boat : episode airport::.


Tidak pernah dalam hidup saya, ada orang selain keluarga terdekat dan sahabat yang rapat menghantar saya ke lapangan terbang.
 Dan perkara ini berlaku setelah saya bergelar seorang PENDIDIK.


Alkisahnya, gara-gara 'ditinggalkan' sendirian oleh dua orang sahabat baik yang ke Kuantan atas urusan kerja, saya dengan rendah hatinya telah meminta jasa baik anak murid saya untuk menghantar saya ke lapangan terbang. (Oh, inilah untungnya mengajar pelajar-pelajar dewasa kerana mereka sudah punya lesen kereta malah sudah membawa kereta ke kolej...*heaven gitu*). Memandangkan pelajar-pelajar saya sedang menduduki peperiksaan pada minggu tersebut,saya telah mengajukan permintaan secara umum atau terbuka kerana tidak pasti siapakah yang betul-betul sanggup menunaikan permintaan saya itu. Dan pada hari saya mengajukan permintaan tersebut, kesemua mereka nampaknya menyatakan kesanggupan mereka dan saya pun beredar dengan perasaan yang lega (Ok, satu masalah sudah selesai *grin*)

Sehari sebelum hari penerbangan, saya sekali lagi menghantar sms, ingin meminta kepastian akan siapakah sebenarnya yang akan menghantar saya ke lapangan terbang. Watak  X merupakan orang pertama yang membalas, menyatakan kesudiaanya itu. Dan saya pun rasa "OK". Beberapa jam selepas itu, watak Y pula membalas sms dimana dia turut menyatakan jawapan yang sama.

Dan inilah antara respond saya terhadap sms-es itu:

Miss A: O..ok. Now, I wonder who exactly will send me to the airport. Is it you, him or both?
Y : Bukan 2 miss tapi 3.
Miss A: OMG...like seriously??

*Dang* Sekarang ini ada 3 kereta nak hantar saya ke airport. Dan saya memang *speechless*. Tak tahu nak cakap apa. Sebenarnya, saya risau. Mereka sepatutnya ulangkaji untuk exam. Tapi sekarang, terasa seperti menyusahkan pula. Nak menolak, takut ada yang berkecil hati. Maka, saya biar sahaja mereka dengan plan mereka. Mereka kan anak2 saya...hak3..

Maka, kami 3 kereta pun bertolak ke airport. Tanpa saya sangka, ada sekumpulan pelajar perempuan telah menanti di sana. "And now, it makes 4 cars!!!"  And the best part was, my 2 darlings pun datang juga ke airport walaupun baru saja sampai dari Kuantan "OMG...OMG...serious I feel like Makcik Kiah nak pergi haji". Terharu nih ='))

Jujur saya katakan, perasaan pada waktu itu sangat priceless. Saya tak tahu apa niat sebenar mereka beriya2 menghantar saya ke airport...tapi apapun alasan mereka, saya dapat merasakan ia suatu bentuk penghormatan yang tak pernah saya bayangkan selama ini. 

Hatta pegawai lapangan terbang pun tertanya2 adakah saya ini seorang guru yang akan bertukar memandangkan begitu ramai yang menghantar di pintu balai berlepas. Hakikatnya, saya hanya pulang bercuti seminggu....adoii...
Apa2pun tarikh 9 March 2011 memang suatu kenangan yang tak dapat saya lupakan. Terima kasih kepada watak2 yang terlibat di lapangan terbang. Kepada yang tiada di tempat kejadian, saya tahu hati kalian juga turut mendoakan berdasarkan sms yang saya terima.

Saya tak pasti apakah keadaan seperti ini akan berlaku lagi...
Tapi apa yang pasti ia PERNAH berlaku dalam hidup saya...
Maka, saya ucapkan TERIMA KASIH kerana mencipta memori itu untuk saya =))

6 comments:

makcikkiahbalikrumah said...

oh pls oh pls we din know about the wataks. :p btw we love u *wink.

Anonymous said...

Xpe....
We <3 u miss~~~~
Always do....
=p

Aizuddin Rojalai said...

welcome miss..love u..saranghae!

rienmiel said...

omg, didn't know u guys r reading this...haha~

anyways...luv uols too :)

Unknown said...

haha..cam nak g haji la plax...kan Miss Hajjah Amrien??huhu

WRobiatul said...

it was a good memory for me too..(^_^)