.::255 : kelapa atau peach::.

Assalamualaikum W.B.T


Dah lama saya nak tulis pasal isu ni. Tentang kelapa dan peach. Tapi, ni bukan pasal buahan2 tempatan atau import tau ;)

Memandangkan saya belajar bahasa dan linguistik kat sini, jadi kebanyakan subjek yang saya ambil tertumpu kepada isu bahasa dan budaya. Dan dalam banyak2 isu, satu isu yang saya rasa menarik adalah isu manusia kelapa dan manusia peach.

Okay, biar saya jelaskan....

(1) Golongan peach
Secara amnya, golongan peach ni adalah orang yang mudah mesra, peramah dan sangat open dengan orang lain even baru pertama kali jumpa. Kira macam dia sangat senang nak masuk dengan orang baru dan buat orang selesa especially bila orang tu masih "tercari-cari di tempat baru". Tapi, lama-lama, bila dah berkawan-kawan tu, barulah discover ada bahagian dalam diri "si peramah" tu yang sukar ditembusi. Mereka ni dinamakan peach sebab "lembut dan manis di luar tapi keras didalam" (biji peach sangat keras okeih :). Dan contoh golongan peach adalah masyarakat Australia secara amnya (maknanya bukan la semua tau!)

(2) Golongan kelapa
Okay, golongan kelapa ni terbalik dengan golongan peach. Kalau kelapa, dia "keras di luar tapi sedap dan enak di dalam". Golongan ni adalah mereka yang agak susah nak approach pada mulanya. Mereka nampak sombong, cold dan tak mudah didekati tapi once kita berjaya mendekati mereka, mereka boleh jadi sangat baik dengan kita. Kadang2 sampai satu tahap yang kita sendiri tak expect. Kira orang yang berjaya menembusi bahagian tempurung tu boleh jadi sangat bertuah la sebab golongan kelapa ni has so many things to offer. Cuba kita bayangkan kelapa tu sendiri...macam2 boleh bagi kat kita kan. Kalau parut, boleh buat macam2...filling kuih, kerisik etc...kalau perah, boleh dapat santan...pastu kalau rezeki lebih sket...ada part yang tengah tu...saya tatau nama dia ape tapi saya panggil "kentos"...sedap gak nih kalau makan. Tapi, untuk nak semua2 tu, kena la lepasi part tempurung tu dulu.

Konflik akan berlaku bila golongan peach deal dengan golongan kelapa. Golongan peach akan anggap golongan kelapa sebagai sebagai sombong dan budget bagus. Tapi golongan kelapa plak akan anggap golongan peach sebagai superficial atau plastik gitu...depan orang bermanis mulut...padahal tak sangat pun sebenarnya. Tapi, biasala manusia kan...egoncentric sket. Suka nak bandingkan orang lain based on standard diri sendiri. Tapi satu perkara yang dapat dari sini...manusia kan memang diciptakan berbagai2 supaya kita saling mengenali. Semakin ramai orang yang kita jumpa dan semakin pelbagai ragam orang yang kita deal with, semakin banyak la kita dapat belajar untuk negotiate. Dan saya rasa ini perkara yang bagus sebab setidak-tidaknya kita tak la carried away dalam dunia kita sendiri je...rasa standard kita je yang bagus :)

"Wahai umat manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenal (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah amat mengetahui lagi amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)." (49:13)

To think about it, anda rasa anda orang yang bagaimana? (^_^)

Salam~

7 comments:

Anonymous said...

aku harap aku jd mcm kentos tuh.. kikikiki.. :)

CrusheD_LameR said...

CJ, ang nak jadi macam kentos eh...

aku bleh je perkenalkan ngan 'kentos' kat kg jenjarom nih...~!hehe...

rien...ingat kat ketos g tak??huhu...

rienmiel said...

to cikgu jawe:

nape nak jadi macam kentos?
lame sgt dah tak makan kentos...huhu

to azam:

haha...jahat la ko azam...
btw, mane leh lupe kentos...
die telah jd isu hangat lepas korg nyer reunion kat kelanang aritu...hehe

Anonymous said...

ishh,sy ni spesis yg mana yerk..Kene kaji diri sendiri dulu ni,huhuh..baek jadi kelapa kn,heheh..

Anonymous said...

Errr saya rasa saya mix kelapa dgn peach kot..

Kelpea.. :))

mardotti zaaba said...

hhihihi kelpea hihihihihi kelpea.aku xbley brenti gelak dah.kelpea.
byk kali dah kelapa nak masuk ngn peach, tapi xbley la. cemane ni. amrien, jom kte try buat bubur lemak peach nak? sblom ko balik..bley ah kte market kat Oz n msia

rienmiel said...

to kylex:

ala2 mana pun xpe..
manusia kan unique...
tp asians in general type kelapa..hehe

to cik ati:

aah la...
kelpea...interesting :)

to mard:

jom...
aku tau kalau ko yg cube sure sedap nyer...
lepas ko exam br kite buat...
at least kalau ade komplikasi ko dh settle sume paper....hehe