.::perihal solat::.

Assalamualaikum W.B.T

Was reading one particular entry in this blog when something really strikes me. Tentang menjaga solat. Mungkin ramai sudah sedia maklum tentang hal ini. Saya sendiri sudah tahu lama. Tapi persoalannya...sejauh mana kita mampu amalkan.

Dulu, saya fikir...asal solat 5 waktu...itu sudah cukup. Padahal, nak melaksanakan yang 5 itupun payah. Kalau di rumah dulu, solat isyaklah yang paling mencabar. Konon nak solat sebelum tidur. Untung2..dapat solat taubat ke solat hajat sekali. Itulah niat dihati. Apa yang biasa terjadi, saya tertidur tanpa sempat solat. Kalau ditakdirkan Allah terjaga sebelum subuh...dapatlah tunaikan solat yang ke-5 tu. Kalau x....berkubur macamtu saje. Bencinye pada diri sendiri.

Mula masuk uni, cabaran pada solat subuh pula. Yelah, kalau kat rumah, mak yang selalu kejut. Kalau alarm dah berbunyi pun, nak mak juga yang kejut. Saja mengada2. Tapi bila fikir2 balik, jahat betul saya menyusahkan orang tua. So bila kat uni, disiplin diri perlu ditingkatkan. Takkan saya nak harapkan kawan. Masing2 dah besar kan. Kalau kat bilik, saya la orang yang selalu jadi tukang kejut housemate. Dan saya tak kisah pun. Apa yang saya kisah is bila saya pun terlepas subuh. Grr...xtau nak blame sape. Blame diri sendiri la kan. Sebab tu jugak saya tak kisah kalau kawan2 nak kata saya x cool ke ape ke bile saya tidur awal. Saya lagi rasa tak cool kalau saya miss subuh. Emo satu hari. Saya ni jenis morning person. So, saya tak berapa la nak tidur lepas subuh ni (kecik2 dulu of course la...hehe). And in order tak nak rasa mengantuk lepas solat, saya kena pastikan saya dah cukup tidur (haha...macam baby je). Masa kat KL dulu, saya tetapkan pkl 12.30 mesti dah tidur so that saya boleh bangun pukul 6 at least. Masa tu rasa cam awkward gile, kawan2 dok huru hara lagi...saya dah masuk selimut. Dalam hati, gasakla...yang penting dapat bangun awal esok...hehe.

Tu kisah dua tahun dulu. Kat sini alhamdulillah...saya mula "faham" kalau menjaga solat tu bukan sekadar cukupkan 5 waktu. Tapi dengan menunaikan solat di awal waktu. Sedikit demi sedikit saya cuba buat. Walaupun kadang2 lalai gak, tapi at least ade improvement dari dulu. Salah satu sebabnya adalah saya solat jemaah dengan housemate. So bile azan je kat laptop, masing2 terus amik wudhuk and siap2 untuk solat. Tapi, cabaran bila sendiri2 semula. Iman manusia ni kadang2 naik...kadang2 turun. Bila menurun tu....alahai....teruk betul. Leka sangat. Mula lewatkan solat. Oh, jangan tiru macam saya. Tak elok. So hari ni bile baca part dalam artikel ni, hati kembali tersentuh. Bila reflek balik amal yang caca merba tu...hanya dapat istighfar berkali2 dalam hati.

Rasulullah S.a.w bersabda :
"Jika seorang hamba shalat pada awal waktunya, maka naiklah shalat itu ke langit dengan diliputi nur sehingga sampai ke Arsy, lalu (nur itu) memintakan istighfar bagi orang yang mengerjakan shalat seperti itu sampai hari kiamat, dan ia berkata : 'semoga Allah memeliharamu sebagaimana kamu memeliharaku.'"

Dan jika seorang hamba mengerjakan shalat tidak pada waktunya, maka naiklah shalat itu dengan diliputi kegelapan dan bila sampai ke langit, shalat itu terlipat bagaikan baju yang rusak, kemudian dilemparkan kembali ke muka orang yang mengerjakannya."
(Adz Dzahabi)

Hmm...terkesima baca part last tu. Tetiba teringat ayat dalam Surah Al-Ma'un:

"Maka celakalah orang yang solat (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya"
(107: 4-5)

Ayat ni further clarified status orang yang solat...tapi lalai dalam pelaksaan dan menjaga waktu2 solat. Dan bile reflek diri sendiri...saya terfikir...saya orang yang begitukah? Hmm...sendiri fikirlah kan.

Mungkin sahabat2 lain x macam saya pun. Tapi in case ade yang terlupa...entry ni sekadar ingin mengingatkan diri sendiri juga sahabat2 yang lain. Saya ingin menyeru semua agar kita sama2 berusaha memperbaiki amal ibadah kita. Pesanan ni khas untuk saya sebenarnya. Go go go rien!!!

Salam~

p/s: Moga diriku yang telah kembali akan lebih mantap amal fardhinya...insyaAllah =)

2 comments:

kylex said...

salam..

Tq sebab kongsi kisah ini dan bolehla kita saling ingat-mengingati kan :)

Saya ni plg problem bila solat subuh huh,truknya sy ni :( kalo kecil2 mak kejut solat subuh sy slalu tido blk dan mimpi dah solat bila mak tny dah solat belum sy iya kan je..Msk sklh asrama pun problem,skg pn problem jgk,sedihnya..Lemah btl bdn ni..doakan sy diberi kekuatan utk mengerjakan solat subuh tepat pada waktunya ye,AMINN :)

rienmiel said...

to kylex:

wslm~

hmm...sama la pengalaman kite...
dh bangun tdo balik...pastu mimpi dah solat...end up..x solat pun kan..sedey ;(

xpe kylex...sama2 kite usaha perbaiki diri...
mujahadah lebih sket...
iA...moga kita sama2 dpt memperbaiki mutu amalan kita...esp. solat sbb itulah perkara pertama yg akan dihisab kelak...