.::ada apa dengan nama::.

Assalamualaikum W.B.T

Checked my mail inbox and found out so many forwarded messages. Tapi, x bukak lagi sebab malas =D Tapi saya tertarik dengan nama yang tertulis pada column receiver tu. Guess what...my friend save nama saya dengan salah...hehe.

Emm..since this is not the first time so tak kisah sangat. Dari sekolah rendah kawan2 memang ada masalah nak eja nama saya. Pelik sangat ke ejaan nama saya...saya pun x pasti...

Setakat ni, kesilapan ejaan yang berlaku adalah seperti:

Amrin
Amrein
Amrieen

And antara kesilapan bunyi plak adalah seperti:

Am-ri-en
Em-ri-en
Am-ron
(yang ni sekali je berlaku...dalam kelas Socio-Linguistic Gerard...ceh)

Sebenarnya, saya bukanlah particular sangat pasal ejaan tapi kengkadang you just feel that it's not you. Like when you see your name are wrongly printed, takde rasa emotional attachment kat situ...cewah. Tak de rase belonging la. Kire, if you want to claim that it is not your name pun bley je rasanya. Tapi xla sampai macamtu....hehe

Kat sini, masalah salah sebutan tu biase sgt la berlaku. Lidah orang putih kan...suke benar nak menggodam2 nama kite. Iffah disebut Iffy/Eva, Ida disebut Aida, Syal disebut Sial, Firdaus disebut Firdus. For me, kadang2 rasa comel, kadang2 rasa kelakar, kadang2 rasa annoying la jugak especially bile kena panggil Amron..heh. Tapi, nak buat camne, cara dorg pronounce mmg a bit different dgn kite kan. Tu pasal kalau ade orang balik mesia tetiba tukar nama jadi Iffy ke Izzy ke...janganlah terus mengata atau melatah. Mesti ade history tu..hehehe.

Tapi, jangan risau...insyaAllah, saya masih suke nama yang abah saya bagi.Walaupun, dulu2 saya fikir kenapa abah kasi saya nama camtu, tapi sekarang I am proud of it sebab saya rasa nama saya unik. Kebarangkalian untuk sama dengan orang lain sangat rendah so xde la orang konfius Amrien yang mana unless memang tak pernah kenal saya. Tapi, saya lebih suke sebutan cara Melayu atau Arab daripada sebutan orang putih yang buat lidah ku tergeliat...huhu.

Fakta tentang nama saya:

(1) Orang selalu ingat Amrien adalah seorang lelaki. Oh, saya sudah terbiasa dengan situasi ini dari sekolah rendah lagi. Ibu-ibu kawan saya selalu musykil kalau anak dorg bersahabat dengan seorang lelaki bile dorg mention nama saya ;)

(2) Nama saya dengan abang saya hampir serupa. Nama abang saya Amreel. Masalah selalu berlaku dalam situasi phone conversation. Selalu ahli keluarga confuse sama ada pemanggil nak bercakap dengan saya atau abang. Beberapa kali pernah tersilap orang. Salah satu langkah untuk clarifykan nama was dengan tanya orang tu..."emm....nak cakap dengan lelaki ke perempuan?". Memang pelik je bunyi soklan tu kan tapi kawan2 saya dah sedia maklum dengan keadaan ni and ada yang ambil langkah bijak dengan guna nama "Ina / Amriena" pada awal conversation :)

(3) Ramai sedara-mara yang tak tahu pun nama sebenar saya Amrien. Even adik2 sepupu saya pun xtau. Saya ingat lagi dorg pernah tanya saya..."siapa Amrien?". Then saya dengan senyum sinisnya pun claim nama sendiri. I have no idea what they think my real name is. Zalina? Rina? Haha...I couldn't imagine myself.

(4) Ustazah saya pernah tersilap hantar SMS ke abang saya kerana disangkanya saya. Nombor telefon tu die dapat from kad jemputan kahwin seorang lagi abang. Bila saya jumpa ustazah masa cuti tu, barulah dia tahu sebab sebenar kenapa SMSnya tidak berbalas...hehe...macam2.

Hmm...sebenarnya saya nak tulis sikit je sebab nak kasi blog ni berupdate. Tetiba banyak plak idea datang...hehe. Apapepun, selamat berpuasa dan selamat berbuka semua =)

Salam~

p/s:
Thanks to Cikgu Jawe for the info on Fadhilat Solat Terawikh tu.
Saya dah inform kawan2 untuk removekan info mengenainya daripada newsletter keluaran akan datang. Untuk newsletter saya, tak sempat sebab dah diedarkan lebih awal :)

Doa Ramadhan hari kedua:
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan-Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan-Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih."

6 comments:

Shah CJ said...

ops.. sama le kita. selalu cikgu dn kawan2 slh eja nama aku.. hehe

diorg ingat aku kerabat raja.. ehehe

syarafina shukor said...

wei,ingat x, time phone aku rosak dulu n i told my mom i borrowed Amrien's phone, n my abah sibuk2 kat belakang, "Na dah ade boyfren ka?"hahaha!

Ct AdAh said...

Salam amrien...

Hehe..menarik entry ni..esp part bila mat saleh tergeliat nk sebut nama org melayu yang mostly ada bunyi2 arab skit..cuba bayangkan bila mat saleh bercakap arab..hehe~

p/s: slmt berpuasa dan menambah amal ibadah di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni..=D

rienmiel said...

to cj:

ye ke cikgu...
hmm...cikgu ni kerabat raja sebenarnya..hehe

to fina:

hehe...mesti abah ko cuak2 kan kalau ko kate Amrien tu bf ko...hehe

to adah:

orang putih kalau cakap arab sure bunyi cam mengada2...hehe...

selamat berpuasa dan beramal juge =)

Anonymous said...

kat sini, orang putih panggil aku 'Mod' takpun 'Mohid" sebab diorg x tau nak sebut MOHD camne..lol penat aku membetulkan sekor2..

rienmiel said...

to warx:

wah..ade name glemer la ko nampaknye...

yg fancy sket 'MOD'
yg kampung sket 'MOHID'...heh