.::of buku sedih and kelas tajwid::.

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni saya takde kelas dan sepatutnya sedang membaca article2 yang panjang untuk kelas hari Khamis dan Jumaat. Tapi biasela, bila ada kerja kena buat, senang betul nak divert buat keje2 lain. Contohnya update blog...hehe. Saya dah mula membaca dari pagi, tapi satu article pun tak habis. Reason: attention-span yang sangatla pendek...ngee ;) Lagipun, kelas baru masuk minggu kedua. Enjin tak panas lagi...(haha...alasan baik punya)

Oh ya, semalam saya dah pos dah kad untuk birthday Mak. Actually, saya ni bukan la jenis berkad2 ni. Tapi, untuk orang2 tersayang, kena la bagi special treatment...hehe. Saya pos seminggu awal...maybe Mak akan dapat lebih awal dari tarikh sebenar. Takpe la...yang penting sampai..insyaAllah.

Actually, dalam entry ni saya nak cerita pasal buku yang saya baru dapat dari kawan saya. Dia belikan buku ni masa dia balik Malaysia for winter break bulan lepas. Hadiah untuk saya katanye...ngee ;) Tajuk buku tu "Jangan Bersedih : Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia" hasil karangan Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah 'Al-Qarni dan terjemahan oleh Muhammad Huzaifah. Tahun lepas pun, seorang kakak senior ada hadiahkan saya buku "Don't Be Sad" karangan penulis yang sama. Tetiba saya terfikir, "saya ni nampak sedih ke"....hehe. Tapi saya suke je buku2 tu even saya tak habis baca pun lagi. Buku ni sarat dengan motivasi...untuk kita jadi lebih positif dalam hidup....seterusnya jadi gembira sepanjang masa. InsyaAllah, saya akan cuba habiskan dan cuba amalkan juga =)

ni la dua-dua buku tu =)

And lagi satu, saya nak cerita jugak pasal saya jadi ustazah tak bertauliah kat sini. Mengajar tajwid lagi...hehe. Actually, bukan la mengajar sangat...tapi lebih kurang jadi facilitator and initiate discussion pasal tajwid. Alhamdulillah, saya ada kawan (merangkap classmate masa kat high school dulu) yang join Kelas Kemahiran Al-Quran and ada foundation yang bagus dalam hal ehwal tajwid dan pembacaan Al-Quran ni. Dialah yang banyak membantu. Saya tolong organize and buatkan nota je...hehe. Pastu, ada gak beberapa yang lain (and I should say semua orang yang terlibat) turut kongsikan ilmu dorg masa kat sekolah dulu. Alhamdulillah, saya rasa seronok sangat. At least, ada jugakla kelas2 camni berjalan di Bumi Sydney ni and in fact, banyak jugak yang saya tak tahu sebelum ni, dah jadi tahu dah =) Ni namanya ilmu Allah tu sangat luas kan.

ni himpunan quran2 kami n nota tajwid
(4 quran sejenis yang ada sticker comel tu trademark kami la kunun2...hehe)


Selain ulangkaji tajwid, kami jugak buat tadarus (twice a week) and tengok terjemahan surah. Ni sebagai permulaan untuk memahami Al-Quran sebab untuk mendalaminya, saya rasa kami semua perlu berguru dengan yang lebih arif. So, kire bincang2 perkara basic2 je la stakat ni. Seronok rasanya bila semua orang pun contribute to the discussion. Banyak perkara baru yang saya belajar sama ada from the Quran ataupun from cerita kawan-kawan. InsyAllah, moga apa yang kami buat sekarang ni akan berterusan dan diberkati Allah...aminn

ni la quran saya...sama kaler je...blue black
anyway, The Noble Quran tu baru berusia 4 hari di tangan saya...saya teringin nak baca terjemahan omputih...hehe


Okay la...harus sambung baca article and salin nota lecture minggu lepas...hehe...

Salam~

thoughts of day:

Dulu mak suruh saya ambil bidang agama...tapi saya mengada-ngada nak amik aliran sains...
Dulu ada yang kata, kenapa amik tesl sedangkan saya lulusan sekolah agama, sayang katanya...tapi saya tak jawab apa2...saya diam aje (8 tahun tu belajar bahasa arab)...

Dulu kawan kat kolej panggil saya ustazah...tapi saya xsuke...sebab saya rasa saya tak cukup baik dan tak layak untuk dipanggil macamtu...

Tapi sebenarnya, saya pernah berangan nak mengajar tajwid dan nahu bahasa arab...sebab saya suka rules and pattern kot...
Dan sekarang, saya tak kisah pun untuk jadi teacher ustazah...sebab saya nak cuba buktikan yang saya bukan typical...ngee...doakan saya ye =)


p/s: sekadar buat sedikit reflection...abaikan saje ;)

2 comments:

syairah said...

seronok blaja dgn 'ustazah Amrien'
kekeke..

rienmiel said...

perli ek 'ustazah syairah' ;)