.::095 : lebih HANGAT dari BIASA::.

Assalamualaikum W.B.T

Sekadar nak recap isu-isu hangat sepanjang bulan lepas dan awal bulan ni:

MAC 2008

(1) PRU 12

- Macam2 isu yang berbangkit >>> isu keputusan PRU 12 yang dikatakan di landa tsunami, isu DAP mahu hapuskan DEB di Pulau Pinang, isu "sape-nak-jadi-menteri besar" di Terengganu, Perlis & Perak (siap ada gaduh2 sket...orang tu lantik orang ni, orang ni lantik orang tu...penin2) dan macam2 lagi la.

(2) AF 6

- Isu si nenek pun nak masuk bertanding, isu kakak siti pun nak masuk tv, isu penyanyi nasyid nak jadi superman gak macam Faizal Tahir >>> aduh, kenapa semua orang nak jadi penyanyi ni? (No offense anyone... i just wonder adakah ni acuan masyarakat kita sekarang? Kalau semua nak menyanyi, sape plak yang nak mendengar nyer nanti? ish2)

(3) ABPBH 2007 (ni kire isu hangat gak kan...kiki)

- Isu mawi menang lagi la, isu mawi declare hubungan dengan ekin la, isu baju heliza macam badut la dan ape2 lagi la yang merepek tuh.


APRIL 2008

(1) SUFIAH YUSUF FAROOQ

- Ni memang kes kesian. Dulu dia pernah menggemparkan dunia dengan isu kegeniusannya, sekarang dia sekali lagi menggemparkan dunia dengan satu isu yang cukup irony. Tak tau nak komen camne pasal kes sufiah ni. Yang pasti, kehidupan die memang menyedihkan. I just think, "we just can't have too much of something or else we'll end up like being pathetic". Kan Islam sendiri menganjurkan konsep wasatiah =)

Saya berdoa agar dia sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya. Moga Allah akan membukakan pintu hatinya untuk kembali...kembali ke jalan yang benar...jalan yang Dia redhai. So, sama2 lah kita ambil pengajaran dari kisahnya ini.

p/s: korang kalau ada anak nanti, janganla paksa2 dorg. Banyak kesan psychology nanti!! hehe...

EXCEPT hal2 berkaitan AGAMA >>> yang ni NO TELERANCE (sebaiknya kalau kita nak suruh orang buat sesuatu, bagi la penerangan dulu...WHAT are they suppose to do? HOW to do it? WHY they must/must not do it? WHAT will happen if they do / don't do it? etc. Kalau suruh secara membabi buta je...tendency untuk memberontak di kemudian hari sangatla tinggi...ni saya rasa la...hihi


(2) FITNA

- Ni plak kes video/short clip terbitan seorang rakyat belanda yang menghina Islam. Si dutch ni apehal nak cari pasal? Dulu isu kartun yang menghina Nabi Muhammad s.a.w., sekarang ni plak kamu fitnah Islam - kaitkan dengan terrorism. Nampaknya yang buat ni bukan calang2 orang, agak bijak jugakla sebab die bagi justification from ayat Quran. Tapi, alangkah 'sedih'nya nasib kamu kelak sebab kamu mempermain2kan ayat-ayat Allah.

"Ingatlah, sesungguhnya janji ALLAH itu benar"

Salam~

5 comments:

akirasuri said...

Salam..

Yeay! Pes!
Hahak!

1. PRU12
Wahai tikus-tikus [baca: PoliTIKUS].. Jangan jadikan kami bola..
Huahuahua!

2. AF6
Keskeskes!
Saya tak amek port langsung pasal menatang ni..
Erk! Nenek, mak orang dengan penyanyi nasyid tu dapat ke masuk?
Duh! Memang tatau pape ni :))

3. ABPBH 2007
Kenapa rakyat Malaya suka kayakan artis yang dah kaya ek?
Sungguh menjadi persoalan di kepala otak ni..
Hahak!

4. Sufiah
Hmmm.. Speechless..
Yang paling kesian mak dialah..
Alahai..
Moga dia diberi petunjuk Allah akan jalan yang benar.. Amin..

5. Fitna
Ah! Baru lepas nonton filem ni..
Sangat jahil dan memang penuh dengan fitnah dorang..
Mamat tu benci sangat Islam sebab takut tamadun Islam akan gantikan tamadun eropah..
Padahal dia lupa, siapa yang bawa tamadun ke eropah dulu kalau bukan tamadun Islam..
Tak sedar diri betul..
Kalau tak sampai sekarang orang eropah tak bertamadun langsung, kencing bersepah-sepah.. Heh!

*Ups! Panjangnya komeng saya!
Ha ha ha! Sory ek rien :p
Cam dah jadik sub entri plak..
Hahak!

AinNur Haris said...

salam cik rien..
baru abis baca entrie2 kamu yang lepas sejak april 2007..emm..nice..!! SAYA kira, kita ada beberapa persamaan...hehehe...

utk entrie yg terbaru ni, SAYA nak comment psl filem FITNA je..memang kesal sungguh filem tu diterbitkan walaupun jelas menganggu sensitiviti masyarakat Islam sedunia...SAYA harap kita umat Islam bersatu dan menentang habis-habisan penyiaran filem tersebut..Biar mereka tahu "suara" Islam itu ada kuasa...bukan boleh diperlekehkan begitu sahaja..!! ya kan...

rienmiel said...

to cik akira:

wslm...
tahniah2 sbb jadi pes....hehe

pasal filem FITNA tu memang menyedihkan...
jahat la dorg buat camtu...
dorg ni takut dgn bayang2 sendiri je sebenarnya...
takut nak accept the fact yang ISLAM lagi 'kuat' dari dorg...
mesti x belajar sejarah ketamadunan dulu2 ;)


to cahaya mata:

wslm...
wah, awak bace sume ke? susah2 je...hihi
btw, ape persamaan kite tu? teringin gak saya nak tau ;)

Pasal FITNA tu, saya memang sokong idea awak. Memang kunci kekuatan kita hanyalah dengan bersatu-padu. Kalau masyarakat Islam sendiri goyah, macam mana nak fight back kan...

Anonymous said...

garapan yg bagus rien.

1. ttg video fitna. kita masih ada kekuatan. mereka sakitkan hati kita. dan kita akan sakitkan mereka dgn cara yg paling sakit. bukan perangi atau bunuh mereka. tapi dgn boikot apa yang masuk dlm saku mereka.

boikot produk belanda. denmark telah rasa dulu. sehari mereka rugi 1.5 juta dollar.

2. selamatkan penasyid dari AF. jaga maruah nasyid. singkirkan dia dari AF segera. singkirkan juga nenek tak sedar diri.

boikot AF juga. jangan undi! buang kredit jee..

rienmiel said...

to cikgu jawa:

(1) btul tu cikgu...orang jahil je sakitkan hati kite cara camtu...

mari kita sama2 boikot barangan dorg!!!

(2) btul2...xyah la undi2 tu..buang duit je...bukan dapat pape pun ;)