.::067 : vacation mood::.

Assalamualaikum W.B.T.

Kelas baru je bermula semalam. Tapi, since last week, saya dah sibuk merancang percutian bersama kengkawan. InsyaAllah, jika diizinkan Allah, kami berlima (read: me, syikin, syal, iffah and zai) akan ke Brisbane dan Gold Coast semasa mid -term break nanti. Urusan pembelian tiket sudah pun selesai. Baru tadi saya mendapat e-mail dari Qantas. Kirenya, itenerary from Qantas dah pun settle. Sekarang, kami hanya perlu menunggu e-mail dari Jetstar pula. And with that, everything about ticket will be out from our check list =).

Hari ni takde kelas. So, sepanjang hari ni, saya asyik menghadap laptop. Bermula dari merancang study for this semester, saya terus mengemaskini my personal budget. Bila rase ada duit sket, baru la ada semangat untuk merancang percutian pula. Perancangan untuk mid-sem vacation seakan sudah selesai. And now, I am looking forward for winter-break-vacation. Hajatnya, saya ingin pergi ke dua destinasi pada cuti tersebut. On the list right now is Melbourne (and perhaps Adelaide) as well as New Zealand. Tapi, tak tahulah. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Vacation tu semua pun masih lagi dalam "planning zone". Rasanya jauh lagi bulan July tu kan =) Lagipun, seperti takde promotion sale sekarang which means harga tiket mahal oi!!! hehehe. Who knows, kalau memang sudah rezeki, dapat la kami beli tiket dengan harga promosi like what we got last year. Bersyukur sangat dapat balik Malaysia dengan harga yang sangat la membahagiakan...Alhamdulillah.

Oh ya, I once mentioned about my brother's wedding last January kan. Since saya tak berkesempatan untuk capture any pictures on that day, I would like to share their pictures which was uploaded by their photographer here. Harap iboy and kak nisa won't mind with this sharing =)

p/s: cuaca panas harini...rasa macam bulan puasa plak...and this remind me of the 10 days that I had promised to fast (read: saya telah bernazarkan sesuatu pada tahun lepas dan alhamdulillah, dimakbulkan Allah) Say yes to fasting!!! hehehe

Salam~

0 comments: