.::055 : entry rojak::.

cerita satu


Semalam memang hari yang memalukan. Tak dinafikan, saya memang jenis orang yang sangat senang menitiskan airmata...senang cakap, kuat menangis la. Orang jawa cakap 'ciwek'. Kalau saya gembira, saya menangis, kalau saya marah saya menangis, kalau saya sedih, obviously nangis gak. Mungkin sebab saya suka sangat dengar lagu-lagu sentimental dan tengok cerita-cerita sedih. Atau mungkin juga memang itu caranya saya express perasaan sendiri. Bila saya excited, saya jarang membebel-bebel menceritakan keterujaan saya dan bila saya emo, saya takkan bising-bising maki hamun sana sini. Semua yang saya rasa akan dizahirkan melalui airmata. Tragis tak tragis la kan...haha.

Tapi, selalunya saya akan menangis bila saya bersendirian. Kalau menangis depan orang pun, orang itu selalunya adalah mereka yang rapat dengan saya. Tapi, semalam saya telah menangis di hadapan seorang stranger. Sungguh memalukan!!!

Mesti orang itu sangat terkejut bila tengok saya menangis sebab sebenarnya, there's no point to cry. Mungkin saya sangat takut dan risau masa tu. So, even bila orang tu cakap tak ada benda yang perlu dirisaukan, saya tetap menangis. Sebenarnya, tu kira sign of relief la (even masih ada sedikit risau gak). Dia siap hulur sapu tangan dia lagi. Sweet tak sweet la kan. Nasib la dia dah agak-agak umur abah. Kalau tak, boleh cair la kejap kan. Walaupun dia yang saya pernah kenal nampak seperti cold, tapi hari tu, dia memang gaya abah-abah gitu. Dia siap cakap, "sometimes, it's okay to cry". Chewah!!! Saya pernah terbaca, lelaki memang tak tahan sikit bila tengok perempuan mengangis. Tak tahu la 'tak tahan' tu maknanya membencikan atau tak sampai hati. Tak pernah clarify lak dengan abah or abang-abang saya. Sorry la Encik X sebab saya menangis depan kamu. Sorry kalau saya mencuakkan kamu kejap. Saya tak sengaja. Cuma teremosi je. Saya harap kamu tak hebahkan cerita saya menangis depan kamu for unreasonable reason kat orang lain. Buat malu saya je... haha.


cerita dua

Sekarang baru saya tahu yang kalau kita buat salah pada diri sendiri, kita memang takkan tenang. Padan la muka saya. Sudah terhantuk baru terngadah kan. Tapi, saya bersykur sangat pada Allah. Jika perkara tu tak berlaku pada saya, sampai bila pun saya takkan beringat. Saya sangat bersyukur dengan ujian ni. Benarlah, 'ujian itu satu tarbiyah'. 'Tarbiyah yang manis'.


cerita tiga

Lepas final paper pada hari isnin lepas, saya punya 10 hari sebelum pulang ke kampung halaman yang teramat dirindui. Tamat je exam pada jam 4 petang, saya dan beberapa rakan telah ke Central untuk ,menghantar Iffah yang akan ke Melbourne menaiki train. Dengan weekly tripper yang bernilai $43, kami bercadang untuk ronda-ronda Sydney. Kire cam JJCM gitu. Nak cari souvenir kononnya sebelum balik Malaysia. Saya dan Syikin yang jarang keluar rumah ni ada hati nak keluar hari-hari selama seminggu. Penat tak penat la kan. Dah beli tiket mahal. Terpaksalah...haha.

Semalam, kami ke Chatswood. Bukan beli apa pun. Saja tengok-tengok. At least, we have been there. Tak la koman sangat bila orang tanya nanti. Semalam Zye je yang berbelanja. Kami bertiga ni end up JJCM la. Makan kat May's Malaysia (kot). Saya dengan Syikin order Seafood Vege Rice. Wah, memang sangat menggiurkan rupa dia. Sampai mat salih meja sebelah pun pandang. Nasib kami kongsi (memang selalu kami kongsi makanan pun kat sini). Satu serve dia memang banyak. Kami yang share dua orang pun tak habis. Maybe sebab saya dah makan chocolate before that kot and kebetulan Syikin lak sakit gigi. So, part-part udang, sotong, sayur-sayur besar tu saya la bedal. Syikin makan nasi dan benda lembut-lembut je. Sian gak dia.

Balik tu, lepas kejadian 'sapu tangan', tetiba teremo lak dengan keadaan bilik yang bersepah (sebenarnya, tak la bersepah mana, cuma serabut je). Lepas mandi, tertidur lak...lagilah emo kan. Mungkin penat berjalan + penat basuh baju + penat menangis = tertidur. Lepas je telefon mak...cerita pasal tragedi sapu tangan, sambung tidur terus sampai pagi. Bangun pagi tu, terus je kemas bilik. Simpan sume notes dan barang-barang yang tak penting. Dah habis exam kan. Lagipun, nanti nak balik cuti tiga bulan, kenalah simpan mana yang patut. Saya memang suka bab-bab berkemas ni. Aktiviti ni adalah antara benda yang dapat menggembirakan saya tapi 'keadaan sepah dan messy' plak adalah salah satu benda yang boleh buat saya emo dan moody. Nanti bile dah kemas, saya happy semula =)

Hari ni plak kami ke Auburn. Tak beli apa pun. Cuma kawan-kawan beli perfume. Saya? Memang nak beli asalnya. Tapi masuk kedai perfume tu je dah pening. Ye la, macam-macam bau ada. Mahu tak pening. End up, kat Auburn JJCM lagi. Hari ni makan pizza. Best pizza dia. Dah la murah, $3 je, besar lak tu. Kira kenyang la. Lepas tu kami solat kat Auburn Gallipoli Mosque. Cantik masjid tu. Sempat gak kami tidur jap. Penat seyh jalan. Udah bengkek badan gue nih. Lagipun cuaca panas sekarang, summer kan. Tetibe je teringin nak minum air tebu. Takpe, sabar ye. Seminggu je lagi. Hihi.

Kami sampai rumah dalam pukul 6 camtu. Nak online tapi tetiba cam tak boleh plak. So, saya pun ke dapur untuk masak sebab hari ni my turn untuk masak. Saya cuba masak mee rebus @ mee jawa hari ni. Kira first trial la. Lagipun, main cook takde. Berani la try. Kalau dia ada segan la plak kalau tak jadi. Ajak Syal makan skali sebab dia cam sorang kat rumah. Iffah kat Melbourne. Zye kerja. Lepas dia balik, saya pun masuk bilik dan mengupdate blog...hehe. Esok, insyaAllah kami plan nak ke Paddy's Market - the most awaited moment for us...haha. Bak kata Syal, "Kalau dah pelancong, ke mana lagi tempat nak tuju". Habis pelancong la kite ni ek. Dah dekat setahun dah. Melancong tak habis-habis.


Pelajaran hari ini: Kita bukan setakat tak boleh menzalimi orang lain, tapi juga tak boleh menzalimi diri sendiri. Perlu ingat bahawa kita punya tanggungjawab pada diri sendiri yang perlu ditunaikan haknya. Kita selalu memandang terlalu jauh hingga lupa akan perkara yang paling hampir dengan kita =)


9 comments:

Rosyada said...

tragedi sapu tangan <--- macam drama melayu sungguh! :p

rienmiel said...

haha...drama swasta sempena cuti sekolah...huhu

Far Azmi said...

wah..siapakah Encik X? heheh..

kamu happy mengemas yer? kalo rs sedih2 lg sila la dtg bilik sy..sentiasa available utk kemas2 nih :p

hehe..kidding

rienmiel said...

kamu tentu kenal Encik X...haha

saya suke mengemas tp nnti end up kamu x jumpa barang2 kamu...tu yg sy risau bile kemas brg2 org lain=)

-LyS- said...

crite satu - sapekah mr. x itu?huhu.
hm..i tink it's not wrong 2 cry...at least it show dat u hav feelings n care bout some things..n smtimes it's undeniably true that these tears always come uninvited anytime it wants 2 come..huhu..

crite dua - yeah, i hate dat situation as well..we'll juz feel bad klo ade buat slh pd diri sindri yg kt je tau...n last2 it affects us in some way..

crite tige - jln2 sydney eh?.:).i guess i'll do lots of dat during my free time nnt...hehehe...btw, i oso like pizza auburn..sgt sdap n murah..tp tu r, jauh sgt..huhu..

ok la amrin, slmt brpacking utk balik...:)..

-LyS- said...

n take care!

rienmiel said...

lisa...
(1) mr X adalah....hehe...
(2) tu la...emosi slalu x stabil...
(3) piza auburn sgt lembut kan...nyum3X

Anonymous said...

oohh ko x cite pon masa chat tu..
huhu..bila..siapa.. mengapa.. bagaimana.. ko nangis?

x sbr nk jumpa ko.

rienmiel said...

fez ---> lupe lak nk cite..tp x penting pun...cume msh memalukan la...hikhik
insyaAllah, kite jumpa nnti =)