.::salam aidilfitri::.

Assalamualaikum W.B.T

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
&
Mohon maaf zahir batin
kepada semua yang mengenali diri saya
samaada ahli keluarga, saudara-mara, sahabat2 sepersekolahan juga sahabat2 bloggers

Semoga lebaran ini dapat disambut dengan penuh kesyukuran juga keinsafan
dan semoga kita mampu terus istiqamah melakukan amal
sepertimana kita beramal di bulan Ramadhan...insyaAllah


Dengan ingatan tulus ikhlas,
salam dari Sydney =)

Salam~

p/s: Mohon maaf sebab lama "berdiam diri" dari dunia blog ni. Banyak perkara yang berlaku dan I need some time for readjustment. iA, kalau ade kesempatan, saya akan datang ziarah blog2 sahabat2 semua nanti =)

.::today::.

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni saya menemankan kawan ke hospital for her regular check up. Bile kat sana, nampak ramai la gak ibu2 mengandung and bermacam-macam bentuk perut ada. Interesting yet scary...heh. Sementara tunggu my fren consult doctor, saya sempat la baca magazine ibu2 mengandung. Ada satu cerita ni pasal seorang ibu yang makan plasenta untuk mempercepatkan proses pengecutan rahim after deliver. Memula tu rasa excited la gak baca, lelama tu rasa nak muntah pun ada. Tak pasal2 kang ade plak yang batal pose kan. Imagine, makan uri. Oh, sungguh tak boleh diterima akal ku yang lemah ini. But my conclusion is, susahnya mangandung ni. Sebab tu kena sangat appreciate mak yang telah bersusah payah mengandung dan melahirkan kita. Memang menginsafkan...

On another note, duit shipping dah masuk. AUD 720. My reaction? Hehehe....tanduk dah keluar sket2 dah nampaknya ;P.

Kepada semua, Selamat Hari Raya. Saya kat sini mungkin raya gitu2 je sebab macam x sempat je nak buat kuih raya cam tahun lepas. Ada komitmen lain yang lebih utama.

Takpe, asalkan kita semua faham makna sebenar Eidulfitri...itu sudah memadai. Raikanlah fitrah dan jangan pula siakan tarbiah Ramadhan...itulah sambutan yang lebih bermakna...insyaAllah =)

Salam~

.::renovation::.

Assalamualaikum W.B.T

Dari dulu...saya memang tahu kalau saya bukan jenis manusia yang boleh multitask. Saya tak boleh commit pada dua perkara dalam satu masa. Kalau saya buat juga, mesti hasilnya tak memuaskan. Atau dalam erti kata lain, saya pasti GAGAL pada keduanya atau salah satu daripadanya.

Saya tak mampu untuk fokus pada banyak perkara dalam masa yang sama. Kalau adapun, peratusan fokus saya mesti tak sama.

Saya tak mampu menyayangi ramai orang pada waktu yang sama. Kalau adapun, pasti cuma satu yang paling dekat di hati saya.

Saya tahu kalau saya tak pernah mampu untuk lakukannya. Tapi, saya buat juga.

Kali ini, saya tak memilih untuk melebihkan yang satu antara keduanya. Cukup sekadar bila saya cuba menduakan yang satu ini...akhirnya, hati saya yang tersiksa. Dan saya tak gembira bila ia berlaku ;( Oh, saya memang harus merenew hati sementara Ramadhan masih berbaki.


"Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya..."
(33:4)

Ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku...
Jangan Kau letakkannya di hatiku...
Kerana ku takkan mampu menanggung keduanya...
Biarlah hatiku subur hanya untuk-Mu...yang Maha Satu...

Salam~

Doa Ramadhan hari kedua puluh tiga hingga kedua puluh lima:

Hari Kedua puluh tiga

“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diriku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hatiku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”

Hari Kedua puluh empat

“Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu perkara yang mendatangkan keredaan-Mu. Aku berlindung dengan-Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan-Mu dan aku bermohon kepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”

Hari Kedua puluh lima

“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’-Mu dan memusuhi musuh-Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi-Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”

.::enuf said::.

Assalamualaikum W.B.T

I

just

want

to be with

my bElOvEd oNeS

right now

can I ?


Fasbir sabran jameela =)
it's rewarding insyaAllah


Salam~

footnote: Uni semester break makes me feels lonely and empty and homesick too. It always is. Luckily, it's the last. I repeat...LAST!!! No more holiday@OZ after this which also means...i'll be missing Sydney instead. Complicated eh :(

.::owh...kekku sudah melimpah::.

Assalamualaikum W.B.T

Hmm...hari ni dah stat mid-sem break. Boleh la kire cuti raya gak sebab cuti sampai 5 oktober. So, konon2 cuti ni nak rajin2kan diri memasak le sebab asyik dok masak cincai je selama ni. Tu pasal la jadi kurus kering...hehe (perasan ;P). Tapi cuti2 pun banyak gak la eseimen dah kene buat. Lumrah student kan...

First thing today, cube buat kek gula hangus tu lagi sekali. Aritu memula buat kek tu x bersarang la plak. Alasannye, tak bace instruction sampai habis. Saya g letak gula hangus yang tak melikat lagi. So, sebab tu la die x bersarang sangat konon2nyer. Hari plak, saya pun berazam nak masak sampai likat. Tapi, atas dasar x sabar, saya g letak gula yang masih panas dalam bancuhan tepung. Habisla gula tu mengental dalam tepung. Hmm..padan la muka. Orang tak sabar memang selalu dapat balasan...hehe. Tu xpe lagi. The best past was, saya tak expect kek tu akan kembang dengan galaknya. So, saya bajet, leaving 1/2 tray utk die kembang cukup la kan. Tapi nampaknya, die galak sangat nak kembang, sampai melimpah2 keluar tray. Pulak dah kan. Tapi belasah je la. Ape ade pada rupe kan ^_^. So inilah hasilnya.
Untuk part sarang tu, saya agak puas hati la. Tapi untuk past overall presentation, I guess I have failed..hehe. Selamat berbuka semua =) Malam ni kami iftar @ juniors. Yummy!!

Salam~

nota kaki: nak tepon mak sendiri pun kene buat epoimen...ceh!!

.::ponteng::.

Assalamualaikum W.B.T


Minggu ni je dua kali saya berjaya mencetuskan kontroversi. First, masa saya tak datang terawikh hari Rabu lepas. My housemate call hp 3 kali, another fren call gak hp 2 kali. Semua saya x angkat. Pastu tepon umah plak bunyi. Saya x angkat gak. The climax was when my onether housemate tetiba knock on my door. Ah..malas gak nak bukak pintu. Tapi saya bukak gak la in the end. Kang x pasal2 dorg call security soh bukak my room tgk kot2 saya pengsan ke ape ke.

Alkisahnya, saya sangat pening kepala lepas berbuka that day. Even time solat isyak pun rasa ala ala je. And another thing, saya mmg ske solat dalam gelap nih. Feel gitu. So, my housemate pun assumed la yang saya xde kat bilik...as in dah g solat terawikh kat umah junior. Bile die sampai, saya xde gak. So, die cam panik. And kebetulan, org2 dok tnya mane saya. Tu yang die dok call berkali2 tu. Saya plak, mmg dh masuk selimut dah pkl 8 mlm lagi. Siap dah telan panadol. Hajatnya pkl 1 nnti br nak bangun solat semula. Alih2 pkl 8.15 camtu, die call. Saya ingat die x bawa kunci. So, saya ignore je la dengan harapan die akan call housemate lain. Tapi, pastu org len plak call hp. Call umah gak. And sampai my Indian housemate got to check on me. So, saya pun terpaksa la clarify my condition. "Owh, I dah tido la. I pening pale".

Esok tu, semua tanya saya ok ke x? And, saya sungguh la segan kan sebab x g terawikh malam tu. Ye la, sume org dok tanya2 ok ke x ke. Padahal saya tdo. Siot betul. Memang tak leh ponteng dah pasni...hehe (tp memang lepas ni buat kat umah saya pun ^_^)

Second time was semalam. Guess what? Saya ponteng kelas okeih. Bukan 1 tapi 3. Gile kejam. Tapi saya x berniat pun nak ponteng ekceli. Saya dah siap2 berpakaian lengkap siap amik wuduk sume in case nak solat zohor kat uni nanti seawal jam 8 pagi tau. Konon2 dengan harapan saya sempat catch d 11 am class. Tapi masalahnya, eseimen saya x siap lagi time tu!!!!!!!!!! Lepas terawikh malam tu, saya terus tdo. Konon nak bangun awal tapi saya bangun time sahur. Bayangkan saya kena buat lagi 1000 words dlm masa 6 jam (kalau nak g d 9 am klas la). Mana sempat. Dah la i am a slow learner@worker atau dlm erti kate lain lembap le. End up, pukul 11.3o baru siap eseimen. Sempat je kalau nak catch up klas yg last tu sebab it ends at 1 p.m. Tapi, saya malu la plak nak masuk klas bile dh tgh2 ni. Alih2...saya x pegi pun. Saya g uni dalam 12.30, anta eseimen and g library pastu ke macquarie centre bershopping2 sket.

First je masuk MC, jumpa sorg kawan kat Easy Way. Die dengan sengeh2 pun cakap, "Owh....Amrien ponteng eh...". Aduhh..kantoi la kan. Dah la x g kelas, bley plak beronggeng2 kat MC. Pastu g Woolies, jumpa lagi dua kawan. Dorg senyum aje. Pastu ade sorg ni tanya, "Amrien ok ke?". Aish..."I am okay. Tak siap eseimen je td" (dengan nada menahan malu). Pastu kat depan Panetta, jumpa lagi sorg kawan. Kene soal siasat gak. Tak habis kat situ, malam masa solat terawikh, ada lagi sorang tanya. "Aah la Amrien. Kenapa ko tak g kelas tadi?" Sudah, jadi satu isu besar rupenya saya tak g kelas hari ni. Aishh...

So, jawapan untuk semua persoalan tu adalah: "Saya tak g kelas sebab saya tak siap eseimen lagi. Saya seorang budak yang nakal...heh"

Kesimpulannya, dalam tempoh 3 hari, saya ponteng 2 kali. And nampaknya saya kene bagi "surat tunjuk sebab" kat banyak pihak. Gile ah. Baru buat sekali dua dah kene camni. Even rasa a bit "salah ke kalau nak ponteng sekali dua", tapi I am more positive than that. I know that everybody cares bout me and that makes me smile =). Thanks korg sebab susah2 je concern pasal ai...muahaha

Salam~

Doa Ramadhan hari kedua puluh hingga kedua puluh dua:

Hari Kedua puluh

“Ya Allah, bukakan bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepadaku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”

Hari Kedua puluh satu

“Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan-Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diriku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagiku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”

Hari Kedua puluh dua

“Ya Allah, bukakan bagiku pintu kelebihan dan turunkan bagiku keberkatan-Mu. Berilah kepadaku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan-Mu dan tempatkan aku dalam syurga-Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”


.::ukhwah yang indah::.

Assalamualaikum W.B.T

First of all, saya nak minta maaf pada kawan2 sebab tak inform about my absence last night...
In fact, I am okay...
Just having a lit headache and alhamdulillah, sleeping is the cure...
I am so touched with your concern...
Now I can really taste the sweetness of ukhuwwah...
Thanks again dear friends...
May Allah reward your sincerity...always
Uhibbuki fillah =)

Salam~

Doa Ramadhan hari ketujuh belas hingga kesembilan belas:

Hari Ketujuh belas
“Ya Allah, tunjukkan bagiku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.”.

Hari Kelapan belas
“Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hatiku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggotaku untuk mengikuti segala ajaran-Mu, dengan cahaya-Mu wahai penerang hati orang yang bijak.”

Hari Kesembilan belas
“Ya Allah, penuhkan bahagianku dengan keberkatan dan mudahkan bagiku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.”

.::words of love::.

Assalamualaikum W.B.T

I remembered talked to a friend last few days on how we can be a happy person if we relate all the things that happened to us or around us with qada' and qadar. If we are a true believer, we will always believe that nothing happened as a coincidence. In Surah Al-Qamar, Allah has mentioned that:

"Verily, We have created all things with Qadar (Divine Preordainments of all things before the creation as written in the Book of Decrees - Al-Lauh Al-Mahfuz)." (54:49)

Again, in Surah Al-Furqan, Allah says that:

"....He has created everyting, and has measured it exactly according to its due measurements." (25:2)

There are other verses that talked about this but I guess the two ayats are enough for us to think and powder about how we had acted or behaved in live. How we had perceived things all this while. Sometimes, we tend to sigh over certain things. Sometimes, we tend to live in sadness and grief when we lost or missed something. Sometimes, we tend to have bad assumptions towards Allah when things doesn't happened according to our will. And most of the times, whether we realize it or not, we never satisfy with what we have. We always want for more. All these possibilities are very common to many of us, or at least to me.

Life is indeed challenging but I guess Allah has provide us with a guidance as to how we choose to lead our life. Whether we take the challenge or give it up is all depends on us. But if we understand and could internalize the words from Allah, insyaAllah we will be fine...not only here but in the Hereafter as well...aminn.

Salam~

p/s: I suddenly interested in doing charity works or community service. Hmm..I hope I'll get the opportunities soon....insyaAllah.


.::wabak::.

Assalamualaikum W.B.T

Hmm...lately ni ramai orang demam. Samaada kawan2 kat sini atau family kat Malaysia. Yang paling membimbangkan adalah tahap kesihatan mak. Dah seminggu mak demam. Teruk jugak la kot sampai die tak mampu nak teruskan puasa. Oh, saya amat risau. Saya mohon agar Allah kurniakan mak nikmat kesihatan agar dia mampu terus beribadah kepada-Nya amin.

Syafakillah..insyaAllah

Salam~

Doa Ramadhan hari kelima belas & keenam belas:

Hari Kelima belas

“Ya Allah limpahkan rezeki kepadaku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dadaku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan-Mu wahai keamanan orang yang takut.”

Hari Keenam belas

“Ya Allah, berilah kemampuan kepadaku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagiku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat-Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan-Mu wahai Tuhan sekalian alam.”

.::under the shade::.

Assalamualaikum W.B.T

Terkadang...kita rasa tertekan bila ditimpa kesusahan...
Terkadang...kita rasa sedih dan risau bila kita jauh dari kesenangan...
Tapi...pernahkah kita rasa kalau susah itu indah...kalau sukar itulah yang memberi didikan...
Mentarbiyah diri supaya berharap pada satu-satunya tempat pergantungan...
Membisik pada diri kalau usaha itu harus lebih digandakan...
Supaya hasilnya lebih manis daripada apa yang kita bayangkan...
Kerana Dialah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kecapkan...

Oh, dapatkah kita rasakan kalau hidup di bawah teduhan kasih-Nya sangatlah membahagiakan...

Menyinari hati dengan cahaya yang tak pernah kita sangka dari mana datang...
Inilah buktinya rahmat agung kurniaan Tuhan...
Alhamdulillah...syukur aku panjatkan =)

Salam~

p/s: emm...maaf sebab tak sempat balas komen....tapi saya akan tetap jengok blog kalian ;)
Ramadhan Kareem sisters and brothers =)