Assalamualaikum W.B.T
Sekadar nak recap isu-isu hangat sepanjang bulan lepas dan awal bulan ni:
MAC 2008
(1) PRU 12
- Macam2 isu yang berbangkit >>> isu keputusan PRU 12 yang dikatakan di landa
tsunami, isu DAP mahu hapuskan DEB di Pulau Pinang, isu "sape-nak-jadi-menteri besar" di Terengganu, Perlis & Perak (siap ada gaduh2 sket...orang tu lantik orang ni, orang ni lantik orang tu...penin2) dan macam2 lagi la.
(2) AF 6
- Isu si nenek pun nak masuk bertanding, isu kakak siti pun nak masuk tv, isu penyanyi nasyid nak jadi superman gak macam Faizal Tahir >>> aduh, kenapa semua orang nak jadi penyanyi ni?
(No offense anyone... i just wonder adakah ni acuan masyarakat kita sekarang? Kalau semua nak menyanyi, sape plak yang nak mendengar nyer nanti? ish2)
(3) ABPBH 2007 (ni kire isu hangat gak kan...kiki)
- Isu mawi menang lagi la, isu mawi declare hubungan dengan ekin la, isu baju heliza macam badut la dan ape2 lagi la yang merepek tuh.
APRIL 2008
(1) SUFIAH YUSUF FAROOQ
- Ni memang kes kesian. Dulu dia pernah menggemparkan dunia dengan isu kegeniusannya, sekarang dia sekali lagi menggemparkan dunia dengan satu isu yang cukup irony. Tak tau nak komen camne pasal kes sufiah ni. Yang pasti, kehidupan die memang menyedihkan. I just think,
"we just can't have too much of something or else we'll end up like being pathetic". Kan Islam sendiri menganjurkan konsep
wasatiah =)
Saya berdoa agar dia sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya. Moga Allah akan membukakan pintu hatinya untuk kembali...kembali ke jalan yang benar...jalan yang Dia redhai. So, sama2 lah kita ambil pengajaran dari kisahnya ini.
p/s: korang kalau ada anak nanti, janganla paksa2 dorg. Banyak kesan psychology nanti!! hehe...
EXCEPT hal2 berkaitan AGAMA >>> yang ni NO TELERANCE (sebaiknya kalau kita nak suruh orang buat sesuatu, bagi la penerangan dulu...WHAT are they suppose to do? HOW to do it? WHY they must/must not do it? WHAT will happen if they do / don't do it? etc. Kalau suruh secara membabi buta je...tendency untuk memberontak di kemudian hari sangatla tinggi...ni saya rasa la...hihi
(2) FITNA
- Ni plak kes video/short clip terbitan seorang rakyat belanda yang menghina Islam. Si dutch ni apehal nak cari pasal? Dulu isu kartun yang menghina Nabi Muhammad s.a.w., sekarang ni plak kamu fitnah Islam - kaitkan dengan terrorism. Nampaknya yang buat ni bukan calang2 orang, agak bijak jugakla sebab die bagi justification from ayat Quran. Tapi, alangkah 'sedih'nya nasib kamu kelak sebab kamu mempermain2kan ayat-ayat Allah.
"Ingatlah, sesungguhnya janji ALLAH itu benar"
Salam~