Friday, May 02, 2008

.::114 : kau dan aku:

Bismillah~

kertas itu sama putih
lalu kau coretkan pena biru
dan ku layarkan tinta merah
kau tuliskan madahmu
dan ku lakarkan pujanggaku
mungkinkah karya kita sama?

pentas itu sama luas
lalu kau lagukan iramamu
dan ku gerakkan tariku
kau perdengarkan melodi syahdu
dan ku persembahkan gemalai laku
mungkinkah pesona kita sama?

padang itu sama hijau
lalu kau lontarkan bolamu
dan ku terbangkan layang-layangku
kau berkejaran selayak mampumu
dan ku berlarian sekadar butuhku
mungkinkah lelah kita sama?

kau dan aku
berkongsi ruang waktu
namun kesudahannya mungkin sama tak perlu
kerna kau punya alasanmu
dan aku punya alasanku
kau punya jiwamu
dan aku punya jiwaku

Salam~

12 comments:

  1. Waaaaa!!
    Cik Rien sudah berpuisi..
    Menarik! :)
    Punya makna surat dan sirat ;)
    Kirim salam sama 'kau dan aku' ya! :D

    ReplyDelete
  2. jiwangs!ayat-ayat amrien!;p

    ReplyDelete
  3. to hafifi:
    tenkiu=)

    to akirasuri:
    makna surat sirat dan sikat sekali...ngee
    erk, kau dan aku hanyalah watak bayangan..camne nak kirim salam...ekekeke

    to kak jamie:
    sekali sekali nak jiwang ^^
    nak gak terbitkan ayat-ayat amrien someday...huhu

    ReplyDelete
  4. peh..ko nye bm mesti selalu A1 ni..

    ReplyDelete
  5. to warx:

    mestilah...tgk la sape ajar...huhu

    ReplyDelete
  6. knp ek aku xleh bc?even aku bk kat pc kat library pun xleh gak?

    ReplyDelete
  7. aku bw g words tukar font br dpt bc, ko pakai font apa?

    ReplyDelete
  8. salam

    amrien, seriously this piece is really good..

    Titik perbezaan bukanlah alasan untuk susah bergandingan..
    Dan mungkin yang perbezaan itu boleh menutup kekurangan
    kerana bukan semua kelebihan baik untuk kita
    dan bukan semua kekurangan buruk untuk kita,
    ying dan yang itu kan sunatullah =)

    ReplyDelete
  9. to fina:

    i'm not sure bout d font...
    tp org len xde plak masalah tu ;)

    to amie:

    that's so true...
    sometimes, kita x perlukan persamaan untuk terus bergandingan...
    dan perbezaan itulah yang buat lebih menghargai diri sendiri dan orang lain =)

    ReplyDelete
  10. to muadzlife:

    hehe...ni suke2 je pun ;)

    ReplyDelete